Mula-mula, bila si manja tumbuh gigi, ibu bapa adalah orang yang paling teruja. Lama-kelamaan, dia tak kisah pun tentang gigi si anak.
Tahu tak anda, penjagaan mulut dan gigi, bukan bermula bila gigi anak sudah tumbuh. Tetapi sebaiknya, sejak anak masih bayi.
Kepentingan gigi susu
- untuk mengunyah, bercakap dan senyum
- tapak untuk gigi kekal. Jika kerosakan gigi susu tidak di rawat, ia menyebabkan rasa sakit dan jangkitan. Gigi yang mengalami kerosakan serius perlu di buang.
- Jika gigi susu di jangkiti bakteria atau gugur terlalu awal, anak mungkin membentuk amalan pemakanan yang tidak baik, masalah pertuturan, gigi tidak tersusun dan kerosakan gigi kekal (peluang untuk gigi kekal tumbuh tidak tersusun meningkat)
5 Tips Penjagaan Gigi
1. Usia setahun adalah waktu yang sesuai untuk anak anda berkenalan dengan doktor gigi. Selepas itu, bawa anak bertemu doktor gigi setiap enam bulan sekali. Biasakan anak bertemu doktor gigi supaya dia tidak berasa fobia.
2. Jika anak anda hanya berjumpa doktor gigi bila giginya perlu dicabut, kesakitan akan meninggalkan trauma berpanjangan. Mengikut fakta, kanak-kanak lelaki lazimnya mempunyai masalah gigi yang serius kerana faktor pemakanan mereka.
3. Jika gigi susu masih ada selepas 12 tahun, pertumbuhan gigi kekal akan terganggu dan pembedahan kecil mungkin perlu dilakukan bagi membantu pertumbuhan gigi kekal.
4. Berus gigi elektronik sesuai untuk kegunaan kanak-kanak, kerana kanak-kanak lazimnya tidak akan mengambil masa yang lama untuk memberus gigi.
5. Tempoh ideal proses memberus gigi ialah 60 saat atau 1 minit.
MENTOR BISNES ANDA

- Fatimah Bt Tony
- Shaklee ID : 887938
- No Telefon : 016-836 9246 (Klik untuk Whatsapp)
- Email : fatimahtony@amalansihat.com