10 Pemakanan Dan Amalan Sesuai Untuk Wanita Sebelum Menopaus

Set Feminin Shaklee

Proses menopaus bagi wanita atau andropaus bagi lelaki adalah merupakan proses di mana boleh menduga kesabaran individu yang mengalami itu sendiri. Ini kerana terdapat pelbagai perubahan yang mereka akan rasai sepanjang sebelum, semasa dan selepas proses menopaus tersebut. Persediaan awal sebelum menopaus adalah sangat membantu untuk mengurangkannya.

Diet rendah lemak dan tinggi serat akan membantu tubuh menyesuaikan diri dengan perubahan paras hormon. Makanlah bijirin, sayuran segar, kekacang, rumpai laut, miso, taufu (dadih kacang soya (ESP Shaklee ada soya), tempeh, bijian dan kacang-kekacangan (terutamanya biji bunga matahari (GLA Shaklee tinggi minyak borage)).

Diet yang seimbang dengan pengambilan yang secukupnya buah-buahan dan sayur-sayuran, jika dimulakan pada tahun-tahun awal, juga akan membantu melindungi wanita daripada serangan jantung.

Sesetengah makanan boleh menyebabkan panas badan, perubahan mood dan gejala-gejala putus haid lain. Punca-punca ini termasuk gula, kafein, alkohol, makanan diproses dan makanan pedas.

wanita menopaus

Mari kita lihat 10 senarai pemakanan & amalan yang sesuai

1. Pilih Fitoestrogen :-

  • Fitoestrogen adalah secara semula jadi terjadi daripada sebatian tumbuh-tumbuhan yang sama struktur dan fungsi dengan estradiol yang dihasilkan oleh ovari sebelum putus haid.
  • Makanan tulen mentah, buah-buahan, sayur-sayuran, dan produk soya yang mengandungi estrogen semulajadi ini, yang mencegah rasa panas badan dan gejala-gejala lain pengurangan estrogen.
  • Jika fitoestrogen adalah sebahagian daripada gaya utama sebelum putus haid, tidak terdapat kejatuhan radikal apabila tubuh mula berkurang daripada tuntutan untuk pembiakan
  • Dalam satu kajian yang dijalankan di Paris pada awal 1990-an, seorang ahli fisiologi telah merendahkan paras estrogen dalam kumpulan sampel dengan mengubah daripada diet banyak lemak dan gula kepada diet yang lebih semulajadi daripada sayur-sayuran dan buah-buahan
  • Sumber estrogen : badam, jintan manis, epal, barli, lobak merah, ceri, jagung, timun, kurma, telur, terung, biji rami, biji flaks, bawang putih, kacang merah, lentil, oat, minyak zaitun, betik, pasli, buah delima, kentang, labu, bijan, pucuk kacang soya, biji bunga matahari dan biji labu, tempeh, taufu dan produk soya lain, tomato, gandum, keladi)

 

2. Fikirkan SOYA

  • Ia secara saintifik terbukti bahawa wanita boleh meminimumkan dan mungkin menyingkirkan rasa panas badan dan perubahan mood akibat putus haid dengan memakan makanan bersoya.
  • Penyelidik Itali mendapati bahawa protein soya yang diasingkan boleh digunakan untuk menggantikan HRT. Para penyiasat di Universiti Bologna mendapati wanita yang menerima supplemen soya menunjukkan pengurangan 45% rasa panas. Ini disebabkan fitoestrogen yang ditemui secara semulajadi dalam soya.
  • Penyelidikan juga menunjukkan bahawa wanita Jepun, yang sering menggunakan produk soya berbanding protein haiwan, dilaporkan kurang menunjukkan gegala putus haid berbanding wanita Amerika.
  • Gejala putus haid yang biasa seperti perubahan mood dan rasa panas badan, insomnia, kemurungan, kurang aktiivit seks dan kekurangan jisim tulang boleh diimbangi dengan meminum secawan air soya dan memakan 4 auns tofu keras atau lembut setiap hari hari.
  • Sebenarnya, kacang soya adalah bahan aktif utama dalam Provera, ubat HRT progestin tiruan.
  • Tetapi soya lebih selamat daripada HRT – isoflavones dalam soya adalah 100-1000 kali ganda kurang kuat berbanding estrogen yang digunakan dalam HRT.
  • Soya juga mampu merendahkan kolesterol bagi wanita pasca-putus haid.
  • Menurut beberapa pakar, kacang soya juga berfungsi seperti ubat antikanser payudara, tamoxifen. Ini bermakna ia boleh dijangka mampu membantu mencegah osteoporosis dan kehilangan jisim tulang

