Resepi Untuk Ibu Berpantang: Sup Ikan Haruan

Sup ikan haruan adalah antara sup yang sesuai untuk ibu berpantang amalkan sepanjang berpantang. Ada orang kata, makan ikan haruan semasa berpantang, membantu mempercepatkan luka bersalin, lebih-lebih lagi yang bersalin czer, cepat kering.

Walaupun bunyinya macam mudah je nak masak, tapi untuk memastikan sup ikan haruan yang di masak itu lebih sedap di makan, mestilah ada resepinya yang betul untuk memasaknya. Betul tak? 🙂

sup ikan haruan yang paling sedap dan mudah nak buat

Bahan-bahan:

  • 1 ekor ikan haruan – dipotong
  • 500 ml air
  • 2 sudu besar minyak jagung
  • 30 gm halia
  • 3 biji bawang merah
  • 2 biji bawang putih
  • 1 sudu besar lada hitam
  • 1 keping asam keping
  • Garam secukup rasa

Bahan hiasan:

  • Bawang goreng
  • Daun bawang & daun sup – dihiris

Cara menyediakannya:

  • Panaskan minyak dalam periuk. Tumiskan bahan yang ditumbuk hingga naik bau. Masukkan air.
  • Apabila mendidih, masukkan asam keping, ikan dan garam. Masak lagi hingga mendidih.
  • Taburkan bawang goreng, daun bawang dan daun sup. Kacau rata sebelum diangkat.

p.s: Ikan haruan membekalkan protein dan albumin yang tinggi, membantu penyembuhan luka dengan cepat.

 

 

Tips Shaklee:

 

Pengedar Shaklee Bintulu, Sarawak.

  • Berminat nak beli produk Shaklee?
  • Berminat nak Join Ahli Shaklee?
  • 📱 Whatsapp: 011-3201 4534
  • ✉ Gmail: fatimahvitamin@gmail.com
  #pengedarshakleebintulu #ShakleeMalaysia #Shakleereadystock

Leave a Reply