Kenali Jenis Dan Punca Jerawat Serta Cara Atasinya

Set Kecantikan Kulit Shaklee
Assalamualaikum semua..

Hari ini, fatim nak kongsikan dengan pembaca semua, mengenai jenis-jenis jerawat dan punca ia boleh berlaku, bagi membantu memudahkan untuk mengatasi masalah kulit muka.

 

1. Jerawat biasa.

Jerawat biasa ini terbahagi kepada 4 jenis, iaitu:

  • Blackhead (bintik hitam) – Berbeza dengan bintik putih, bintik hitam ini terjadi kerana liang atas telah terbuka dan pigmen kulit telah teroksida dengan oksigen. Ianya belum dijangkiti kuman, namun elakkan dari menggunakan scrub muka kerana ianya akan memburukkan lagi keadaan.
  • Whitehead (bintik putih) – Bintik putih ini berlaku kerana sebum telah memenuhi liang kulit muka dan menyebabkannya tersumbat dan kulit telah mati. Liang telah tertutup dan memerlukan rawatan intensif.
  • Papules – Liang kulit muka dan sekitar telah dijangkiti kuman dan berlaku radang
  • Pustules – Peringkat yang lebih kronik dari papules. Liang kulit muka juga telah diserang kuman dalam tempoh yang lama, menyebabkannya radang mengeluarkan nanah dari liang kulit.

 

jenis jerawat

 

2. Jerawat Serius Atau Acne Vulgaris

  • Nodul – Lebih dikenali sebagai jerawat batu dalam masyarakat kita. Jerawat ini sakit bila disentuh. Kelihatan berbonjol dan bersaiz lebih besar dari jerawat biasa. Lazimnya, akan meninggalkan parut di muka dan berulang-ulang di kawasan yang sama.
  • Sista – Sista atau cyst ini terjadi akibat kombinasi jerawat-jerawat nodul yang bercantum antara satu sama lain sehingga membentuk sista yang besar. Jangan sesekali memicit jerawat ini, kerana ianya akan menjadikannya lebih merebak dan meninggalkan parut yang tak diingini.

 

3. Jerawat Kronik Atau Acne Rosacea

Masalah kulit muka ini sering disalah tafsir sebagai sejenis jerawat. Sebenarnya ia bukan jerawat dan sudah tentu rawatannya juga berbeza. Acne Rosacea ini wujud sebagai bonjolan bernanah berwarna merah dan tak mempunyai bintik hitam. Seola-olah sama dengan acne vulgaris. Jika dibiarkan tanpa rawatan, anda berisiko menghadapai bengkak hidung. Di sarankan untuk anda berjumpa pakar kulit untuk masalah ini. Lazimnya, menyerang wanita yang berumur 30 tahun dan ke atas.

 

4. Jerawat Kronik Lain (Severe Acne)

  • Acne Conblongata – Tahap yang paling teruk bagi Acne Vulgaris. Biasanya menyerang lelaki. Meninggalkan kesan parut kekal dan menyerang kawasan muka, dada, belakang badan, atas tangan, punggung dan paha. Lazimnya menyerang belia berusia 10 tahun ke 30 tahun.
  • Acne Fulminans – Masalah kulit ini akan menyerang secara tiba-tiba selepas dijangkiti masalah acne conblongata. Biasanya akan dihadapi oleh golongan lelaki dan usia muda. Simptom-simptomnya diserang demam, gatal yang teruk dan tak bereaksi kepada antibiotik.
  • Gram-Negative Folliculitis – Di aktifkan oleh jangkitan kuman berkemungkinan kerana kesan dari rawatan antibiotik dalam jangkamasa lama untuk merawat jerawat pustules atau sista. Masalah kulit muka ini jarang berlaku dan boleh dirawat.
  • Pyoderma Faciale (Rosacea Fulminans) – Hanya dihadapi oleh wanita berusia dalam lingkungan usia 20 – 40 tahun. Simptom yang dihadapi adalah seperti jerawat batu (nodules) besar yang sakit, luka-luka. Menyerang secara mendadak dan berpotensi menyerang mereka yang tak pernah menghadapi masalah jerawat. Ianya akan berlarutan untuk beberapa tempoh tertentu dan akhirnya akan sembuh.
Saranan saya untuk masalah jerawat yang kronik, anda perlu segera untuk berjumpa dengan pakar kulit atau dermatologist. Jangan dibiarkan berlarutan atau anda hanya menggunakan produk-produk di farmasi. Masalah kulit muka yang serius dan kronik ini memerlukan konsultansi berterusan dari dermatologist dan mengambil masa untuk sembuh.
jerawat terbentuk
Bagaimana jerawat terbentuk.

