Atasi Ketidakselesaan Semasa Mengandung Cara Mudah

By | September 25, 2019

Assalamualaikum,

Setiap ibu hamil pasti akan mengalami pelbagai masalah semasa mengandung yang membuatkan mereka rasa sangat tidak selesa. Lebih-lebih lagi jika anda hamil anak sulung, dan belum ada pengalaman.

Jadi hari ini fatim nak kongsikan 12 masalah yang sering mengundang rasa tidak selesa semasa mengandung, yang mungkin anda sedang hadapi sekarang.

tips atasi masalah semasa mengandung

 

1. Mabuk Hamil

Terdapat teori menyatakan bahawa mabuk semasa mengandung adalah cara untuk badan melindungi bayi daripada toksin dan bakteria semasa tempoh perkembangan yang kritikal.

Tips Untuk Kurangkan Mabuk Hamil

  • Terdapat kajian menunjukkan bahawa dengan menekan bahagian akupuntur yang dikenali sebagai pericardium six  boleh mengurangkan rasa loya. Cuba tekan pada bahagian ini selama 10 minit, dan ulang 4 kali sehari.
  • Halia dapat membantu meningkatkan cecair penghadaman dan boleh meneutralkan asid di dalam perut. Makanlah biskut halia atau teh halia untuk mengurangkan rasa mual.
  • Biskut atau bubur juga boleh mengurangkan rasa loya. Cuba untuk makan dalam kandungan yang sedikit tetapi kerap.

2. Kepenatan atau Keletihan

Semasa hamil, badan akan lebih cepat penat kerana ibu mengandung terpaksa membawa berat tambahan. Bahkan masalah sukar tidur pada waktu malam, membuatkan ibu mengandung cepat penat. Jika si ibu mengalami masalah anemia, akibat kekurangan zat besi dalam darah, juga boleh menyumbang kepada badan cepat lesu.

Tips Untuk Atasi Kepenatan atau Keletihan

  • Cuba untuk tidur selama 20 minit pada waktu siang, dan ia adalah lebih elok berbanding tidur yang berjam-jam.
  • Watercress bukan sahaja sedap, malah ianya kaya dengan sumber zat besi. Anda juga boleh mencuba makanan lain yang kaya dengan zat besi.

3. Lemah Pundi Kencing

Hormon kehamilan boleh menyebabkan otot pada uterus menjadi lambat yang menyebabkan kelemahan pada lantai pelvik. Tambahan pula, kepala bayi yang berpusing ke bawah semasa trimester ketiga, turut menambahkan masalah ini.

Tips Untuk Atasi Lemah Pundi Kencing

  • Amalkan senaman pelvik bagi membantu mengatasi masalah lemah pundi kencing. Bayangkan anda sedang cuba untuk menahan diri anda daripada terkencing. Fokus dengan menaikkan otot anda ke atas dan tahan selama 20 saat dan kemudian lepaskan. Ulangkan sekurang-kurangnya 3 atau 4 kali sehari.
  • Minum lebih banyak cecair boleh mengurangkan pengekalan air dan mengurangkan bengkak dalam badan anda. Jangan hadkan pengambilan cecair kerana ia boleh menyebabkan kapasiti pundi kencing untuk mengecil. Elakkan teh, kopi dan minuman bikarbonat kerana ia boleh menyebabkan keradangan pundi kencing.
  • Jika anda masih mengalami masalah lemah pundi kencing pada trimester ketiga, pakailah panty liner. Ini merupakan jalan penyelesaian untuk sementara waktu bagi beberapa minggu terakhir sebelum bersalin.

4. Sembelit dan Buasir

Tahap hormon progesteron yang tinggi semasa hamil boleh mengurangkan pergerakan usus anda. Ini boleh menyebabkan masalah sembelit dan buasir. Buasir juga boleh berlaku akibat tekanan daripada bayi di dalam rahim.

