Tips Rambut Sihat Dan Menawan

By | August 31, 2019

Semua orang sukakan rambut yang cantik, sihat, menawan, lebat dan tidak gugur. Lebih-lebih lagi, kalau orang tu wajahnya cantik, tampan. Rambut yang cantik membuatkan kecantikan mereka semakin terserlah. Betul tak? hehee

Bukan orang dewasa sahaja yang macam tu. Even, baby kita bila tak ada rambut, mesti risau. Kenapalah anak aku ni, tak banyak rambut. Anak orang lain banyak rambut.. hehee..

Jadi, hari ini, saya nak berkongsi sedikit tip yang berguna untuk anda. Tip untuk mencantikkan rambut dan melebatkan rambut. ūüôā

Mencantikkan Rambut

1. Daun limau purut

  • Ramas beberapa helai daun limau purut bersama sedikit air dan bunga raya
  • Apabila sebati, tapis air tersebut dan lumurkan pada rambut anda.
  • Di samping memberi keharuman pada rambut, ia juga menyejukkan kulit kepala.

2. Daun rambutan

  • Ramas beberapa helai daun rambutan bersama sedikit air.
  • Ramai sehingga keluar airnya.
  • Ketika mandi, lumurkan air tadi pada rambut, dan biarkan selama 15 minit.
  • Bilaskan rambut dengan tuala yang bersih.

Melebatkan Rambut

1. Setelah selesai makan, basuh tangan sehingga bersih. Tangan yang masih basah tadi, lapkan ia pada rambut sambil membaca selawat tiga kali.

2. Ambil arang dari pokok getah, keringkan beberapa hari dan tumbuk sehingga lumat. Lumurkan ramuan ini pada rambut dan dicuci selepas beberapa minit. Amalkan setiap hari.

Tip Atasi Rambut Berminyak

  • Untuk rambut berminyak, cuci rambut dua kali sehari dengan menggunakan syampu yang sesuai dengan masalah rambut anda.
  • Gunakan perapi rambut yang mengandungi perapi dan elakkan daripada terkena kulit kepala. Selain itu penggunaan hair mask dapat melindungi dan memperbaiki rambut rosak.

Tip Atasi Rambut Berkelemumur

  • Kelemumur boleh terjadi kepada mereka yang mempunyai kulit kepala kering atau pun berminyak. Perlu diketahui bahawa kelemumur adalah tempat yang amat sesuai bagi bakteria.
  • Sekiranya kelemumur telah ditemui pada kulit kepala, bakteria akan menjadikan kelemumur lebih serius.
  • Pada realitinya, kelemumur tidak boleh dipindahkan kepada orang lain. Ini kerana kelemumur yang ditemui pada sikat, berus rambut dan bantal adalah sel-sel yang telah mati.

Tip Atasi Rambut Kusut Dan Sukar Di Sikat

  • Langkah pertama yang boleh dilakukan ialah melakukan teknik rebonding untuk memberikan kesan rambut yang lembut, sihat dan beralun.
  • Boleh gunakan krim rebonding yang ada di jual di pasaran.

Masalah Rambut Gugur

Terdapat 3 jenis keguguran rambut yang boleh dikaitkan dengan tahap tekanan yang tinggi:

1. Alopecia areata

  • Ia disebabkan pelbagai jenis faktor, termasuklah tekanan yang teruk
  • sel-sel darah putih menyerang folikel rambut, menghentikan pertumbuhan rambut dan membuat rambut gugur berlaku

2. Telogen effluvium

  • tekanan emosi atau fizikal menolak sejumlah besar rambut tumbuh dalam fasa berehat.
  • Dalam masa beberapa bulan, rambut yang terjejas mungkin gugur tiba-tiba walaupun anda hanya menyikat atau membasuh rambut

3. Trichotillomania

  • Ia merujuk kepada keadaan bulu-bulu tubuh anda dipaksa keluar dari kulit termasuklah rambut, bulu kening atau kawasan lain di badan anda.
  • Keadaan ini timbul kesan cara anda menguruskan perasaan yang negatif atau tidak selesa seperti tekanan, kebimbangan, ketegangan, kesepian, keletihan atau kecewa.

Namun, keguguran rambut bukanlah bersifat kekal, asalkan anda bijak mengawal tekanan. Anda juga digalakkan untuk berbincang dengan doktor, sebaik mengesan kehilangan rambut secara tiba-tiba dan mendapat kadar keguguran rambut bersifat luar biasa terutama semasa menyikat atau membasuh rambut anda.

 

1. Rambut gugur kerana hormon

Hormon seks wanita merangsang pertumbuhan rambut yang tebal. Selain estrogen, setiap wanita turut menghasilkan androgen dalam jumlah yang sedikit. Tetapi androgen boleh dihasilkan dengan aktif sekiranya seseorang wanita itu berada di dalam keadaan tertekan. Dan ia boleh menjadi faktor masalah keguguran rambut. Untuk kes yang serius, pakar perubatan akan memberikan pil anti-androgen.  Untuk anda yang suka dengan cara yang lebih semula jadi, anda hanya perlu lebihkan rehat untuk mengurangkan stres.

