Eklampsia Sebabkan Kaki Kejang Semasa Hamil

Berlakunya kaki kejang semasa hamil, adalah suatu perkara yang biasa. Namun, jika ia dibiarkan dan berlarutan sehingga bertambah teruk, ia boleh merbahayakan bayi di dalam kandungan dan juga kesihatan ibu.

Pernah tak korang mengalami kaki cramp ni?? Biasanya ia berlaku di bahagian betis. Waktu tak hamil pun pernah juga berlaku.. dan sekarang, bila tengah mengandung pun ia jadi juga.

Kaki kejang ni bahaya sebenarnya. Ia boleh menyebabkan kematian mengejut pada bayi di dalam kandungan dan ada kes ibu juga mati beberapa minit selepas bayinya mati dalam kandungan gara-gara kekejangan yang teruk ni… wahhh… menakutkan, bukan??

Dari segi perubatan, kekejangan ini boleh berlaku disebabkan penambahan berat pada kaki (yela, badan nak menampung berat baby lagi kan). Selalunya kekejangan otot ini berlaku pada waktu malam, sehinggakan sakit atau kekejangan itu boleh mengejutkan kita dari tidur yang nyenyak. Kejang betis paling teruk akan berlaku pada trimester kedua dan ketiga.

Selain itu kejang betis ketika hamil juga mungkin disebabkan: Kelebihan fosforus (didapati di dalam daging yang telah diproses, makanan snek dan minuman bergas). Kekurangan kalsium di dalam aliran darah, Tekanan rahim yang sedang membesar pada saraf kaki.

 

Terdapat beberapa cara yg boleh kita lakukan untuk mengatasi masalah ini, antaranya: 

  1. Meregang. Mula dengan luruskan kaki- tumit dahulu — dan dengan berhati-hati lenturkan buku lali dan jari kaki anda. Ini akan berasa sakit pada mulanya tetapi kesakitannya akan hilang secara beransur-ansur.
  2. Urut otot yang kejang.
  3. Mandi air suam atau letakkan botol air panas pada kawasan kejang.
  4. Berjalan. Bermundar-mandir untuk beberapa minit dapat membantu.

 

Selain itu boleh juga mencuba cara-cara dibawah ini untuk mengelakkan kekejangan ini dari berlaku:

  1. Buat senaman meregang sebelum tidur. Regangkan otot betis anda beberapa kali (seperti yang digambarkan di atas) sebelum anda tidur dapat membantu mengelakkan kekejangan pada waktu malam.
  2. Jangan berdiri untuk jangka masa yang lama atau duduk dengan kaki tersilang.
  3. Putarkan buku lali dan gerak-gerakkan jari kaki apabila anda duduk, di tempat kerja, pada waktu makan malam, atau semasa menonton TV.
  4. Makan makanan kaya dengan kalsium.
  5. Jika anda benar-benar ada masalah dengan kekejangan betis, tanya doktor anda mengenai pengambilan kalsium tambahan. (Tetapi elakkan mengambil kalsium dengan dolomit atau serbuk tulang; ini biasanya mengandungi plumbum, yang boleh diserap melalui plasenta dan memudaratkan bayi anda.)
  6. Elakkan minuman bergas, ia mengandungi banyak fosforus.

Sekiranya anda merasa kekejangan kaki yang berterusan dan kerap berlaku, atau adanya bengkak atau kesakitan, seeloknyalah anda mendapatkan nasihat dari doktor. Ini kerana kemungkinan anda menghidapi trombosis vena, atau bekuan darah, sejenis keadaan jarang ditemui (satu dalam 2,000 kehamilan) tetapi serius yang memerlukan rawatan perubatan segera.

 

# Cara saya? Sepanjang saya mengandung kali ke-2 termasuk yang ketiga ni, saya sentiasa mengamalkan suplemen Shaklee.. Syukur alhamdulillah, saya jarang mengalami masalah kekejangan otot pada bahagian kaki. Bukan itu sahaja, badan saya lebih bertenaga dan jarang mengalami masalah morning sickness.. Syukur Alhamdulillah.

 

hilangkan kaki kejang

Pengedar Shaklee Bintulu, Sarawak.

  • Berminat nak beli produk Shaklee?
  • Berminat nak Join Ahli Shaklee?
  • 📱 Whatsapp: 011-3201 4534
  • ✉ Gmail: fatimahvitamin@gmail.com
  #pengedarshakleebintulu #ShakleeMalaysia #Shakleereadystock

Leave a Reply