Adakah Kehamilan Plasenta Previa Itu Merbahaya?

Set Hamil Shaklee

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua…

Plasenta Previa adalah antara masalah yang boleh berlaku kepada ibu hamil. Dalam setiap 1000 ibu hamil, ia boleh berlaku antara 1 hingga 6 orang ibu hamil. 

plasenta previa

Apakah Plasenta Previa?

Ia adalah merujuk kepada kedudukan plasenta atau uri berada terlalu rendah. Ia adalah komplikasi kehamilan yang mana plasenta berada di bahagian bawah uterus dan menutupi sebahagian atau kesemua serviks atau pembukaan rahim.

Pendarahan mungkin berlaku sebagai satu simptom keadaan ini. Apabila bahagian bawah rahim atau uterus mulai regang pada peringkat kedua kehamilan, plasenta mungkin terpisah, menyebabkan pendarahan yang teruk. Bayi tidak boleh dilahirkan melalui vagina jika plasenta menutupi pembukaan rahim secara menyeluruh. 

Pendarahan yang tidak diberhentikan (haemorrhage) boleh menggugat nyawa kedua ibu dan bayi, walaupun ini jarang berlaku. Jika pendarahan tidak berhenti atau jika ibu terus maju ke peringkat kelahiran pramatang, bayi akan terpaksa dilahirkan melalui pembedahan caesarean walaupun jangkaan tarikh bagi kelahiran bukan untuk beberapa minggu lagi.

 

Siapakah Wanita Yang Berisiko Untuk Hamil Dengan Plasenta Previa?

  • memiliki sel telur yang melekat sangat rendah di dalam rahim
  • memiliki masalah lapisan rahim (endometrium) seperti fibroid
  • memiliki parut di dinding uterus dari kehamilan sebelumnya 
  • hamil anak kembar
  • pernah beberapa kali hamil sebelumnya. Previa plasenta berkembang menjadi 5% bagi wanita yang pernah hamil 6 kali atau lebih
  • merokok
  • menagih dadah
  • hamil di usia lebih dari 30 tahun. Risiko pengembangan plasenta adalah 3 kali lebih besar pada wanita lebih dari 30 tahun, berbanding wanita berusia 20 tahun lebih
  • pernah mengalami masalah plasenta previa pada kehamilan sebelumnya
  • kekurangan zat nutrisi

 

Jenis-Jenis Plasenta Previa

 

kehamilan plasenta previa

 

1. Plasenta Normal

2. Plasenta Previa Rendah

3. Plasenta Previa Pertengahan

  • plasenta terletak rendah di bahagian bawah rahim, namun begitu, bayi masih boleh dilahirkan melalui vagina
  • bahagian bawah pinggir plasenta bertemu dengan pembukaan serviks, tetapi tidak menutupinya, jadi bayi masih boleh dilahirkan melalui vagina
  • plasenta menutupi sebagaian pembukaan serviks, oleh itu bayi perlu dilahirkan melalui pembedahan caesarean

4. Plasenta Previa Sempurna 

  • plasenta menutupi pembukaan serviks sepenuhnya, oleh itu bayi perlu dilahirkan melalui pembedahan caesarean

 

Apa Yang Perlu Di Lakukan Oleh Ibu Yang Mengalami Masalah Plasenta Previa?

  • pemeriksaan vagina tidak dilakukan pada wanita yang menderita plasenta rendah sepanjang kehamilan
  • cuba elakkan hubungan seksual sepenuhnya, sepanjang kehamilan
  • perlu berhati-hati semasa bergerak. Untuk membuat senaman atau yoga, perlu dapatkan pandangan doktor terlebih dahulu
  • setiap kali berlaku pendarahan, walaupun hanya sedikit, tidak boleh diabaikan, dan perlu terus merujuk kepada doktor gynae
  • banyak berehat dan berbaring. Ia bagi membantu membehentikan proses pelepasan plasenta yang terjadi sedikit demi sedikit sebelum waktunya.
  • bila berlaku kontraksi dan di ikuti oleh pendarahan, maka ibu hamil perlu mendapatkan rawatan dari doktor gynae secepat yang mungkin. Kemungkinan besar bayi akan dilahirkan pramatang
  • dapatkan zat nutrisi yang perlu dan cukup bagi ibu hamil. Banyakkan makan sayuran hijau, lauk pauk seperti telur, ikan, tauhu, tempe dan daging. Minum susu untuk menambah daya tahan tubuh. Buah-buahan dan air putih yang cukup sepanjang kehamilan
  • persediaan dari segi mental, jangan terlalu stress dan tegang, kerana ia boleh merangsang kontraksi rahim atau kram pada perut
  • persediaan dari segi kewangan. Kerana, jika ibu hamil sudah disahkan hamil plasenta previa, pembedahan secara caesarean akan di lakukan.

 

set ibu hamil shaklee

 

button esell shaklee

 

 

 

MENTOR BISNES ANDA

  Disclaimer
  • Segala testimoni / penulisan tentang produk yang dikongsi di laman ini bukan bertujuan utk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit.
  • Pembaca yang mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan.
 
  • Disclaimer : Ini adalah supplemen. Ia cuma membantu  untuk meningkatkan kesihatan tubuh anda bermula dari dalam. Dapatkan nasihat dari doktor terlebih dahulu, jika ada sebarang kemusykilan.
  • Produk-produk ini tidak bertujuan untuk membuat diagnosis, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit.

Leave a Reply