Tips Untuk Atasi Sembelit dan Buasir

  • Amalkan pengambilan makanan yang kaya dengan serat larut seperti oat, kekacang dan bijian. Biji rami dan benih psilium yang boleh didapati di pasaraya boleh membantu melembutkan bahan buangan anda.
  • Banyakkan minum air putih bagi mengurangkan masalah sembelit. Minuman panas dengan lemon sebelum sarapan pagi, dapat membantu masalah sembelit.
  • Makanan yang kaya dengan vitamin C boleh membantu menguatkan urat anda dan menghalang daripada buasir. Pastikan anda mengambil vitamin C dalam diet anda harian anda, kerana vitamin C bersifat larut air, di mana ia mudah disingkirkan oleh tubuh melalui peluh serta air kencing.
  • Bagi mengatasi masalah buasir, cubalah berjumpa doktor bagi mendapatkan rawatan serta preskripsi untuk krim buasir.
  • Pengambilan 4 caplets ostematrix Shaklee setiap hari, juga boleh membantu mengurangkan masalah sembelit semasa kehamilan dan berpantang.

5. Gusi Berdarah

Semasa hamil, biasanya gusi akan menebal dan lembut, kerana berlakunya perubahan hormon. Ini boleh menyebabkan berlakunya pendarahan atau keradangan gusi.

Tips Untuk Atasi Gusi Berdarah

  • Rendam teh camomile selama 15 minit di dalam air panas dan hirup tiga kali sekali atau gunakan ia sebagai pencuci mulut. Ia boleh membantu meredakan masalah gusi berdarah.
  • Dapatkan rawatan daripada doktor gigi. Amalkan flos gigi 2 kali sehari, dapat menjadikan mulut lebih sihat.
  • Amalkan pengambilan supplemen vitamin C atau makanan yang kaya dengan vitamin C setiap hari. Ia merupakan pilihan yang terbaik untuk mengekalkan gusi yang sihat.

6. Pedih Ulu Hati

Hampir 80 peratus ibu hamil menderita akibat pedih ulu hati. Hormon kehamilan menyebabkan injap pada kemasukan perut untuk kekal terbuka, oleh itu cecair di dalam perut akan terkeluar ke atas esofagus, yang menyebabkan timbul rasa asid terbakar di dalam kerongkong anda.

Tips Untuk Pedih Ulu Hati

  • Rehatkan perut anda di antara jam 7.00 malam dan 9.00 malam. Cuba amalkan pengambilan makanan hidangan yang ringan pada jam 6.00 malam dan hidangan snek ringan pada jam 9.00 malam. Jika tidak, cuba amalkan pengambilan hidangan yang kecil pada waktu siang. Makan sikit tetapi kerap.
  • Teh daun pudina dapat membantu mengurangkan pedih ulu hati.
  • Terdapat sesetengah ibu hamil mengamalkan pengambilan susu, bagi mengurangkan masalah pedih ulu hati. Ini kerana, susu dapat membantu meneutralkan asid perut anda. Boleh amalkan minum susu, sebelum tidur pada setiap malam.
  • Untuk ibu hamil, biasanya doktor akan memberikan ubat antasid, bagi membantu meneutralkan asid perut semasa hamil. Elakkan membeli sendiri di farmasi. Pastikan anda mendapat kebenaran daripada doktor, sebelum anda mengambil ubat antasid.

7. Kekurangan Tidur/ Insomnia

Pada awal kehamilan, masalah kurang tidur mungkin disebabkan oleh rasa loya atau lapar. Semakin meningkat usia kandungan, pelbagai masalah lain seperti pedih ulu hati, kejang kaki dan kerap ke tandas, boleh membuatkan anda kurang tidur.

