Kenali Jenis Induce Bagi Merangsang Kelahiran Secara Normal

Set Bersalin, Berpantang Dan Penyusuan

Induce bukanlah perkara yang akan selalunya doktor lakukan kepada ibu yang bakal bersalin. Biasanya ia bergantung kepada kes-kes, di mana ibu dah overdue dari tarikh yang dijangka bersalin. Jenis induce juga berbeza.

Jika selepas tarikh EDD, ibu hamil masih juga tiada tanda untuk bersalin, biasanya doktor akan bertanyakan kepada ibu hamil, jika kehamilan sebelum ini pernah mengalami kelewatan bersalin atau tidak.

Jika ibu hamil anak pertama, jika ini berlaku, biasanya doktor akan menyatakan bahawa mereka perlu berikan ibu induce, samada jenis ubat drip, di mana ibu akan disuntik dan ubat induce dimasukkan ke dalam botol dan di alirkan ke saluran darah ibu.

Terdapat juga jenis ubat drip yang berbentuk pil. Biasanya, berdasarkan pengalaman fatim sendiri, induce jenis drip, kesannya lebih cepat dan biasanya ibu memang akan mengalami bukaan untuk bersalin, berbanding ibu yang di beri induce jenis pil. Di mana, jenis pil kadang-kadang memberi kesan 2-3 hari. Jika anda bernasib baik, pil pertama yang di beri boleh membantu bukaan dengan lebih cepat.

Namun begitu, terdapat kes, di mana doktor terpaksa membuat emergency czer kepada si ibu, jika degupan jantung bayi mula tidak normal atau si ibu tiba-tiba bermasalah sepanjang proses induce berjalan.

Bagi ibu-ibu hamil yang bakal bersalin tak lama lagi, jom kenali 4 jenis induce yang kerap di gunakan di hospital, 🙂

 

jenis induce untuk bersalin normal

 

1. Membrane sweep

  • Biasanya kaedah ini di tawarkan jika usia kehamilan melebihi 40 minggu.
  • Risiko: Ia mungkin menimbulkan ketidakselesaan jika serviks sukar di capai.

 

2. Prostaglandin

  • Ia merupakan hormon perangsang untuk kontraksi rahim.
  • Doktor akan memasukkan tablet, pessary atau gel yang mengandungi prostaglandin ke dalam faraj untuk melonggarkan serviks.
  • Anda mungkin memerlukan dos kedua sama ada tablet atau gel selepas 6 jam, jika proses kelahiran belum bermula.
  • Pessary melepaskan prostaglandin secara perlahan-lahan sepanjang tempoh 24 jam.
  • Risiko: Kaedah ini boleh menyebabkan rahim terlebih rangsangan. Jika ini berlaku, ia boleh mengurangkan bekalan oksigen kepada bayi. Dalam kes yang lebih teruk, ia boleh menyebabkan rahim pecah.

 

3. Memecahkan Ketuban

  • Dengan memecahkan ketuban, ia diharapkan dapat mempercepatkan proses kelahiran.
  • Risiko: Kadang-kala, kaedah ini kurang memberikan kesan yang positif. Apabila kantung ketuban pecah, bayi dalam kandungan terdedah pada risiko jangkitan kuman.  Jika hal ini berlaku, doktor mungkin terpaksa memberi anda antibiotik bagi mengelakkan ia berlaku.

 

4. Syntocinon

  • Suntikan syntocinon mengandungi versi hormon oksitosin. Ia bertindak sama seperti hormon oksitosin yang semulajadi.
  • Ia diberi sebagai drip yang disuntik ke dalam saluran darah.
  • Oksitosin sintetik digunakan dalam proses induce sama ada dalam keadaan di mana anda belum mengalami kontraksi mahupun untu merangsang kontraksi menjadi lebih kuat, agar dapat membantu kelahiran bayi dengan selamat.
  • Selepas bayi dilahirkan, syntocinon mungkin akan diberi bari merangsang pengeluaran plasenta, sekaligus menghalang pendarahan yang berlebihan.
  • Risiko: Ia menyebabkan kontraksi anda menjadi kuat dan menyebabkan bayi dalam kandungan mengalami tekanan.

.:. Di dalam setiap kes proses bersalin yang menggunakan bantuan proses induce, keberhasilannya boleh mencapai tahap kejayaan antara 90 hingga 95 peratus. Jadi jangan risau k 😉

 

Perlukah Suntikan Epidural Untuk Bersalin Normal?

Epidural Elak Trauma Ibu Bersalin

Menurut Dr Pakar Bius Hospital Pantai Klang, prosedur epidural banyak memberi kebaikan kepada ibu. Ia membantu agar ibu bersalin dengan lebih selesa. Bius epidural mempunyai keupayaan menahan impuls kesakitan buat sementara waktu, bermula dari saraf rahim hingga ke otak.

Suntikan epidural bukan sahaja mengurangkan rasa sakit, bahkan ia juga tidak memberi rasa mengantuk kepada ibu. Prosedur bius epidural boleh diteruskan, jika kelahiran dibuat secara pembedahan caesarean, penggunaan forceps atau jahitan episiotomi. Ia lebih selamat untuk ibu yang ada masalah sakit jantung atau sakit tekanan darah tinggi.

 

Persetujuan Dari Ibu Adalah Penting

Adalah penting untuk mendapatkan persetujuan dari pesakit, sebelum suntikan epidural ini di lakukan. Untuk tujuan ini, pesakit akan diterangkan tentang semua informasi tentang bius epidural.

Posisi yang selalu dipraktikkan samada pesakit perlu mengiring atau di dalam posisi duduk, mengikut keselesaan dan keadaan pesakit tersebut.


jenis induce untuk bersalin normal

 

Dengan keadaan pesakit baring atau duduk, adalah bertujuan untuk merenggangkan ruas-ruas tulang belakang dan memudahkan jarum suntikan sampai ke ruas epidural.

jenis induce untuk bersalin normal

 

Apakah Kesan Sampingan Suntikan Epidural

Secara normal, tindak balas suntikan epidural boleh menyebabkan penurunan tekanan darah, tetapi ianya boleh dikawal sewaktu prosedur dijalankan.

Pesakit mungkin akan mengalami situasi yang sementara sahaja seperti:

  • Pening
  • muntah
  • sakit kepala yang teruk

 

Golongan wanita yang sesuai untuk diberikan suntikan epidural

  1. Wanita hamil yang pertama kali melahirkan anak
  2. Wanita hamil yang telah diberikan induksi Pitochin untuk mempercepatkan kelahiran bayi
  3. Wanita hamil yang masih muda serta takut untuk bersalin
  4. Wanita hamil yang mengalami senggugut yang teruk sebelum hamil

 

Golongan wanita yang tidak boleh menjalani prosedur epidural

  1. Pesakit yang tidak bersetuju dengan prosedur ini
  2. Wanita hamil yang mengalami jangkitan di bahagian belakang (pada bahagian jarum epidural ingin di suntik)
  3. Wanita yang mempunyai sejarah pendarahan cair (coagulopathy)

Sumber: I-Sihat

set ibu menyusu shaklee

 

button esell shaklee

 

 

MENTOR BISNES ANDA

  • Fatimah Bt Tony
  • Shaklee ID : 887938
  • No Telefon : 016-836 9246
  • Email : fatimahtony@amalansihat.com
  Disclaimer
  • Segala testimoni / penulisan tentang produk yang dikongsi di laman ini bukan bertujuan utk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit.
  • Pembaca yang mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan.

Leave a Reply