Kenali Tanda Bahaya Stroke

Set Stroke Shaklee

Apakah Sakit STROKE?

Angin ahmar atau stroke ialah masalah kesihatan yang diakibatkan oleh salur darah tersumbat dan bekalan darah ke sebahagian otak diganggu. Bahagian otak tersebut tidak lagi menerima oksigen yang mencukupi dan oleh itu, sel-sel otak akan rosak atau mati, dan mengakibatkan bahagian badan yang dikuasai oleh bahagian otak itu tidak berfungsi. Angin ahmar ialah kecederaan saraf yang serius dan gejalanya ialah kehilangan fungsi saraf secara tiba-tiba.

Gangguan peredaran darah biasanya terjadi pada sisi arteri peredaran itu, walaupun gangguan ini juga boleh terjadi pada sisi vena. Angin ahmar telah dikategorikan sebagai kecemasan perubatan yang boleh menyebabkan kerosakan saraf yang kekal serta juga kematian jika tidak dikesan dan dirawat dengan cepat.

Penyakit ini ialah penyakit ketiga yang menyebabkan paling banyak kematian dan kehilangan upaya di kalangan dewasa Amerika Syarikat dan negara-negara perindustrian di Eropah.

Pada puratanya, satu kejadian angin ahmar terjadi pada setiap 45 saat, dan seorang mati setiap 3 minit, akibat angin ahmar. Bagi setiap lima kematian tersebut, 2 kematian adalah orang lelaki dan 3 kematian ialah orang wanita.

Punca angin ahmar termasuk kelanjutan umur, darah tinggi, kencing manis, kolesterol tinggi, dan merokok. Merokok merupakan punca boleh ubah suai yang paling penting.

Istilah “serangan otak” kini semakin digunakan di Amerika Syarikat untuk angin amar, disebabkan penyakit ini adalah padanan untuk “serangan jantung” yang merupakan masalah kesihatan yang diakibatkan oleh salur darah tersumbat dan bekalan darah ke sebahagian jantung diganggu.

Antara penyakit yang boleh mengundang Stroke, adalah:

  • Kencing Manis
  • Tekanan Darah Tinggi
  • Kolesterol Darah Tinggi
  • Kegemukkan.

 

Risiko stroke dapat di kurangkan, jika penyakit di atas dapat di kawal dengan baik

 

Tanda-Tanda Stroke

Sekiranya anda mempunyai simptom-simptom seperti berikut, berkemungkinan anda terkena serangan angin ahmar (stroke)

  • Kebas anggota badan secara tiba-tiba
  • Sakit kepala yang melampau
  • Perasaan celaru dan keliru
  • Kesukaran bertutur / Memahami pertuturan
  • Kepeningan dan hilang imbangan
  • Kabur penglihatan secara tiba-tiba

Gejala-gejala stroke bergantung kepada jenis stroke dan bahagian otak yang terjejas. Strok iskemia biasanya hanya menjejaskan bahagian setempat otak yang dirempuh oleh arteri yang sumbat.

Stroke pendarahan boleh menjejaskan bahagian setempat, tetapi seringnya boleh juga mengakibatkan gejala-gejala sejagat yang disebabkan oleh pendarahan dan pertambahan tekanan intrakranium.

 

Jika laluan sistem saraf pusat terlibat

Jika bahagian otak yang terjejas mengandungi salah satu daripada tiga laluan sistem saraf pusat — trakus spinotalamus, trek kortikospina, dan turus dorsal (lemniskus medial) — gejala-gejala boleh termasuk:

  • kelemahan otot atau kekebasan (hemiplegia)
  • pengurangan kederiaan sakit atau suhu
  • pengurangan kederiaan getar.

Dalam kebanyakan kes, gejala-gejala hanya menjejaskan sebelah badan dari leher ke bawah, dan tidak termasuk muka. Kecacatan otak biasanya terjadi pada sebelah badan yang bertentangan (bergantung kepada bahagian otak yang terjejas).

Bagaimanapun, kewujudan mana-mana satu gejala ini tidak semestinya merupakan strok kerana laluan-laluan ini juga melalui saraf tunjang, dan sebarang lesi di sana juga boleh mengakibatkan gejala-gejala tersebut.