2. Rambut gugur kerana produk

Sememangnya kita dilahirkan dengan rambut yang kuat. Tetapi masalah akan timbul sekiranya anda sering melunturkan warna rambut, kerap menggunakan produk penggaya rambut seperti melurus rambut atau mengeritingkan rambut. Ia mungkin tidak menyebabkan keguguran rambut dari akar tetapi akan menyebabkan rambut anda putus. Atasinya dengan menggunakan syampu yang betul, kurangkan mencuci serta hadkan penukaran warna dan stail rambut.

3. Rambut gugur kerana kurang vitamin

Pemakanan yang seimbang sangatlah penting untuk kesuburan rambut anda. Fakta ini mungkin klise, tapi itulah kenyataannya. Rambut di dalam keadaan sempurna sekiranya anda mengamalkan makanan berkhaisat seperti bijirin penuh, buah-buahan dan sayur-sayuran serta makanan berprotein tinggi seperti yogurt, daging, ikan dan tauhu. Sekiranya sukar untuk anda patuhi arahan diet ini, ambillah makanan tambahan khas untuk rambut iaitu Biotin, Niasin, Zink, Vitamin B6, B12, A dan E.

Apa yang anda perlu ketahui:

  • Keguguran rambut selepas bersalin adalah normal.
  • Wanita mempunyai anggaran 100,000 helai rambut di atas kulit kepalanya.
  • Purata 100 helai rambut gugur setiap hari.
  • Pertambahan hormon estrogen semasa hamil menyebabkan rambut tumbuh dengan lebih banyak.
  • Jadi semasa hamil, rambut anda biasanya lebih tebal dan lebih sihat.
  • Selepas anda bersalin, paras hormon akan kembali normal.
  • 2-3 bulan selepas itu anda akan mengalami keguguran rambut yang agak teruk terutamanya jika keturunan anda ada masalah botak. Teori orang-orang lama mengatakan bahawa keadaan ini mula berlaku apabila anak mula menyemburkan air liurnya.
  • Keadaan ini akan berterusan selama 3-6 bulan lagi dan mungkin sehingga 9 bulan.
  • Ia tidak dipengaruhi oleh penyusuan susu ibu.
  • Selepas ini pertumbuhan dan keadaan rambut akan kembali kepada keadaan sebelum anda hamil.

Untuk mengurangkannya:

  • Ada ibu akan mula memotong rambut selepas ini kerana rambut yang pendek sedikit sebanyak dapat mengurangkan masalah keguguran rambut selain daripada mudah diurus.
  • Rambut ibu yang panjang mungkin boleh membelit tangan, kaki atau lain-lain anggota badan bayi membuatkan bayi berasa sakit dan tidak selesa.
  • Jangan lupa, teruskan ambil makanan yang sihat dengan protin dan zat besi secukupnya.
  • Anda boleh meneruskan pengambilan vitamin pranatal anda.
  • Gunakan sikat lembut dan sikat rambut dengan cermat untuk mengelakkan sikat menarik rambut dengan lebih banyak. Elakkan menyikat rambut semasa rambut basah.
  • Elakkan membuat rawatan menggunakan bahan kimia seperti mengerinting, mewarnakan dan sebagainya sehingga rambut kembali normal.
  • Bersabarlah, kerana keadaan ini hanya sementara sahaja.
  • Beritahu doktor anda jika keguguran rambut sangat serius terutamanya jika terdapat gejala lain.

Cara saya mengatasinya:

  • Potong rambut lebih pendek. Rambut pendek lebih senang dijaga dan tidak membahayakan bayi. Rambut yang gugur boleh membelit bayi anda yang boleh menyebabkan kesakitan pada bayi.
  • Dinasihatkan kerapkan menyapu/vacuum untuk membuang rambut yang gugur. Sekiranya bayi menangis tanpa sebab, pastikan samada ada rambut yang terbelit pada badan bayi.

Tips penjagaan rambut:

  • Makan makanan yang seimbang.
  • Amalkan minum air suam dan jus buah-buahan.

 

Rambut Kerap Gugur Petanda Badan Tak Cukup Vitamin

Ni nak cerita, sebenarnya kan, kalau orang tu ada rambut yang bermasalah, kemungkinan yang paling tinggi adalah sebab badan tak cukup nutrisi. Yelah kan, rambut kita ni, nak panjang ke, nak nampak sihat ke, mestilah perlukan rawatan dari dalam.

Segala jenis syampu dengan conditioner tu, semua untuk kegunaan luaran. Kalau yang dalam tak cukup sihat, memang masalah lambatlah nak settle.

