Hilangkan Mabuk Hamil Dengan Set Morning Sickness Shaklee

Apakah mabuk hamil? 

Tiada seorang pun tahu kenapa tanda kehamilan pertama bagi ramai bakal ibu ialah kecenderungan untuk berkejar ke bilik air pada awal pagi. Oleh sebab sekitar lapan daripada 10 wanita hamil mengalami mabuk, dan separuh daripada mereka muntah-muntah, ramai wanita menghabiskan minggu-minggu awal kehamilan dengan perasaan yang paling dahsyat dan tidaklah kelihatan ceria berseri-seri.

Mabuk hamil adalah kejadian medikal yang paling biasa berlaku pada awal kehamilan, tetapi betapa teruk ianya dihidapi berbeza antara wanita.

Anda mungkin mendapat serangan mual ringan dari semasa ke semasa apabila anda mula-mula bangun, atau mendapati bahawa bau tertentu mencetuskan rasa mual untuk sepanjang hari, atau anda mungkin perlu menahan atau menghidapi rasa loya ini bukan saja pada pagi, malah, tengah hari dan malam juga untuk berminggu-minggu bahkan berbulan-bulan.”Mabuk hamil pagi” adalah nama yang tak sesuai.

Ia mungkin lebih teruk pada waktu pagi, tetapi kebanyakan pesakit akan mengalaminya sepanjang hari sampai ke malam. Mabuk hamil boleh menguasai kehidupan anda untuk satu tempoh masa. Jika anda mengalaminya secara teruk, anda mungkin mendapati diri anda tidak dapat bekerja, menjaga anak kecil atau anak-anak lain, memasak, membeli-belah atau menguruskan rumah anda.

Sepatutnya anda berasa gembira dan teruja dengan kehamilan anda, tetapi, hakikatnya, anda merasa sengsara dan sakit, dan hubungan anda dengan suami, keluarga dan rakan-rakan mungkin menjadi tegang.Wanita yang menghidapi mabuk hamil secara berterusan sering merasakan tiada siapa yang benar-benar memahami apa yang mereka sedang lalui. Tidak hairanlah, ini boleh membawa kepada kemurungan.

Bentuk mabuk hamil yang paling teruk dipanggil gravidarum hyperemesis (bermaksud “muntah berlebihan semasa mengandung”). Jika anda muntah-muntah banyak kali dalam sehari, tidak dapat makan dan minum tanpa muntah, dan jika berat badan anda menurun, maka, anda mungkin menhidapi hyperemesis.

Tidak seperti penyakit kehamilan biasa, hyperemesis boleh menjejaskan kesihatan anda dan bayi anda, jadi berbincanglah dengan doktor anda dengan seberapa segera yang boleh.

 

Apa yang menyebabkan morning sickness?

1.Morning sickness adalah petanda yang baik untuk ibu hamil. Kandungan hormon HCG semakin meningkat berbanding hormon progesteron dan estrogen, semasa hamil dan peningkatan ini turut menyebabkan berlakunya muntah dan loya.

2. Ibu hamil yang mengalami morning sickness, mempunyai risiko rendah untuk mengalami keguguran semasa hamil. Ini kerana, homon HCG yang tinggi menunjukkan petanda bahawa rahim ibu adalah kuat.

3. Ibu hamil yang kurang mengalami morning sickness atau langsung tiada, berisiko tinggi untuk mengalami keguguran atau melahirkan bayi pra-matang.

4. Terdapat fakta menarik, menyatakan bahawa gejala ibu hamil yang mengalami morning sickness di awal kehamilan, dapat merangsang bayi dalam kandungan untuk memiliki kecerdikan lebih baik terutamanya dalam bidang memori bernombor dan kefasihan lisan.

Bila berlakunya morning sickness, ibu hamil cenderung untuk mengurangkan makan makanan yang penting dalam membekalkan nutrisi penting. Oleh sebab itu, tidak hairanlah, kalau ibu hamil yang mengalami morning sickness teruk, akan mudah kekurangan nutrisi penting.

Ada yang mengalami keadaan, sehingga menyebabkan bacaan HB menjadi terlalu rendah, akibat kurang makan.

Oleh itu, ibu mengandung memerlukan :- 

Vitamin yang mudah diurai dan diserap oleh tubuh, antaranya seperti kalsium, vitamin B, zat besi, etc yang diperlukan hampir 2 kali ganda semasa mengandung. Protein yang lebih dari biasa.