Tips Untuk Atasi Kekurangan Tidur

  • Semburlah wangian lavender di dalam bilik tidur anda. Ia membantu memberi ketenangan pada diri anda, agar dapat tidur dengan lena.
  • Pengambilan supplemen B Complex atau makanan yang kaya dengan vitamin B, boleh membantu mengatasi masalah insomnia semasa hamil. Antaranya ialah bijian, kekacang dan sayuran berdaun hijau seperti kobis dan bayam.
  • Lakukan senaman di waktu siang, agar anda mudah rasa penat dan ia boleh membuatkan jadi mengantuk. Senaman yang boleh anda lakukan semasa hamil antaranya, berenang, berjalan serta yoga.
  • Cuba lakukan rutin yang memberi ketenangan pada minda anda, seperti mendengar muzik, berendam di dalam air suam, minum segelas susu, sebelum anda masuk tidur.

8. Kegatalan Pada Perut

Kulit yang gatal adalah perkara biasa berlaku semasa hamil, terutamanya sekali pada perut apabila perut anda meregang dan kering. Dalam kes yang jarang berlaku, kegatalan adalah disebabkan oleh obstetrik cholestasis, penyakit hati yang boleh menyebabkan stillbirth. Dapatkan rawatan doktor, jika anda mengalami masalah kegatalan yang teruk.

Tips Untuk Atasi Kegatalan Pada Perut

  • Makan lebih makanan yang kaya dengan vitamin B6 seperti avocado, kentang serta kacang gajus bagi menolong melegakan kegatalan.
  • Sapukan krim pelembap pada bahagian perut. Kegatalan boleh menjadi lebih teruk disebabkan oleh kekeringan. Jadi, pastikan kulit anda sentiasa lembap dengan menggunakan krim pelembap. Boleh juga sapukan dengan minyak zaitun atau VCO.

9. Payudara Bengkak

Hormon anda sedang bersedia untuk menolong payudara anda untuk menyusu dan ia selalunya akan menjadi mudah terasa sakit dan bengkak.

Tips Untuk Atasi Payudara Bengkak

  • Belilah coli sokongan yang sesuai dan elakkan daripada membeli jenis yang berwayar, kerana ia boleh mengganggu duktus susu anda.
  • Pakailah coli semasa tidur, bagi membantu memberikan sokongan pada waktu malam dan memberikan keselesaan semasa tidur.

 

10. Sakit Gigi Semasa Hamil- Boleh Tak Di Cabut

Bakal ibu dinasihatkan supaya mengelakkan sebarang rawatan seperti cabutan membabitkan suntikan pelalian terutama pada tiga bulan terawal dan tiga bulan terakhir kehamilan.

Trimester pertama dan ketiga adalah waktu penting kehamilan, yang mana janin sedang berkembang. Justeru, sebarang rawatan membabitkan suntikan yang terus masuk ke dalam darah perlu dielakkan begitu juga dengan pengambilan ubat antibiotik, tahan sakit serta imbasan X.

Punca Sakit Gigi

  • Perubahan hormon
  • Bertambahnya pengaliran darah dalam badan ibu mengandung mengakibatkan gusi bengkak, menjadi sensitif dan berdarah.
  • Peningkatan hormon estrogen sewaktu kehamilan adalah antara penyebab gusi yang di dalamnya terdapat pembuluh darah lebih mudah bengkak.
  • Rasa mual dan muntah di pagi hari yang meningkatkan tahap keasidan mulut juga mampu menyumbang masalah gusi dan gigi berdarah.

 

Tips Untuk Atasi

  • Untuk mengelakkan jangkitan pada mulut dan gusi, wanita hamil dinasihatkan agar memakan makanan yang seimbang, memberus gigi menggunakan ubat gigi fluorida yang dibenarkan dua kali sehari serta gunakan floss setiap hari.
  • Lakukan pemeriksaan gigi dan gusi termasuk pembersihan walaupun ketika hamil
  • Beritahu tentang kehamilan anda pada doktor.
  • Tangguhkan pembedahan dental yang tidak emergency sehingga mencapai fasa trimester kedua atau selepas bersalin
  • Pastikan peredaran darah bergerak lancar dengan tidak menyiangkan kaki ketika duduk di kerusi dental.
  • Baring di kerusi dental dengan keadaan tenang dan rehat. Jika tidak, ia akan menambahkan stress yang di rasai oleh bayi.