Jika batang otak terlibat

Selain daripada laluan sistem saraf pusat yang tersebut di atas, batang otak juga terdiri daripada 12 saraf kranium. Oleh itu, stroke yang menjejaskan batang otak juga boleh mengakibatkan gejala-gejala yang berkaitan dengan kurangan-kurangan dalam saraf kranium ini:

  • perubahan deria hidu, rasa, pendengaran, atau penglihatan (sebahagian atau sama sekali)
  • kelayuan kelopak mata (ptosis) dan kelemahan otot-otot okulus
  • pengurangan refleks: menjeluak, menelan, kereaktifan anak mata terhadap cahaya
  • pengurangan kederiaan dan kelemahan otot muka
  • masalah keimbangan dan nistagmus
  • perubahan kadar pernafasan dan denyut jantung
  • kelemahan otot sternokleidomastoid (SCM), dengan kehilangan upaya untuk memusing kepala
  • kelemahan lidah (kehilangan upaya untuk menjulurkan lidah dan/atau untuk menggerakkannya ke sebelah)
Jika korteks serebrum terlibat

Jika korteks serebrum terlibat, laluan-laluan sistem saraf pusat juga boleh terjejas, tetapi gejala-gejala yang berikut juga boleh muncul:

  • afasia (kehilangan upaya untuk bertutur atau memahami bahasa, akibat penglibatan bahagian Broca atau Wernicke)
  • apraksia (perubahan pergerakan terkawal)
  • pemikiran tidak teratur, kekeliruan, gerak isyarat hiperseksual (penglibatan lobus frontal)
  • perubahan penglihatan (penglibatan lobus oksiput)
  • kurangan-kurang daya ingatan (penglibatan lobus temporal)
  • hemineglek (penglibatan lobus parietal)

 

Jika serebelum terlibat

Jika serebelum terlibat, pesakit mungkin boleh mengalami:

  • kesusahan berjalan
  • perubahan kordinasi pergerakan
  • pening kepala

Kehilangan kesedaran, sakit kepala, dan muntah biasanya berlaku lebih kerap untuk strok pendarahan berbanding dengan trombosis, akibat peningkatan tekanan intrakranium daripada darah kebocoran yang memampatkan otak.

Jika gejala-gejala adalah paling teruk pada tahap permulaan serangan, kemungkinan besar puncanya ialah pendarahan subaraknoid atau strok embolus.

S (Smile) – Meminta subjek senyum

T (Talk) – Meminta subjek berbincang mengenai kalimah mudah

R (Raise) – Meminta subjek mengangkat kedua-dua tangan

Kesukaran subjek untuk melakukan salah satu dari tugas tersebut, berkemungkinan subjek berpotensi mengalami gejala angin ahmar.. Bawa subjek segera ke hospital.

 

MINOR STROK

Menurut Dr. Zubaidi (nak detail, boleh baca di blog beliau, di SINI yer), minor stroke atau pun dikenali sebagai “pre-stroke“, merupakan penyakit strok permulaan. Ia merupakan tanda peringatan bagi stroke yang mungkin membawa maut. Walaupun ianya sementara dan pesakit akan sembuh semula, ia tidak bermakna pesakit bebas dari ancaman stroke sampai bila-bila. Ianya ibarat bom dalam otak kita yang boleh meletup pada bila-bila masa.

Oleh itu jika seseorang mengalami tanda-tanda bermasalah bercakap secara tiba-tiba seperti susah hendak memulakan percakapan, susah untuk menyusun ayat dalam percakapan atau percakapannya tidak jelas, ia adalah tanda-tanda minor stroke.

Masalah lemah anggota atau tidak boleh menggerakkan tubuh, juga menandakan seseorang itu diserang minor stroke. Biasanya, pesakit tidak mampu menggerakkan tangan, kaki, mukannya atau sebelah badannya.

Ada juga yang mengalami masalah penglihatan. Secara tiba-tiba penglihatannya tidak jelas atau terus tidak dapat melihat apa-apa di hadapannya. Namun ada pesakit yang hanya mengalami pandangan berkabur saja.

Namun begitu, simptom-simptom ini selalunya tidak lama, kadang-kala hanya beberapa minit atau beberapa jam sahaja. Pesakit akan sembuh semula.

 

SET STROKE SHAKLEE

set stroke shaklee

 

KEBAIKAN VIVIX DALAM MEMBANTU PESAKIT STROKE

1. Vivix membantu mengaktifkan semula sel-sel yang terlibat dalam pengawalan genetik utama yang merosot dan menggalakka sel menjadi sihat semula.

2. Ramuan Vivix juga adalah 10 kali lebih kuat dari resveratrol (kandungan yang ada dalam anggur Muscadine) yang sangat membantu keutuhan sel dan meningkatkan hayat sel.

3. Vivix membantu melindungi dan memperbaiki sel dari peringkat DNA yang rosak, mati dan tidak normal akibat serangan berjuta-juta perosak setiap hari.

4. Vivix membantu menurunkan paras kolesterol dalam darah dan menghalang pengoksidaan kolesterol LDL (kolesterol jahat). Oksidasi LDL ini yang akan menyebabkan serangan kardiovaskular / jantung.

5. Ramuan vivix sangat tinggi anti-oksidan yang membantu menguatkan sistem pertahanan tubuh.

6. Ramuan 4 jenis bahan utama Vivix menggalakkan pertumbuhan semula mitokondria (penjana tenaga) dalam setiap sel tubuh kita.

7. Ramuan Vivix sangat membantu dalam pengawalan tekanan darah, menurunkan kolesterol malah membantu dalam mengekalkan berat badan ideal.

