Redakan Senggugut Dengan Vitamin Shaklee

Set Masalah Period Shaklee

Senggugut adalah antara masalah yang sinonim yang kerap hadir semasa datang bulan. Namun, tahap senggugut bagi setiap wanita adalah berbeza. Ada yang teruk sampai tak larat nak bangun. Tidak kurang juga, ada yang langsung tiada masalah senggugut semasa period. Kadang-kadang, wanita yang mengalami masalah period tidak teratur akan merasai sakit senggugut yang agak teruk juga.

Antara vitamin shaklee yang sangat sesuai untuk masalah senggugut adalah,

 

senggugut shaklee

 

Dalam Set Senggugut, Terdapat 4 Vitamin Yang Sangat Bagus Untuk Redakan Kesakitan:

1. GLA Complex – wanita yang alami senggugut tidak dapat menukarkan asid linolenik dengan baik untuk menjadi GLA. Pengambilan GLA tambahan dapat meringankan simptom senggugut.

2. Ostematrix – Sebelum haid bermula, paras kalsium akan menurun dan menyebabkan gangguan emosi. Bekalan kalsium tambahan dapat kurangkan turun naik perasaan.

3. B Complex – Vitamin B5, B6 dan B12 sangat berkesan untuk mengatasi masalah senggugut.

4. Vivix – Kurangkan rasa kerengsaan akibat rasa sakit yang teramat.

 

Senggugut Dan Kesuburan

Pernah tak anda mendengar bahawa, ada orang memberitahu bahawa jika seseorang wanita semasa masih bujang ada mengalami senggugut yang teruk, dia kemungkinan akan mengalami masalah kesuburan. Namun, ini tidak semestinya benar kerana ada senggugut yang hilang setelah berumahtangga, malahan mereka juga melahirkan anak.

Namun begitu, sebahagian kecil akan mengalami masalah kesuburan dan mudah gugur jika senggugut itu berterusan selepas berkahwin. Senggugut jenis ini selalunya dikaitkan dengan penyakit endometriosis.

Menurut pakar, senggugut mungkin berlaku, kerana banyak urat darah vena yang bengkak dan membesar di sekeliling pangkal rahim. Ia diumpamakan seperti penyakit migrain yang melibatkan urat-urat darah dalam kepala. Selain itu, senggugut juga dikaitkan dengan masalah vasopressin dan hormon prostaglandin yang ada dalam sistem peranakan wanita.

Kebiasannya, bagi mereka yang mengalami period pain, saya akan cadangkan mereka untuk mengambil set period pain.

 

Jenis-Jenis Senggugut

1. Senggugut Primer

  • Ia biasanya berlaku dikalangan remaja yang baru datang haid.
  • Senggugut jenis ini biasanya akan berkurangan atau hilang selepas wanita itu berumahtangga atau selepas melahirkan anak.
  • Ia adalah disebabkan oleh penghasilan hormon prostaglandin dan vasopressin yang berlebihan oleh badan.
  • Kesakitan ini dirasai akibat berlakunya pengecutan rahim dan biasanya menyerang pada hari pertama dan kedua period.
  • Kesakitan ini diikuti oleh rasa mabuk, muntah atau cirit birit.
  • Biasanya, mereka akan kelihatan pucat dan lembab serta pening-pening.
  • Pengambilan vitamin B6 kira-kira 50 mg dan 100 mg, boleh membantu mengurangkan kesakitan ini.
  • Kesakitan ini akan beransur kurang apabila wanita itu mencecah usia matang sekitar 20-an.

2. Senggugut Sekunder (primary spasmodic dysmenorrhea)

 

endometerium

 

  • Ia dikatakan berkait rapat dengan penyakit organik
  • Ia biasanya disebabkan oleh endometriosis, adenomyosis, pelvic inflammatory disease, polip dalam rahim, ketumbuhan fibroid, jangkitan pada pangkal rahim, alat pencegah kehamilan (copper IUCD) dan Irritable bowel disease. Pendek kata, apa sahaja penyakit daripada pangkal rahim, rahim, saluran fallopio atau ovari boleh menyebabkan senggugut jenis ini.
  • Antara tanda-tanda yang sering di alami adalah kesakitan melampau di bahagian ari-ari dan pinggang sebelum kedatangan haid. Ia biasanya dialami oleh kebanyakkan wanita terutama mereka yang sedang meningkat remaja.
  • Adakalanya, senggugut terjadi disebabkan terdapatnya ketumbuhan iaitu fibroid di dalam saluran peranakan.
  • Senggugut jenis ini, mungkin tidak akan hilang walaupun setelah berkahwin dan melahirkan anak.

Jadi, kalau anda atau anak anda mengalami senggugut sekunder, jangan abaikan yer. Sebab kita tak tahu, samada ia boleh mengundang penyakit pangkal rahim atau cuma senggugut biasa.

Apakah Endometriosis

Terdapat sebilangan kecil wanita yang menghadapi masalah ketidaksuburan dan mudah gugur kandungan jika senggugut berlaku secara berterusan. Mereka ini kemungkinan besar menghidap penyakit endometriosis iaitu sejenis penyakit yang sering dikaitkan dengan masalah kesuburan. Namun begitu, kaitan ini hanya berlaku jika penyakit endometriosis itu berada pada tahap serius.

 

Terdapat beberapa teori yang menyatakan perkaitan antara endometriosis  boleh menyebabkan ketidaksuburan pada wanita, antaranya:

1. Dikatakan bahawa endometriosis boleh merosakkan tiub fallopio. Apabila tiub ini tersumbat, sukar bagi sperma suami untuk bertemu dengan benih isteri.

2. Endometriosis akan menyebabkan wanita sakit sewaktu melakukan hubungan kelamin sehingga kurangnya kekerapan hubungan kelamin. Secara tidak langsung, ia juga mengurangkan peluang untuk mengandung.

3. Di katakan bahawa hormon prostaglandin, boleh menyebabkan toksik kepada benih wanita, sperma dan embrio.

Tahap kesakitan senggugut tidak berkaitan dengan tahap keseriusan endometriosis. Senggugut itu boleh mengalami senggugut yang teruk tetapi tahap endometriosis mungkin hanya pada peringkat awal sahaja.

Lazimnya, kesakitan akan reda selepas tiga atau empat hari kemudiannya. Jika endometriosis ini telah merebak, kemungkinan besar tidak akan reda walaupun haid telah berhenti. Kesakitan juga mungkin akan terasa semasa melakukan persetubuhan atau membuang air besar. Ini disebabkan oleh pendarahan yang berlaku di belakang rahim yang melibatkan usus besar.

Senggugut boleh berlaku dan rasa sakit yang berbeza, di mana sakit akan datang sebelum pendarahan bermula dan tertumpu di ari-ari atau pinggang belakang. Sakit ini akan berterusan walaupun haid sudah berhenti. 🙂

 

Doa Jika Mengalami Senggugut

doa hilangkan senggugut

TESTIMONI

testimoni shaklee

testimoni shaklee

button esell shaklee

 

MENTOR BISNES ANDA

  • Fatimah Bt Tony
  • Shaklee ID : 887938
  • No Telefon : 016-836 9246
  • Email : fatimahtony@amalansihat.com
  Disclaimer
  • Segala testimoni / penulisan tentang produk yang dikongsi di laman ini bukan bertujuan utk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit.
  • Pembaca yang mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan.

Leave a Reply