 

Mengapa saya berasa mabuk? 

Walaupun kenyataan ini tidak membantu mabuk anda, sebenarnya rasa mabuk merupakan petanda baik bahawa paras hormon kehamilan anda adalah tinggi. Punca mabuk hamil tidak diketahui, ia difikirkan berkaitan dengan hormon gonadotrofin korion manusia (hCG).

Ini dihasilkan dalam kuantiti yang banyak sehingga plasenta anda mengambil alih kerja untuk mengekal dan menyuburkan bayi anda pada sekitar 12 hingga 14 minggu. Hormon lain seperti estrogen dan hormon tiroid tiroksina juga dikatakan bertanggungjawab.

Jika anda juga mengalami mabuk perjalanan, simptom anda boleh dikaitkan dengan gangguan dalam mekanisme mengimbang yang bertempat di telinga dalam anda. Punca mabuk hamil lain, yang jarang berlaku, termasuk gangguan kepada salah satu kimia “rasa seronok” otak, serotonin, atau jangkitan penghadaman bergelar helicobacter pylori.

Jika anda berasa letih, lapar, atau tertekan, loya itu mungkin menjadi lebih teruk, dan jika anda mengandung kembar dua atau tiga tahap hormon kehamilan anda adalah lebih tinggi, dan anda boleh mendapat penyakit mabuk yang lebih teruk.

Teori evolusi menyatakan bahawa peningkatan deria bau dan rasa loya wanita hamil adalah satu langkah perlindungan, yang menyebabkan kemungkinan dia dimudharatkan oleh racun atau toksin dalam persekitaran menjadi lebih kurang.

Biar apapun sebabnya, diserang mabuk hamil yang tak terkawal mungkin adalah satu kejutan bagi wanita yang sebelum ini adalah sihat. Tiada seorang pun mengetahui apakah sebabnya sesetengah wanita menghidapnya dan yang lain terselamat, tetapi melihat kawan-kawan yang hamil sihat “berseri-seri”, seakan-akan tidak adil. Mungkin akan membantu jika anda ingatkan diri anda bahawa tiada sebarang perlakuan anda yang menyebabkan simptom ini.

Sesetengah doktor masih percaya bahawa mabuk hamil adalah suatu keadaan psikologi, tetapi satu tinjauan semula kajian-kajian baru-baru ini tidak mendapati bukti bagi tuntutan ini.

 

16 Cara Mengatasi Rasa Mual Mengandung

1.Makan roti kering, biskut atau bijirin sebelum anda bangun dari tempat tidur. Bangun secara perlahan-lahan dan elakkan daripada pergerakan pantas, semasa bangun.

2. Elakkan daripada mengambil makanan berminyak atau kuantiti yang besar, serta makanan pedas

3. Minum antara makan, berbanding minum semasa makan (Elakkan meneguk air semasa makanan masih di dalam mulut)

4. Ambil makanan yang masam seperti limau

  • Lemon mempunyai kuasa penenang yang semulajadi. Sama ada perah sedikit jus lemon ke dalam secawan air panas atau sejuk dan minum, ataupun memadai dengan menghidu hirisan lemon yang segar. 

 

5. Halia

  • Cuba untuk mengambil makanan atau minuman yang mengandungi halia. Halia dihiris tipis dan masukkan ke dalam segelas air panas dan diminum.

 

6. Ambil angin

  • Keluar mencari tempat yang ada udara segar. Pastikan ruang bilik sentiasa segar dan bebas bau

7. Peppermint

  • Buat teh peppermint dengan menambahkan daun peppermint ke dalam secawan air suam dan biarkan seketika. Barulah diminum. Ataupun boleh ambil Peppermint-Ginger Plus

 

8. Ambil vitamin B6

  • Kajian menunjukkan dengan pengambilan Vitamin B6 ini boleh mengurangkan rasa mual dan loya. Cadangan pengambilan adalah sebanyak 10-25miligram tiga kali sehari dan tidak melebihi 75miligram sehari.

 

9. Makan Kerap Tapi Dengan Kuantiti Yang Sedikit

  • Jangan biarkan perut kosong. Nanti kita dan baby tak sihat. Makan sikit-sikit dan perlahan-perlahan.