 

11. Lenguh Badan Atau Sakit Belakang – Boleh Ke Berurut?

Bagi mereka yang merancang hendak berurut, usia kandungan mestilah dah mencapai usia trimester kedua. kerana, pada trimester kedua, risiko untuk keguguran lebih rendah berbanding trimester pertama. Bahkan, kebanyakkan ibu hamil, pada trimester kedua, morning sicknes mula berkurangan.

Tetapi, jika anda tanya pada doktor, mereka tetap tidak menggalakkan anda untuk berurut. Ini kerana, jika tukang urut tersebut tersilap bahagian urut, ia boleh mengundang bahaya kepada anda serta bayi di dalam kandungan. Silap hari bulan, rahim anda akan mengecut dan boleh menyebabkan keguguran.

Tidak semua ibu hamil boleh berurut. Antara mereka yang tidak di galakkan untuk berurut adalah,

  • Kehamilan bersama penyakit hypertension & pre-eclampsia
  • Pernah mengalami kelahiran pra-matang
  • Pernah keguguran
  • Usia kandungan kurang dari 12 minggu
Tips Untuk Atasi:
  • Bagi ibu hamil, terdapat beberapa bahagian tubuh yang perlu dielakkan semasa berurut. Antaranya ialah, urutan pada bahagian abdomen perlu di elakkan. Ini kerana, urutan pada bahagian abdomen akan merangsang rahim ibu untuk mengecut dan boleh mengundang keguguran.
  • Pengurut yang pandai mengurut ibu hamil, tidak akan mengurut dengan terlalu kuat pada bahagian otot paha dan betis, kerana bimbang darah beku yang telah terbentuk di situ akan tertanggal dan memasuki saluran darah.
  • Serpihan darah beku ini akan membentuk thrombus dan membolehkan stroke berlaku. Kesilapan oleh pengurut yang tidak bertauliah adalah dengan menggunakan hujung kuku untuk menekan ke dalam otot, menyebabkan rasa sakit dan meninggalkan bekas pada badan orang yang di urut. Cara ini boleh mengundang kemudaratan kepada orang yang di urut.
  • Selain bahagian abdomen, bahagian pergelangan kaki dan pergelangan tangan juga adalah bahagian yang paling sensitif dan perlu diberikan urutan yang perlahan sahaja. Memadailah urutan tersebut untuk memberi keselesaan dan kelegaan kepada ibu hamil.
  • Jika anda berasa sakit ketika sedang berurut, seolah-olah rasa hendak bersalin, cepat-cepat beritahu pada tukang urut untuk memberhentikan urutan dan dapatkan konsultasi dari doktor gynae secepat mungkin.

 

12. Rasa Resah Atau Was-Was Untuk Berpuasa Semasa Hamil

Wanita hamil diberi kelonggaran untuk tidak berpuasa, lebih-lebih lagi jika berpuasa boleh membuatkan kandungan dan kesihatan ibu terganggu, kerana tidak makan.

Namun begitu, jika anda rasa anda mampu berpuasa, maka anda boleh teruskan puasa anda.

 

