8 Tips Redakan Sakit Perut

AMALAN SIHAT

sakit perut

 

Waktu makan yang berubah atau makan secara berlebihan selain stress yang mengakibatkan rembesan cairan perut yang tidak menentu dikenal pasti sebagai punca. Sekiranya masalah ini datang menghampiri, anda tidak perlu terburu-buru ke farmasi atau kedai ubat untuk membeli antasida untuk mengatasinya. Apa kata mencuba resepi di bawah.

1. Lemon dan halia

  • Ini resepi paling sederhana dan bahan-bahannya tersedia di rumah anda.
  • Yang diperlukan adalah dua sudu makan jus lemon, halia dan madu lalu dicampurkan dengan segelas air hangat.
  • Minum ramuan ini selepas makan

 

2. Jeruk

  • Jika anda merasa resepi di atas sulit untuk diamalkan, cubalah memakan buah limau setelah makan.
  • Pakar menyebut memakan limau dapat memberikan istirahat pada organ-organ pencernaan dan dapat memberikan gizi yang cukup.

 

3. Anggur

  • Siapa yang dapat menduga adanya hubungan antara buah anggur dan kesihatan pencernaan?
  • Anggur ternyata buah lazat yang dikenali dapat menghilangkan iritasi pencernaan dan perut.

 

4. Lemon

  • Jika anda mencari cara untuk mencegah, meminum air lemon hangat sebelum makan adalah hal terbaik.
  • Campurkan satu sudu makan jus lemon ke dalam segelas air hangat dan minumlah sebelum makan.
  • Seperti diketahui, air lemon suam dapat mencegah gangguan pencernaan akibat asid.
  • Jus lemon membantu menyembuhkan gangguan pencernaan kerana berupaya melawan bakteria.

 

5. Bawang putih dan kacang soya

  • Setiap kali merasa perut tidak nyaman, ambillah minyak kacang soya dan bawang putih lalu urut perut secara perlahan.
  • Biarkan minyak meresap melalui kulit.
  • Hal ini juga memberikan bantuan segera daripada gangguan pencernaan.

 

6. Soda

  • Ambil satu sudu makan serbuk soda dan campurkan dalam segelas air lalu diminum.
  • Soda membantu mengurangkan neyeri perut dan gangguan pencernaan.

 

7. Ketumbar

  • Campurkan beberapa biji jintan dan ketumbar ke dalam segelas air serta tambahkan sedikit garam.
  • Anda juga boleh mencuba mencampurkan dua sudu teh ketumbar, satu sudu teh halia, buah pelaga dan segelas air.

 

8. Ais batu

  • Doktor menyarankan meletakkan kantung ais pada perut anda yang sedang bermasalah selama setengah jam selepas makan untuk mengurangi rasa sakit.
  • Mandi air suam pada malam hari juga dipercayai berupaya mengurangkan rasa tidak nyaman pada perut.

Selamat mencuba. 🙂

 

set sakit perut shaklee

KLIK DI SINI UNTUK MEMBELI SET SAKIT PERUT SHAKLEE

 

MENTOR BISNES ANDA

  Disclaimer
  • Segala testimoni / penulisan tentang produk yang dikongsi di laman ini bukan bertujuan utk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit.
  • Pembaca yang mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan.
 
  • Disclaimer : Ini adalah supplemen. Ia cuma membantu  untuk meningkatkan kesihatan tubuh anda bermula dari dalam. Dapatkan nasihat dari doktor terlebih dahulu, jika ada sebarang kemusykilan.
  • Produk-produk ini tidak bertujuan untuk membuat diagnosis, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit.

Leave a Reply