6 Manfaat Minum Air

By | August 24, 2019

Semua kita tahu yang minum air putih sekurang-kurangnya 6 hingga 8 gelas air putih sehari adalah sangat penting. Tetapi, tidak semua orang berminat untuk mengamalkannya. Bagaimana dengan anda?

Minum air putih yang mencukupi untuk keperluan tubuh, bukan sahaja baik untuk kesihatan, bahkan ia juga sangat membantu dalam kecantikan.

Mungkin ada juga yang tidak tahu, bahawa kekurangan air dalam badan, boleh membuatkan anda mengalami dehidrasi, sekaligus membuatkan anda mempunyai risiko tinggi untuk mendapat penyakit buah pinggang.

 

minum air

 

6 Manfaat Air Yang Membuatkan Anda Sentiasa Ingin Amalkannya. πŸ™‚

#1 : Pembentuk sel dan cairan tubuh

  • komponen utama sel kecuali lemak adalah air, iaitu sekitar 70 – 85 peratus. Air berparanan penting dalam pembentukan pelbagai cairan tubuh seperti darah, cairan di perut, hormon, enzim dan sebagainya.
  • Selain itu, air juga terdapat dalam otot dan berguna menjaga otot sehingga otot dapat berfungsi dengan baik.

 

#2 : Pengawal suhu badan

  • Air menghasilkan rasa panas, menyerap dan menghantarkannya ke seluruh tubuh sehingga dapat memelihara suhu tubuh agar tetap stabil
  • Melalui penghasilan peluh yang sebahagian besarnya terdiri daripada air dan garam, air juga dapat menyejukkan suhu tubuh

 

#3 : Pelarut

  • Air membantu melarutkan zat-zat dan nutrisi lain yang masuk ke dalam tubuh. Selain itu, ia membantu dalam proses pencernaan makanan.
  • Disebabkan air merupakan zat anorganik, air tidak akan dicerna.
  • Air dengan cepat dapat melalui bahagian usus halus dan sebahagian besarnya diserap dan kemudian berfungsi sebagai salah satu komponen mukus agar sisa zat makanan dapat keluar sebagai tinja

 

#4 : Pelincir

  • Air juga berfungsi sebagai pelincir dalam bentuk cairan sendi, yang memungkinkan sendi untuk bergerak dengan baik dan meredam geseran antara sendi.
  • Air juga menjadi bantalan tahan getar pada jaringan tubuh, misalnya pada otak, mata, medulla spinal dan kantung amniom di dalam rahim.

 

#5 : Medium transportasi

  • Di sebabkan strukturnya yang terdiri daripada dua atom hidrogen dan atom oksigen, air mudah bergerak dari satu bahagian sel ke bahagian yang lain, dari satu sistem tubuh ke sistem yang lain.
  • Air juga merupakan medium transportasi yang efektif. Dalam sistem pernafasan, air membantu perjalanan oksigen ke seluruh tubuh dengan berkesan.

 

#6 : Detoksifikasi

  • Tubuh menghasilkan pelbagai sisa metabolisme yang tidak diperlukan termasuklah sisa toksin.
  • Sisa-sia metabolisme itu dikeluarkan melalui saluran air kencing, saluran pencernaan, saluran pernafasan dan juga Β kulit.
  • Kesemua ini memerlukan air sebagai medium untuk melancarkan proses-proses tersebut.

 

Pengedar Shaklee Bintulu, Sarawak.

  • Berminat nak beli produk Shaklee?
  • Berminat nak Join Ahli Shaklee?
  • πŸ“± Whatsapp: 011-3201 4534
  • βœ‰ Gmail: fatimahvitamin@gmail.com
  #pengedarshakleebintulu #ShakleeMalaysia #Shakleereadystock

 

Category: Kesihatan Optimum Tags:

About fatimah_vitamin

Berpengalaman hampir 6 tahun dalam bisnes Shaklee, Merupakan pengguna dan menjual Shaklee, kerana saya sendiri telah menggunakannya, dan saya sangat berpuas hati dengan kesannya. Saya akan cuba membantu anda untuk berikan informasi berkaitan produk shaklee, vitamin apa yg bersesuaian dengan masalah anda. Bagi yang berminat untuk melakukan bisnes online Shaklee, saya rasa gembira dan excited untuk bantu anda berjaya bersama-sama saya.

Leave a Reply