10 Tips Menghilangkan Bau Ketiak!

Set Badan Berbau Shaklee

Pernah tak anda mengalami situasi di mana rakan-rakan sekerja akan menutup hidung setiap kali anda melintas? Biasanya, bila orang ada masalah ketiak berbau akan mengalami masalah peluh berbau. Ketiak berbau biasanya keluarkan bau yang tengik dan hangit.

ketiak berbau

 

Sedihkan? Walaupun dah pakai minyak wangi berbotol-botol, bau ketiak masam tetap ada.

Kalau anda mempunyai badan berbau ataupun ketiak masam, bahkan anda bekerja pula bahagian memberi khidmat kepada pelanggan secara langsung sememangnya anda sedang mengalami masalah yang besar. Ini kerana, dengan keadaan badan anda berbau, ia membuatkan lebih ramai pelanggan lari bila terserempak dengan anda. Bahkan kalau boleh, mereka ingin sangat nak mengelak dari bersua dengan anda.

Jom tengok tip di bawah, semoga ia dapat membantu mengatasi masalah anda. Ingat yer, wajah yang jelita atau tampan tidak akan berguna, jika anda ada masalah bau badan. ūüôā

 

10 Tips Untuk Hilangkan Bau Badan

Tips #1. Buah limau kasturi

  • Ambil¬† limau kasturi yang masih muda dan kecil, makan tiga kali sehari, iaitu pada waktu pagi, tengahari dan malam.
  • Anda juga boleh menjadikannya sebagai ulam untuk dimakan bersama nasi.
  • Amalkan petua ini selama tujuh hari

 

Tips #2. Kulit limau kasturi

  • Jika anda tidak lalu untuk memakan limau yang masih muda itu, anda juga boleh memakan kulit limau kasturi yang telah ranum atau matang.
  • Anda boleh melakukannya bila-bila masa sahaja selama tujuh hari.

 

Tips #3. Minyak kelapa

  • Minyak kelapa juga boleh digunakan.
  • Caranya ialah dengan mencolekkan minyak tersebut ke ketiak anda menggunakan jari dan sapukan secara merata di ketiak anda.
  • Amalkan cara ini sehingga bau busuk ketiak hilang.

 

Tips #4. Belakang tangan

  • Setiap kali anda mandi, jangan gunakan tapak tangan anda untuk membasuh ketiak anda.
  • Sebaliknya, amalkan mencucinya dengan menggunakan belakang tangan anda.

 

Tips #5. Menjolok kerongkong

  • Amalkan cara ini setiap kali anda mandi pagi.
  • Jolokkan kerongkong sehingga keluar kahak dan muntah.
 
Tips #6. Daun sirih
  • Ambil kira-kira 10 helai daun sirih yang telah tua.
  • Rebuskan ia sebaik-baiknya dalam periuk tembaga atau periuk tanah. Biarkan mendidih sehingga¬†air¬†rebusan tinggal separuh.
  • Sejukkan dan jadikan air minuman.
 
Tips #7. Cekur dan daun betik
  • Ambil tiga ulas cekur sebesar ibu jari, segenggam daun betik dan daun beluntas. Tumbuk lumat dan campurkan dengan air limau nipis dan sedikit garam.
  • Tapis¬†dan ambil air dalam segelas. Minum dua kali seminggu.
 
Tips #8. Daun sirih dan daun kenanga.
  • Ambil lima helai daun sirih dan lima kuntum bunga kenanga. Basuh bersih dan di didihkan dengan 1 ¬Ĺ gelas¬†air dan¬†¬ľ sudu teh garam. Biarkan mendidih sehingga tinggal kira-kira setengah gelas.
  • Tapis dan bubuh gula merah secukupnya.
  • Amalkan meminumnya dua kali dalam seminggu.
 
Tips #9. Kapur dan air limau
  • Bancuh bersama kapur makan, air limau nipis dan sedikit air. Biarkan bancuhan sedikit pekat. Sapukan air bancuhan ini ke ketiak setiap kali anda ingin keluar dari rumah.
 
Tips #10. Alfalfa Complex
  • Amalkan vitamin¬†Alfalfa Complex Shaklee¬†2-3 biji sehari. Banyakkan pengambilan air putih sepanjang hari. InshaAllah, badan anda tidak akan berbau lagi.
button esell shaklee
 
 
 

MENTOR BISNES ANDA

  Disclaimer
  • Segala testimoni / penulisan tentang produk yang dikongsi di laman ini bukan bertujuan utk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit.
  • Pembaca yang mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan.
 
  • Disclaimer : Ini adalah supplemen. Ia cuma membantu¬† untuk meningkatkan kesihatan tubuh anda bermula dari dalam. Dapatkan nasihat dari doktor terlebih dahulu, jika ada sebarang kemusykilan.
  • Produk-produk ini tidak bertujuan untuk membuat diagnosis, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit.

Leave a Reply