8. Ekstrak purple carrot membantu dalam kesihatan salur darah dan platlet yang berkebolehan mengurangkan risiko penyakit koronari jantung.

9. Ekstrak Elderberry pula membantu dalam perlindungan tubuh terhadap penyakit kardiovaskular, stroke dan serangan jantung.

 

TESTIMONI 1

 

 

TESTIMONI 2

Sal nak kongsikan satu testimoni daripada Puan Ummu Ainan mengenai ibunya yang mengalami stroke dan memberikan Vivix kepada ibunya:

“Assalamualaikum selamat petang..Hari ni sangat happy sebab dapat tahu promo bulan September jatuh kepada VIVIX.. OOoooo Yeeeaaah.. Suka sebab dah start bagi kat mak.. Mak stroke pada 30 November 2011 dan 2/3 daripada otak kiri dah mati…Tubuh bahagian kanan yang tak boleh bergerak.

Bahagian Vibral pula kena kat speech expression.. Mak boleh faham apa yang kita cakap dan boleh proses tapi bila nak keluarkan perkataan dan nak bagitahu tak dapat..Mula2 kena memang tragis, tak boleh bangun.. Nak express ‘feeling’ pun tak dapat apatah lagi benda2 lain..

Makan tak boleh.. Berhari2 juga puasa sebab doktor monitor otak takut makin membengkak @edema jadi kena operatelah buka tempurung.. Tapi bila nampak otak ok dan pengembangan tak ketara jadi tak operate jadi boleh start bagi bagi minuman ikut tube.. Huhu sakit tu.. Nak menelanpun tak dapat.. Kesian..

Selama 8 hari mak dirawat di HUSM tapi tiada apa2 tindakan dan biar macam tu je.. Lepas tu nampak batuk2 dan berkahak.. Adik-beradik fight jugalah minta mak dipindahkan ke Hospital Perdana.. Daripada tak buat apa2 sebab nampak mak makin lemah..

Bila dipindahkan je, belum warded lagi baru kat lobi Hospital Perdana, pihak Hospital buat ECG dan dekat situ dapat tahu mak ada masalah jantung iaitu injap jantung sempit dan kemungkinan disebabkan jangkitan kuman semasa kecil terus masukkan mak ke CCU. Mak seorang yang mementingkan kesihatan, memang selalu jogging dan bersenam.. Medical checkup pun selalu buat..

Seminggu sebelum kejadian mak telefon bagitahu semua cantik.. Tekanan darah ok, diabetes takde, kolesterol tinggi sikit 6.7 tapi belum sampai kena makan ubat kolesterol lagi dan boleh dikategorikan masih normal untuk individu yang sihat tanpa sebarang masalah..

Pakar Neurologist Dr Munawwir yang rawat mak pun kagum sebab kebiasaannya orang yang hadapi masalah injap jantung dah menunjukkan tanda pada setiap kehamilan dan pada usia 40-an.. Tapi mak hanya dapat tahu bila usia 55 tahun. Doktor jangka 6 bulan mak dah boleh jalan dan setahun dah dapat jogging.

Ubat yang mak makan sekarang

1) Nootropil

2) Amiodarone

3) Simvastatin

4) Warfarin

Disebabkan dah lebih 6 bulan tapi masih belum recover, saya cuba bagi mak Vivix.. Sebelum ni tak bagi sebab saya takut mempengaruhi kadar kecairan darah mak sebab ambil Warfarin kan.. Lepas ‘study’ punya ‘study’ dan yakin, saya tekad belikan mak Vivix beberapa hari lepas bila saya bawa mak balik KL ni..

Dalam waktu terdekat ni akan buat test kecairan darah juga..Alhamdulillah dalam tempoh 2 3 hari bagi mak Vivix ada peningkatan. Tangan mak yang dah mengerekot keras dah mula lembut dan ringan semula.. Dan semalam abang dah ‘train’ mak berjalan guna tongkat satu berkaki empat.. Memang dah boleh.. Syukurkan..Usaha yang terbaik selebihnya Allah yang tentukan..

Vivix bukan sahaja untuk stroke tetapi untuk semua.. Vivix ni tonik antioksidan yang bertindak sehingga ke selular. Itu yang best.. Kalau anda sayangkan ibu bapa, diri sendiri dan keluarga, minumlah Vivix.. Ia membantu menghalang stress oksidatif”

Nak beli set Stroke Shaklee? Klik DI SINI

 

MENTOR BISNES ANDA

  Disclaimer
  • Segala testimoni / penulisan tentang produk yang dikongsi di laman ini bukan bertujuan utk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit.
  • Pembaca yang mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan.
 
  • Disclaimer : Ini adalah supplemen. Ia cuma membantu  untuk meningkatkan kesihatan tubuh anda bermula dari dalam. Dapatkan nasihat dari doktor terlebih dahulu, jika ada sebarang kemusykilan.
  • Produk-produk ini tidak bertujuan untuk membuat diagnosis, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit.

Leave a Reply