Tips Untuk Bertenaga Sepanjang Berpuasa

  • Jangan tinggal sahur. Dan bersahurlah selambat yang mungkin. Silalah rajin bangun sahur ye ibu-ibu semua. Jangan pulak berangan jadi orang bujang, nak sahur sebelum tidur sebab malas bangun, pastu siang baru kul 8 pagi dah lapar.
  • Bersahur dan berbuka dengan menu sihat dan seimbang. Yang paling penting, makan ala-ala saja bila berbuka tu ye. Trend keluarga kitaorng ialah bersahur dengan nasi dan lauk pauk. Berbuka pula dengan kuih dan mee/bihun/spaghetti saje. Terbalik dari kebiasaan kan? But that’s the best practice actually. Bila berbuka makan mee je, tak lah kenyang sangat. So kurang malas untuk solat sunat. Tapi bila sahur pulak sangat meriah macam tengah lunch. Hehee..Ok la tu. Lambat la sikit rasa lapar kalau sahur dah makan nasi kan. Perut orang mengandung memang tak sah tak dapat nasi dalam sehari. Tapi jangan pula makan lauk yang terlalu pedas atau berminyak atau berlemak sebab ni akan menyebabkan perut kita tak selesa di waktu siang.
  • Minum air sebanyak mungkin. Tapi sikit-sikit lah ye sebab perut ibu-ibu ada baby ni cepat keras kan. So minum sikit-sikit sehinggalah nak dekat masuk waktu imsak tu. Ni untuk mengelakkan ibu cepat dehidrated. Maklumlah, ibu ada baby ni asyik nak pergi toilet buang air je kan. So bekalan air dalam badan juga perlu lah banyak. Hehe. Jangan lupa minum susu juge tauu. Kalau yang tak boleh nak telan susu tu, cuba amalkan pil kalsium yer.

minum air

 

  • Lebihkan serat. Sebagai tambahan, makan juga makanan lambat hadam dan membekalkan tenaga. Contohnya oat, nestum, dan kurma. Biasanya aku akan makan nasi sikit masa sahur tu. Pastu bancuh ESP campur kurma. Memang sedaplah sehingga menjilat jari. hehe..
  • Positive mindset. Yang paling penting  bila dah niat nak puasa, kena lah yakin yang kita akan larat untuk berpuasa. Kalau kita risau takut lapar la takut haus la, automatically tak lapar pun boleh jadi lapar. So mindset tu kena positive yang kita boleh berpuasa dan tak menjejaskan kesihatan kita dan baby ok. As long as kita dah makan makanan yang sepatutnya masa bersahur.
  • Ambil Set Mighty 3 Gems Shaklee untuk bantu perut tidak terasa lapar sepanjang hari.

 

set mighty gems shaklee

KLIK DI SINI UNTUK BELI SET MIGHTY 3 GEMS SHAKLEE

 

Di dalam Set Mighty 3 Gem ini terdiri dari 3 jenis produk, iaitu Energizing Soy Protein, Meal Shakes dan Performance Orange.

#1. ESP (perisa natural vanilla):
  • membekalkan tenaga & memberikan rasa kenyang yang lebih lama. Ia menyediakan tenaga yang berkekalan dan membantu menahan rasa lapar menerusi bekalan sumber tenaga yang konsisten.
#2. Meal Shakes (perisa french vanilla):
  • ‘Easy-On-The-Go Meal’ kerana penyediaannya yang begitu mudah dan kandungannya yang lengkap membekalkan nutrien penting, keperluan harian badan. Ia juga membekalkan sekurang-kurangnya 35% (atau lebih nilai) bagi 19 vitamin dan mineral penting yang diperlukan oleh tubuh. Sumber yang kaya dengan kalsium, fiber dan protein.
#3. Performance Orange Drink (perisa natural orange) :
  • Ia mengandungi formula karbohidrat unik Shaklee iaitu opticarb yang membekalkan tenaga serta merta. Opticarb ialah rangkaian karbohidrat yang memberikan kita tenaga berterusan tanpa mengganggu kestabilan gula dalam darah. Ia membantu mengelakkan rasa dehydrate akibat kurang minum air ketika sedang berpuasa. Terbukti secara klinikal, ia mampu menyokong tahap hidrasi berbanding air.

 

KLIK DI SINI UNTUK MEMBELI SET IBU HAMIL SHAKLEE

 
  • Fatimah Bt Tony
  • Shaklee ID : 887938
  • Whatsapp atau Telegram : 011-3201 4534
       

Leave a Reply