Nak tahu, apa kemungkinan vitamin yang anda kurang tu? Meh baca sampai habis, k. ūüôā

 

Vitamin Penting Untuk Rambut Yang Sihat

1. Biotin (Vitamin-H) 

sumber biotin

 

  • Vitamin¬†yang paling popular¬†yang¬†membantu¬†keguguran rambut¬†adalah¬†Biotin¬†atau vitamin¬†H.
  • Biotin¬†adalah¬†sebahagian daripada¬†keluarga¬†B kompleks dan telah terbukti untuk menghalang keguguran rambut
  • Satu lagi faedah Biotin adalah bahawa ia mencegah rambut kelabu
  • Sumber: Susu, yis dan kuning telur

 

2. IRON (ZAT BESI)

sumber zat besi

 

  • Kekurangan¬†zat¬†besi¬†dalam badan¬†bukan sahaja¬†menyebabkan¬†anemia, tetapi¬†ia juga menyumbang kepada¬†keguguran rambut.
  • Orang yang¬†mempunyai¬†kekurangan zat besi¬†dan¬†rambut gugur¬†perlu¬†meningkatkan pengambilan¬†zat¬†besi¬†dalam pemakanan harian¬†mereka.
  • Ini¬†perlu, kerana zat besi boleh¬†membuat¬†perubahan yang ketara dalam¬†pertumbuhan rambut.
  • Sumber: Ikan, daging, sayur hijau, tomator, kekacang

 

3. Vitamin B

 

sumber vitamin b

 

  • Vitamin B kompleks¬†juga¬†membantu¬†dalam mengatasi masalah¬†keguguran rambut¬†kerana ia menguatkan¬†folikel rambut
  • menjadikan ia¬†kurang¬†terdedah kepada¬†kerosakan¬†dan kehilangan rambut.
  • Pemakanan yang kaya¬†dengan kandungan¬†vitamin B¬†akan¬†meningkatkan¬†pertumbuhan rambut dan mengurangkan rambut gugur.

 

4. Zink

 

sumber zinc

  • Zink¬†banyak¬†terdapat¬†dalam¬†daging merah, yang membantu mengatasi sebarang¬†masalah¬†kulit kepala (berkelemumur).
  • Satu lagi faedah¬†pengambilan¬†zink¬†ialah¬†ia¬†meningkatkan¬†kehidupan seks anda.
  • Jadi ia¬†menjamin¬†bukan sahaja¬†rambut yang cantik tetapi ‚Äėsaat‚Äô yang indah ketika bersama.

 

 

sumber vitamin A

  • Anti-oksidan,¬†yang¬†lebih dikenali sebagai¬†Vitamin A, C dan E¬†biasanya¬†diambil untuk¬†mempunyai kulit yang cantik.¬†
  • Tetapi¬†adakah¬†anda tahu¬†bahawa selain daripada¬†memberi¬†anda¬†kulit¬†yang bersih dan mulus,¬†ia menghalang¬†keguguran rambut¬†dan merangsang¬†pertumbuhan¬†rambut¬†dengan mengepam keluar¬†toksin¬†dalam badan¬†dan¬†meningkatkan¬†sistem imun anda.

sumber protein

 

  • Protein¬†merupakan satu lagi¬†komponen penting¬†rambut.
  • Sebenarnya, 90% struktur rambut ¬†dikomposisikan¬†oleh protein.
  • Bersama¬†dengan¬†vitamin B¬†kompleks, protein¬†juga¬†sebenarnya adalah¬†ramuan yang¬†biasa¬†terdapat di¬†dalam¬†syampu, perapi syampu¬†dan ¬†dalam rawatan¬†rambut.
  • Protein juga merupakan salah satu¬†sebab¬†yang¬†menjadikan¬†rambut¬†kuat dan¬†tahan¬†daripada kerosakan.

 

7. Asid Pantothenic (Vitamin B5)

sumber vitamin b5

  • Asid Pantothenic¬†adalah¬†penting untuk¬†kesihatan¬†kulit kepala.
  • Ia¬†juga merupakan salah satu komponen¬†utama¬†sel-sel dalam¬†badan¬†dan¬†membantu¬†dalam penukaran¬†makanan¬†kepada tenaga.
  • Folikel rambut¬†mula¬†gugur disebabkan oleh¬†kekurangan¬†nutrien¬†ini¬†di dalam badan kita
  • Kekurangan B5 boleh juga mengakibatkan¬†sembelit dan¬†penyakit¬†yang¬†lain.

 

set kecantikan rambut shaklee

KLIK DI SINI UNTUK MEMBELI SET KECANTIKAN RAMBUT SHAKLEE

 

 
  • Fatimah Bt Tony
  • Shaklee ID : 887938
  • Whatsapp atau Telegram : 011-3201 4534
       

Leave a Reply