Panduan Meletakkan Bayi Di Pusat Nurseri

Set Bersalin, Berpantang Dan Penyusuan

pusat nurseri

 

Meletak bayi di pusat nurseri adalah perkara biasa pada masa sekarang. Ini kerana sudah ramai wanita yang masih bekerja walaupun sudah mempunyai anak. Untuk mencari pusat nurseri yang sesuai untuk bayi anda, dan tidak tahu apa persediaan yang anda kena buat, anda boleh rujuk tips di bawah.

Sebagai langkah pertama, apa yang puan boleh buat adalah, mencari pusat asuhan yang betul-betul menyokong penyusuan susu ibu, bukannya susu formula.

ebm

Berikut beberapa tips yang puan boleh amalkan apabila berurusan dangan penjaga bayi dan memudahkan urusan mereka:

  1. Letakkan susu perahan dalam botol simpanan dengan sukatan yang biasa diminum oleh bayi (Jangan letak dalam plastik simpanan susu)
  2. Pastikan susu perahan yang diberi kepada penjaga bayi dalam keadaan cair dan tidak beku
  3. Labelkan botol dengan aturan nombor yang perlu diminum oleh bayi (bermula 1,2 dan seterusnya) supaya pengurus bayi tahu susu yang mana perlu diambil terlebih dahulu
  4. Masukkan kesemua botol yang telah dilabel dalam satu bekas dan letakkan nama bayi supaya tidak tertukar nanti.
  5. Kemudian bekas ini diletakkan kedalam peti sejuk bahagian bawah bagi dibekalkan kepada penjaga keesokkan hari.
  6. Esoknya, masukkan bekas dalam beg tahan sejuk. Tambah ais untuk kekalkan suhu susu perahan
  7. Apabila sampai di rumah penjaga bayi, terus masukkan bekas yang mengandungi botol susu perahan kedalam peti sejuk
  8. Beg tahan sejuk tadi boleh dibawa ke tempat kerja untuk menyimpan susu yang diperah di tempat kerja.
  9. Seeloknya, bekalkan pengasuh dengan pemanas elektrik untuk susu perahan

Akhirnya, tidak mustahil untuk menjayakan penyusuan secara eksklusif selama 2 tahun. Apa yang penting banyakkan berdoa supaya tuhan memudahkan urusan kita dalam memberikan yang terbaik untuk anak-anak.

Set penyusuan bayi  Shaklee

set ibu menyusu bersalin berpantang shaklee

 

 

MENTOR BISNES ANDA

  Disclaimer
  • Segala testimoni / penulisan tentang produk yang dikongsi di laman ini bukan bertujuan utk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit.
  • Pembaca yang mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan.
 
  • Disclaimer : Ini adalah supplemen. Ia cuma membantu  untuk meningkatkan kesihatan tubuh anda bermula dari dalam. Dapatkan nasihat dari doktor terlebih dahulu, jika ada sebarang kemusykilan.
  • Produk-produk ini tidak bertujuan untuk membuat diagnosis, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit.

Leave a Reply