 

10. Banyakkan Minum Air

  • Yang penting keep hydrated. Kurang minum air juga boleh menyebabkan rasa morning sickness tu bertambah teruk

 

11. Selalu Isi Perut Dengan Biskut

  • Saya memang sentiasa standby biskut, dalam bag dan juga tepi katil. Tak kisah apa jenis biskut asalkan kita lalu nak makan

 

12. Makan Makanan Yang Kurang Menarik

  • Masa morning sickness, makanan yang jadi kegemaran kita pon kadang-kadang nak tengok pon tak boleh. Masa nilah kita sepatutnya kurangkan makan makanan pedas, berminyak dan berasid. Cuba makan makanan BRAT Diet

 

13. Makan Karbohidrat

  • Ramai berpendapat makan makanan tinggi karbohidrat akan mengurangkan morning sickness tapi jangan berlebihan tau! Nanti gemuk sangat pulak, HEHE.

 

14. Makan Makanan Tinggi Protein

  • Cubalah cari makanan yang tinggi protein yang bersesuaian dengan diri kita. Contohnya telur hancur ke, peanut butter ke, ESP ke.

 

15. Berehat dan tenangkan diri

  • Bila sedang berehat, ia sangat membantu anda mengatasi rasa mabuk hamil. Kerana, jika anda stress, ia hanya akan memburukkan lagi rasa mual.
  • Cubalah berehat dengan cukup dan santai, sambil mendengar muzik, membaca buku bayi atau majalah kesayangan anda. Hadapilah kehamilan anda dengan kebahagiaan, kerana ini adalah anugerahNya.

 

16. Jangan bangun pagi terburu-buru

  • Apabila bangun pagi, elakkan terburu-buru. Cubalah duduk dahulu dan barulah bangun berdiri dengan perlahan.

 

Mesti ada juga yang tertanya-tanya, kenapalah selalu sangat mabuk teruk, setiap kali hamil. Sebenarnya, rasa loya atau mabuk adalah petanda baik, bahawa paras hormon kehamilan kita adalah tinggi. Ia keluar dalam kuantiti yang banyak sehingga plasenta kita mengambil alih kerja untuk mengekal dan menyuburkan perkembangan bayi dalam kandungan. 

Ada orang kata, jika kita hamil dan mabuk teruk, risiko untuk berlaku keguguran adalah lebih rendah berbanding mereka yang langsung tak ada mabuk semasa hamil. 

Yang penting, jaga kesihatan diri sendiri dan bayi dalam kandungan. Kalau masih juga mengalami mabuk teruk sehingga menyukarkan anda untuk makan apa-apa, sila lah dapatkan nasihat dari doktor yer.

Jadi ibu-ibu sudah pasti perlukan suplemen yang dapat membantu menghadapi fasa morning sickness ini.

Cadangan suplemen untuk morning sickness adalah B-complex, Ostematrix & Peppermint Ginger Plus.

 

set mabuk hamil

 

 

#1. Kelebihan B-complex adalah :

  • Dapat melegakan mabuk, loya, pening & morning sickness dikalangan ibu hamil dan membantu pembentukan hemoglobin, penting untuk tingkatkan semula bacaan HB
  • Membantu pembentukan sel darah merah dan pembentukan sisten saraf
  • Terlibat dalam penghasilan tenaga dan berguna untuk kemurungan dan stress. Ia adalah nutrien anti-tekanan.
  • Mengandungi asid folik yang sangat penting untuk tulang bayi

 

#2. Kelebihan Ostematrix :

  • Bantu tidur lena sepanjang malam
  • Badan terasa bertenaga & mudah bangun pagi keesokan harinya, teruamanya apabila digabungkan dengan pengambilan B-complex.
  • Menghilangkan lenguh-lenguh & bisa-bisa badan.
  • Mengurangkan rasa sakit pinggang dan kejang kaki terutama ibu hamil.
  • Melawaskan sistem penghadaman – mudah ‘membuang’ (elak sembelit)

 

#3. Kelebihan Peppermint-Ginger Plus:

  • Membantu menghilangkan rasa sebu dan tidak selesa pada perut
  • Membantu menghilangkan rasa mabuk hamil

 

Mungkin anda juga berminat untuk membaca:

 

Pengedar Shaklee Bintulu, Sarawak.

  • Berminat nak beli produk Shaklee?
  • Berminat nak Join Ahli Shaklee?
  • 📱 Whatsapp: 011-3201 4534
  • ✉ Gmail: fatimahvitamin@gmail.com
  #pengedarshakleebintulu #ShakleeMalaysia #Shakleereadystock

Leave a Reply