Cara Buat Air Selusuh

By | March 9, 2021

Assalamualaikum semua,  Pagi ni, fatim nak share cara nak buat air selusuh. Air selusuh sangat popular di kalangan ibu-ibu hamil yang bakal bersalin.

Ada orang kata, baik di amalkan bila kandungan dah masuk bulan ke-9. Tapi ada juga orang kata, lebih bagus di amal semasa sakit kontraksi nak bersalin bermula.

 

Bagi yang ada pengalaman tu, jangan lah segan-segan nak komen artikel ni yer. Sama-samalah kita berkongsi pengalaman, untuk membantu lagi ramai ibu-ibu hamil yang nak bersalin, di luar sana. Sharing is loving. betul tak?

Jom tengok, macam mana cara nak buat air selusuh. Caranya sangat mudah sebenarnya. Sebaik-baiknya mintalah suami yang sediakan air selusuh untuk anda yer. Sebab orang kata, air selusuh yang suami buat lebih berkesan. Allahualam. 🙂

 

 

Cara Buat Air Selusuh Untuk Mudahkan Isteri Bersalin

 

Air selusuh merupakan satu ikhtiar untuk memudahkan proses kelahiran. Amalan menggunakan selusuh sebaik-baiknya menggunakan ayat-ayat tertentu dengan memohon kepada Allah s.w.t agar anda diberi kekuatan sepanjang proses kelahiran yang tidak secara langsung dapat melancarkan proses kelahiran. Ayat-ayat ini boleh dibacakan sama ada pada air, minyak, buah kurma dan sebagainya.

  1. Sediakan air kosong, sebaik-baiknya air zam-zam
  2. Bacakan doa-doa berikut, yang terdiri daripada;
  • Surah Alfatihah

  • Selawat Syifa’

 

  • Surah Al-Hasyr ayat 21-24

Image result for surah al hasyr ayat 21-24

 

  • Doa selusuh iaitu,

Ya Allah, dengan hak Maryam, juga hak yang diturunkan kepadanya surah Maryam, ringankanlah daripadanya (nama penuh isteri disebut), penderitaan bersalin, dengan rahmatMua, wahai Tuhan yang amat mengasihani dari segala-galanya.” 

 

  • Dan Doa dipermudahkan

” Tuhanku, permudahkanlah dan jangan Kau sukarkan kerana Engkaulah Yang Maha Memudahkan segala yang susah adalah Mudah bagiMu. Ya Allah, sempurnakanlah dengan kebaikan rahmatMu, Ya Arhamar Rahimin”

 

Dah buat persediaan untuk berpantang? Tahu tak, dalam Shaklee terdapat set yang sangat sesuai untuk di ambil oleh ibu yang baru bersalin, sesuai untuk berpantang dan membantu untuk penyusuan.

 

 

 

Pengedar Shaklee Bintulu, Sarawak.

  • Berminat nak beli produk Shaklee?
  • Berminat nak Join Ahli Shaklee?
  • 📱 Whatsapp: 011-3201 4534
  • ✉ Gmail: fatimahvitamin@gmail.com
  #pengedarshakleebintulu #ShakleeMalaysia #Shakleereadystock
Category: Ibu Hamil/Bersalin/Menyusu Tags: , ,

About fatimah_vitamin

Berpengalaman hampir 6 tahun dalam bisnes Shaklee, Merupakan pengguna dan menjual Shaklee, kerana saya sendiri telah menggunakannya, dan saya sangat berpuas hati dengan kesannya. Saya akan cuba membantu anda untuk berikan informasi berkaitan produk shaklee, vitamin apa yg bersesuaian dengan masalah anda. Bagi yang berminat untuk melakukan bisnes online Shaklee, saya rasa gembira dan excited untuk bantu anda berjaya bersama-sama saya.

2 thoughts on “Cara Buat Air Selusuh

  1. Pingback: Hilangkan Mabuk Hamil Dengan Set Morning Sickness Shaklee - FATIMAH VITAMIN

  2. Pingback: 8 Tip Untuk Elak Sembelit Semasa Berpantang - FATIMAH VITAMIN

Leave a Reply