Jom baca lebih lanjut, untuk mengetahui punca berlakunya jerawat. Semoga bermanfaat yer.. 🙂

 

#1: Hormon Dan Jerawat

Pada usia remaja, kelenjar sebaceous menegmbang dan mengeluarkan lebih banyak sebum di bawah pengaruh hormon yang dikenali sebagai hormon androgen. Sebab itu ramai di kalangan perempuan pada usia remaja dan awal dewasa kerap mengalami masalah jerawat. Namun begitu, lama-kelamaan liang sebaceous akan menghasilkan sebum yang semakin berkurangan berbanding pada usia remaja. Cara terbaik mengawal hormon adalah dengan pengambilan GLA Complex.

 

#2: Bakteria Dan Jerawat

Bakteria yang dikenali dengan nama Propionibacterium acnes pula adalah salah satu bakteria yang biasa ditemui dalam sel kulit. Sumber makanannya ialah sebum dan sel-sel mati pada permukaan kulit. Orang yang berjerawat mempunyai Propionibacterium acnes lebih banyak berbanding dengan kulit orang yang tidak berjerawat. Cara menghapuskan bakteria jahat secara semulajadi adalah dengan mmenguatkan imuniti badan dengan pengambilan Nutriferon.

 

#3: Pemakanan Dan Jerawat

Walaupun punca jerawat yang disebabkan oleh diet atau pemakanan tidak dapat dibuktikan dengan jelas serta terperinci, tetapi diet yang mempunyai kesan langsung terhadap tahap insulin dalam badan kita. Untuk pengetahuan anda, insulin adalah hormon terpenting manusia dan boleh mempengaruhi hormon-hormon lain di dalam tubuh termasuk hormon androgen yang turut menjadi penyebab pertumbuhan jerawat pada kulit muka, belakang badan dan leher pesakit.

 

#4: Stress Dan Jerawat

Stress boleh memburukkan lagi simptom jerawat anda tetapi ia boleh dicegah dengan rawatan jerawat yang betul. Tahap stress yang tinggi memang mampu memberi kesan ke atas jerawat dan boleh menyebabkan radang jerawat yang teruk. Selain itu, apabila kita dalam keadaan stress, adrenalin serta hormon androgen yang ada di dalam badan akan dikeluarkan dengan berlebihan dan menjadi punca berlakunya pertumbuhan jerawat. Supplement paling sesuai untuk mengawal stress adalah Vita-Lea Iron Formula atau B-Complex.

 

#5: Alat Solek Dan Jerawat

Sebenarnya alat solek bukanlah punca jerawat terbesar untuk kulit, tetapi jika anda tidak membersihkan kulit anda dengan baik selepas memakai alat solek, ia boleh memburukkan lagi keadaan jerawat pada kulit terutama muka anda. Menggunakan gentle make-up remover, dapat membantu membersihkan kesan make-up dan kotoran yang meresap pada kulit wajah dengan berkesan dan sempurna.

 

#6: Matahari Dan Jerawat

Cahaya matahari juga bukanlah penyebab utama masalah jerawat tetapi haba yang dihasilkan oleh matahari boleh menyebabkan kulit anda berpeluh dan berminyak sekaligus menyumbatkan liang roma. Penggunaan produk yang mengandungi kawalan uv seperti ultimate protection essence, dapat melindungi kulit dari bahaya sinaran uv, terutamanya wanita yang berkerja lebih banyak masa di luar pejabat.

 

#7: Pakaian Dan Jerawat

Tidak ramai yang mengalami masalah ditumbuhi jerawat di belakang badan tetapi ia berlaku disebabkan iklim tropika seperti di Malaysia. Belakang badan yang mepunyai ribuan kelenjar dan liang roma yang boleh memerangkap sebum. jangan malas mandi kerana kulit yang bersih boleh membebaskan anda dari belengu jerawat.

