Resepi Ibu Berpantang: Sup Sayur Campur

Resepi Sup Sayur Campur yang sesuai untuk ibu berpantang ambil semasa berpantang. Pengambilan sup sayur semasa berpantang, bagus untuk membantu ibu berpantang dari masalah sembelit .

sup sayur campur

Bahan-Bahan:

  • 200 gm brokoli – di potong
  • 1 biji lobak merah – di potong
  • 1/2 biji lobak putih – di potong
  • 1/2 batang saderi – di potong
  • 500 ml air
  • 3 helai daun kubis – dihiris kasar
  • serbuk pati ikan bilis secukupnya
  • Garam secukup rasa
  • Minyak masak

Bahan tumbuk:

  • 2 biji bawang merah
  • 2 biji bawang putih
  • 1 sudu kecil rempah biji
  • 1 sudu kecil lada hitam
  • 1/2 sudu kecil jintan putih

Cara menyediakannya:

  • Panaskan sedikit minyak masak di dalam periuk
  • Tumiskan bahan tumbuk hingga naik bau
  • Masukkan serbuk pati ikan bilis dan air
  • Apabila mendidih, masukkan sayur-sayuran
  • Bila sayur empuk, masukkan garam. Kacau rata sebelum diangkat

p.s: Brokoli mengandungi beta karotena dan vitamin lain yang dapat melindungi tubuh daripada serangan kanser.

 

Topik berpantang:

 

Pengedar Shaklee Bintulu, Sarawak.

  • Berminat nak beli produk Shaklee?
  • Berminat nak Join Ahli Shaklee?
  • 📱 Whatsapp: 011-3201 4534
  • ✉ Gmail: fatimahvitamin@gmail.com
  #pengedarshakleebintulu #ShakleeMalaysia #Shakleereadystock

Leave a Reply