 

3. Makan Makanan Tidak Berasid

  • Beberapa contoh adalah buah-buahan dan sayur-sayuran mentah dan bijirin tulen. Penguasaan estrogen (yang menyebabkan fibrosista payudara, fibroid uterus dan kanser payudara) berpunca daripada makanan berasid, makanan segera, makanan diproses, gula putih dan lemak yang banyak
  • Kekurangan makanan berkhasiat dan tekanan menghabiskan adrenal yang sebaliknya menghabiskan progestin, hingga berlaku ketidakseimbangan estrogen dan menimbulkan gejala-gejala putus haid.
  • Biasanya estrogen beredar diseluruh tubuh hanya sekali dan kemudian terurai di dalam hati
  • Kandungan lemak yang tinggi dalam diet menghalang penguraian seumpamanya dan membenarkan estrogen beredar sekali lagi, hingga menyebabkan ketidakseimbangan dalam sistem hormon tubuh

 

4. Bina Yin

  • Menurut perubatan Cina, makanan berikut boleh membantu wanita putus haid : germa gandum dan minyak germa gandum, kacang hijau dan pucuk, taufu, kacang buncis, kacang hitam, barli, biji bijan hitam

 

5. Elakkan Kafein

  • Ia terkandung dalam teh, kopi dan minuman ringan. Satu kajian di Oregon State University menunjukkan bahawa wanita yang minum 1/2 – 4 cawan teh sehari berisiko dua kali ganda mengalami sindrom prahaid (PMS).
  • Minum antara 41/2 – 8 cawan sehari meningkatkan kejadian PMS kira-kira 10 kali ganda
  • Kajian selanjutnya mendapati sesiapa yang meminum sekurang-kurangnya satu cawan minuman yang mengandungi kafein sehari, seperti kopi, teh atau minuman ringan, mudah mendapat PMS>

 

6. Jauhi Gula

  • Ia mungkin memburukkan lagi kesan rasa panas badan, jadi pengambilannya harus dihadkan.

 

7.  Berhenti Merokok

  • Merokok mendedahkan wanita kepada risiko tinggi penyakit jantung dan strok, selain rasa panas badan.

 

8. Jangan Minum Alkohol

  • Alkohol dilaporkan mendedahkan wanita yang putus haid kepada risiko tinggi kanser payudara dan strok.

 

9. Minum Air Lebih

  • Air membantu mengekalkan suhu badan, dan mencegah rasa panas badan serta kekeringan faraj.

 

10. Berfikir Positif

  • Menurut kajian ke atas penduduk, sikap menjadi penentu paling penting bagaimana wanita menyesuaikan diri dengan fasa peralihan putus haid.
  • Di China, contohnya, di mana usia dihormati, gejala-gejala putus haid jarang dilaporkan.
  • Kajian di AS pula mendapati wanita yang mempunyai perasaan negatif mengenai putus haid berasa lebih teruk, fizikal dan emosi berbanding mereka yang mempunyai pendekatan positif.
  • Wanita perlu membina keyakinan diri untuk menentang elemen luaran yang memberitahu mereka bahawa daya penarik mereka bergantung kepada wajah remaja dan kehandalan seksual mereka.

Sumber : Panduan CAP ” Bahaya Terapi Pengganti Hormon”

 

Vitamin Shaklee yang sangat sesuai untuk wanita, sebagai persediaan sebelum melalui menopaus adalah SET AMAZING GOLDEN FOR HER. Vitamin di dalam set ini sangat membantu mengurangkan gejala menopaus dan bahkan ia sangat membantu meningkatkan mutu kesihatan.

 

amazing golden set

KLIK DI SINI UNTUK MEMBELI SET AMAZING GOLDEN FOR HER

 

 

 

MENTOR BISNES ANDA

  Disclaimer
  • Segala testimoni / penulisan tentang produk yang dikongsi di laman ini bukan bertujuan utk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit.
  • Pembaca yang mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan.
 
  • Disclaimer : Ini adalah supplemen. Ia cuma membantu  untuk meningkatkan kesihatan tubuh anda bermula dari dalam. Dapatkan nasihat dari doktor terlebih dahulu, jika ada sebarang kemusykilan.
  • Produk-produk ini tidak bertujuan untuk membuat diagnosis, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit.

Leave a Reply