10 Tips Elak Makan Makanan Tidak Sihat

AMALAN SIHAT

Pernah dengarkan mengenai orang termakan makanan beracun? Makanan beracun ini tidak termasuklah makanan tidak sihat. Adalah penting untuk ketahui cara-cara nak tahu untuk elak termakan makanan tidak sihat. Jadi di sini, fatim ingin kongsikan 10 tips sihat penting.

tips sihat

10 Tips Untuk Elak Termakan Makanan Yang Tidak Sihat

1. Sebelum membeli sesuatu makanan di dalam tin atau paket, pastikan anda melihat tarikh luput. Pastikan bahawa anda mampu menghabiskan makanan tersebut dalam jangka masa sebelum tarikh luput tiba.

2. Elakkan membeli makanan basah terlalu banyak, jika yang tinggal di rumah tu, cuma anda seorang. Ini bagi mengelak anda menyimpan ikan atau daging terlalu lama tidak di masak. Memadai beli cukup untuk seminggu. Sekurang-kurangnya anda membeli ikan yang segar setiap minggu, betul tak?

3. Elakkan membeli makanan paket terlalu banyak hanya kerana harga terlalu murah disebabkan diskaun. Kemungkinan harga murah itu adalah kerana kedai tersebut nak buat clearance stok bagi makanan yang bakal luput dalam masa 2-3 minggu. Kalau terlupa nak makan, tapi bila dah berkulat, kan menyesal sebab beli banyak. betul kan? hehee

4. Elakkan menyimpan makanan yang dimasak di simpan di dalam peti sejuk tanpa penutup. Ini kerana, di dalam peti sejuk juga ada bakteria. Bakteria ni ada kemungkinan boleh bercampur dengan makanan yang kita simpan tadi.

5. Elakkan memasak terlalu banyak, hanya kerana anda tidak mahu masak berkali-kali. Kononnya, lain kali boleh makan gitu je, sebab boleh di simpan di dalam peti sejuk. Tahu tak anda, makanan yang sejuk di dalam peti, perlu di panaskan dengan sempurna terlebih dahulu sebelum boleh di makan?

6. Hidu bau makanan atau cuit sedikit pada lidah sebelum anda memasukkan makanan dalam mulut, terutamanya makanan yang anda simpan di atas meja, walaupun anda baru simpan ia untuk satu malam. Ini bagi memastikan anda tidak makan makanan yang sudah basi tanpa anda sedari.

7. Elakkan masak sayur terlalu lama, sebab ia boleh merosakkan nutrisi penting dalam sayur tersebut.

8. Kurangkan garam dan gula dalam makanan dan minuman.

9. Kurangkan makan makanan yang banyak kolesterol.

10. Kurangkan tabiat suka makan makanan berat pada lewat malam tidur.

 

Ada lagi yang anda nak tambah? Ini adalah berdasarkan pengalaman saya sendiri. Mungkin anda ada pengalaman yang nak di kongsi? Jom share di ruang komen. πŸ™‚

Jom amalkan gaya hidup sihat cara islam. πŸ™‚

Diet Islam

 

 

VITAMIN ASAS YANG BOLEH DI AMBIL UNTUK SEISI KELUARGA

Vitamin asas ini, boleh diambil oleh semua peringkat usia, termasuk ibu-ibu yang sedang hamil atau masih menyusu bayi. πŸ™‚

 

KLIK DI SINI UNTUK BELI DAILY ESSENTIAL SET SHAKLEE

 

 

MENTOR BISNES ANDA

  Disclaimer
  • Segala testimoni / penulisan tentang produk yang dikongsi di laman ini bukan bertujuan utk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit.
  • Pembaca yang mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan.
 
  • Disclaimer : Ini adalah supplemen. Ia cuma membantuΒ  untuk meningkatkan kesihatan tubuh anda bermula dari dalam. Dapatkan nasihat dari doktor terlebih dahulu, jika ada sebarang kemusykilan.
  • Produk-produk ini tidak bertujuan untuk membuat diagnosis, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit.

Leave a Reply