 

#8: Sembelit Dan Toksin

Sembelit boleh menyebabkan toksin terkumpul di bahagian usus kita. Toksin adalah sangat merbahaya untuk tubuh badan kita. Ia boleh membawa kepada masalah kesihatan serta masalah kulit seperti jerawat dan kulit sensitif.

Panjang usus kita adalah 6 kali ganda tinggi badan kita, dan ia bersamaan dengan saiz padang tenis, Setiap apa yang kita makan dan tidak dibuang, akan menjadi toksin di dalam usus. Toksin sangat merbahaya kerana boleh menyumbang kepada pelbagai jenis penyakit.

Menurut Mal Nikoff (Pakar Patologi Pemenang Nobel),

“Makanan yang tersumbat dalam usus kita akan bertukar menjadi toksin yang berbahaya. Ini secara tidak langsung akan meracuni badan kita”

Menurut Dr Harvey W Kello,
“90% penyakit berpunca dari usus. Daripada 22,000 pembedahan yang saya pernah buat, saya tidak pernah jumpa satu usus yang normal. Antara 100,00 usus besar, hanya 6% yang benar-benar normal”

 

 

Sebenarnya ini adalah sebahagian sahaja daripada punca-punca yang boleh mnyebabkan kulit anda ditumbuhi jerawat. Namun begitu, proses pertumbuhan jerawat adalah sangat komplex dan dikatakan boleh wujud daripada banyak punca. Punca jerawat mungkin berbeza mengikut Jenis Jenis Jerawat seperti dalam penulisan saya yang lepas. Maka cara rawatan juga adalah berbeza.

Jadi jika anda ingin merawat masalah jerawat, perkara-perkara diatas hendaklah anda elakkan supaya dapat mempercepatkan proses menghilangkan jerawat kerana kita tidak mahu jerawat baru timbul semasa proses rawatan yang berpunca dari sebab-sebab di atas.

 

Tips Penjagaan Kulit Muka Berminyak Dan Berjerawat

1. Basuh muka paling kurang 2 kali sehari dengan sabun yang betul. Jangan basuh muka dengan menggunakan sabun badan kerana tahap kealkaliannya adalah berbeza. Seeloknya, gunakan sabun muka jenis pengawalan minyak contohnya, Vaseline (Oil Control).

2. Elakkan makanan yang berminyak seperti daging burger segera.

3. Elakkan makanan laut seperti sotong, ketam, udang dan sebagainya KECUALI ikan. (Terpulang kepada kulit individu contohnya, fatim boleh makan kerang, ketam.)

4. Elakkan makanan seperti kacang tanah. (Bagi fatim, fatim tidak boleh makan kacang tanah, tetapi fatim boleh makan kacang kuda, almond, gajus dan lain-lain. Ia terpulang kepada kulit individu.)

5. Elakkan daripada mengguna tuala badan untuk mengelap muka selepas mandi kerana kulit yang sensitif adalah sangat sensitif dengan kekotoran. Gunakan tuala kecil yang lain atau tisu.

6. Mengamalkan 2 biji sehari Vitamin C 500mg. Ia sangat-sangat membantu masalah kulit muka berjerawat, berminyak dan resdung.

Note: Tips Penjagaan Kulit Muka Berjerawat & Cara Penjagaan Kulit Muka Berminyak ini adalah bergantung kepada tahap masalah kulit individu. Tips diatas adalah contoh yang boleh anda amalkan.

 

SET KECANTIKAN SHAKLEE

 

Set jerawat shaklee

 

TESTIMONI SET KECANTIKAN SHAKLEE

 

testimoni jerawat shaklee

 

 

 

testimoni jerawat shaklee

 

 

 

 

 

 

 

 

MENTOR BISNES ANDA

  • Fatimah Bt Tony
  • Shaklee ID : 887938
  • No Telefon : 016-836 9246
  • Email : fatimahtony@amalansihat.com
  Disclaimer
  • Segala testimoni / penulisan tentang produk yang dikongsi di laman ini bukan bertujuan utk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit.
  • Pembaca yang mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan.

Leave a Reply