10 Cara Terbaik & Berkesan Merawat Masalah Keputihan Semasa Hamil

By | March 28, 2021

Saya pasti sebagai seorang wanita, anda pasti tidak terlepas dari masalah keputihan, tidak kira anda masih bujang atau pun sudah berkahwin. Kadang-kadang, ada orang keliru dengan keputihan dengan cecair kesuburan.

 

Apa itu Keputihan?

Keputihan merupakan cairan lendir yang keluar daripada faraj dan berwarna keputihan dan terdapat juga yang berwarna hijau atau kekuningan, bergantung kepada punca masalah tersebut. 

 

Namun, bagaimana jika sedang hamil?

Sebenarnya agak biasa bagi wanita hamil mengalami lebih rembesan faraj. Ia biasanya tidak berbahaya.Apa yang anda lihat itu dipanggil leukorea (leucorrhoea). Ia merupakan cairan atau rembesan seakan-akan susu yang sedikit berbau. Ia berlaku kerana terdapat lebih banyak darah mengalir di kawasan sekitar faraj.

Ia mungkin tidak jauh berbeza daripada rembesan yang anda alami sebelum hamil, kecuali kini jumlahnya lebih banyak.Biasanya rembesan ini bertambah banyak menjelang tarikh anda dijangka bersalin. Pada peringkat ini, anda juga mungkin terlihat sedikit darah bercampur lendir yang dipanggil “show“.

Ia berfungsi sebagai palam yang mengunci serviks di pintu masuk uterus (rahim) anda. Apabila ia menjadi longgar dan tercabut, ini merupakan salah satu tanda bahawa proses kelahiran akan bermula tidak lama lagi.

 

Bagaimana Cara Nak Mengatasinya?

Pertama sekali, ingatlah bahawa keadaan ini adalah normal dan ia merupakan perubahan sementara yang diakibatkan oleh kehamilan. Anda tidak perlu berbuat apa-apa, namun anda boleh mengamalkan tip-tip berikut:

  1. pastikan faraj dan bahagian sekitarnya bersih dan kering sentiasa;
  2. gunakan sabun biasa sahaja untuk membersihkan bahagian luar faraj;
  3. pakai seluar atau kain yang longgar
  4. pakai seluar dalam yang diperbuat daripada kapas
  5. Gunakan pantyliner atau pad yang selesa
  6. Bersihkan vagina selepas bersama suami
  7. Minum air secukupnya
  8. Amalkan pengambilan bawang putih mentah dalam pemakanan harian. Risau tak tertelan bawang putih, boleh cuba ambil Garlic Complex Shaklee.
  9. Elakkan mandi berendam, terutamanya di dalam kolam atau bath-tub
  10. Elakkan meletak bedak pada bahagian vagina


Jangan terpengaruh untuk membilas bahagian dalam faraj (ini dipanggil douching). Kaedah ini boleh merosakkan kulit dan mengganggu keseimbangan bakteria semula jadi dalam faraj.

 

ATASI MASALAH KEPUTIHAN SEMASA HAMIL DENGAN GARLIC

Untuk wanita yang mengandung, bawang putih membantu melancarkan peredaran darah, menurunkan tekanan darah dan mengurangkan tahap kolesterol. Bawang putih juga dapat membantu mengurangkan keletihan semasa mengandung.

Menurut kajian yang di lakukan oleh University of Pittsburgh Medical Center, bawang putih berpotensi untuk membantu dalam merawat jangkitan faraj, termasuk sindrom keputihan semasa mengandung. Garlic Complex Shaklee berfungsi seperti antibiotik semulajadi dan memusnahkan bakteria penyebab keputihan.

 

set keputihan ibu hamil shaklee

 

Pengedar Shaklee Bintulu, Sarawak.

  • Berminat nak beli produk Shaklee?
  • Berminat nak Join Ahli Shaklee?
  • 📱 Whatsapp: 011-3201 4534
  • ✉ Gmail: fatimahvitamin@gmail.com
  #pengedarshakleebintulu #ShakleeMalaysia #Shakleereadystock
Category: Ibu Hamil/Bersalin/Menyusu Tags:

About fatimah_vitamin

Berpengalaman hampir 6 tahun dalam bisnes Shaklee, Merupakan pengguna dan menjual Shaklee, kerana saya sendiri telah menggunakannya, dan saya sangat berpuas hati dengan kesannya. Saya akan cuba membantu anda untuk berikan informasi berkaitan produk shaklee, vitamin apa yg bersesuaian dengan masalah anda. Bagi yang berminat untuk melakukan bisnes online Shaklee, saya rasa gembira dan excited untuk bantu anda berjaya bersama-sama saya.

Leave a Reply