Kenali Apa Itu Penyakit Sistitis

By | August 29, 2019

Pernah dengar tak tentang honeymoon cystitis? Honeymoon cystitis adalah jangkitan pada salur kencing yang kerap terjadi di awal perkahwinan. Jangkitan salur kencing ini sangat kerap berlaku di kalangan wanita.

Kenapa honeymoon cystitis ini kerap berlaku di kalangan wanita yang baru berkahwin?Perhubungan kelamin antara suami isteri yang pertama kali menyebabkan berlaku pemecahan selaput dara pada isteri. Keadaan ini memudahkan honeymoon cystitis terjadi kerana berlakunya kerosakan pada sel di kawasan Miss V isteri. Selain itu, luka dan pendarahan juga boleh berlaku semasa perhubungan kelamin. Keadaan ini menyebabkabkan honeymoon cystitis mudah berlaku.

Sangat penting untuk mengetahui apakah tanda-tanda berlakunya honeymoon cystitis. Antara tanda-tanda honeymoon cystitis adalah:

  • Rasa sakit semasa membuang air kencing.
  • Kerap buang air kecil walaupun pundi kencing kosong.
  • Sakit di bawah abdomen.
  • Gatal-gatal di sekitar kemaluan.
  • Keluar lendir yang berbau tidak best.
  • Jika jangkitan yang teruk, boleh mengakibatkan kencing berdarah dan demam

Jadi, bagaimana cara untuk mengatasi masalah honeymoon cystitis ini?

  1. Minum banyak air. Bakteria dapat disingkirkan apabila kita minum air banyak. Tips ini adalah langkah yang berkesan untuk mengelakkan honeymoon cystitis.
  2. Kosongkan pundi kencing setiap kali sebelum dan selepas mengadakan hubungan kelamin dengan suami. Macam tak romantik je kan. Tapi sangat penting untuk kita mengosongkan pundi kencing sebelum dan selepas mengadakan hubungan kelamin dengan suami. Hal ini disebabkan air kencing memudahkan bakteria untuk membiak dan merebak.
  3. Terdapat kajian yang menunjukkan jus cranberry dapat mengelakkan bakteria melekat pada pundi kencing yang boleh menyebabkan jangkitan kuman.
  4. Sentiasa menjaga kebersihahan diri dan kebersihan Miss V dengan sebaik-baiknya.
  5. Elakkan menggunakan sabun dan pencuci yang mempunyai pewangi untuk mencuci Miss V. Hal ini disebabkan bahan-bahan tersebut boleh menyebabkan iritasi pada Miss V seterusnya memudahkan jangkitan berlaku.
  6. Amalkan makan yogurt kerana yogurt mengandungi bakteria baik yang dikenali sebagai lactobacilli. Bakteria ini dapat mencegah jangkitan kuman.
  7. Cepat-cepat berjumpa dengan doktor apabila tanda-tanda jangkitan kuman pada salur kencing berlarutan selama 5 hari. Doktor akan memberikan antibiotik bergantung kepada tahap keseriusan jangkitan tersebut.

 

Supplemen Shaklee Cadangan Untuk Masalah Sistitis

set sistitis shaklee

Fungsi setiap vitamin di dalam set Infeksi Saluran Urinari / Sistitis

  1. Vivix: Mengimpak 4 mekanisma utama penuaan selular
  2. Zinc Complex : Membantu pemulihan saluran urinari
  3. Vitamin C : Mengasidkan urin, menjadikan pundi kencing selamat dan bakteria membiak, mengukuhkan sistem imun tubuh
  4. Garlic : Antibiotik semulajadi
  5. Energizing Soy Protein : Membina sel baru yang sihat
  6. Carotomax : Mempertingkatkan sistem imun
  7. Alfalfa Complex : Antikulat
  8. Vitamin E : Antioksidan

 

button esell shaklee

Pengedar Shaklee Bintulu, Sarawak.

  • Berminat nak beli produk Shaklee?
  • Berminat nak Join Ahli Shaklee?
  • 📱 Whatsapp: 011-3201 4534
  • ✉ Gmail: fatimahvitamin@gmail.com
  #pengedarshakleebintulu #ShakleeMalaysia #Shakleereadystock
Category: Kesihatan Optimum Tags: , ,

About fatimah_vitamin

Berpengalaman hampir 6 tahun dalam bisnes Shaklee, Merupakan pengguna dan menjual Shaklee, kerana saya sendiri telah menggunakannya, dan saya sangat berpuas hati dengan kesannya. Saya akan cuba membantu anda untuk berikan informasi berkaitan produk shaklee, vitamin apa yg bersesuaian dengan masalah anda. Bagi yang berminat untuk melakukan bisnes online Shaklee, saya rasa gembira dan excited untuk bantu anda berjaya bersama-sama saya.

Leave a Reply