10 Perbuatan Yang Anda Perlu Elakkan Semasa Guna Facebook

AMALAN SIHAT

perkara yang perlu di elakkan jika guna facebook

 

Jom kenal pasti 10 perkara yang tidak sepatutnya kita kongsikan di facebook. 🙂

1. Status mengatakan anda seorang diri di rumah atau kerja lebih masa di pejabat. Bukan itu saja, malah anda siap beritahu berapa lama anda berseorangan. Bahaya betul, manalah tahu ada seseorang sedang memerhati anda dan akan mengambil kesempatan selepas membaca status anda.

2. Gambar helaian dokumen sulit seperti penyata akaun. Bukan sahaja anda bakal dituduh ‘suka menunjuk’, tanpa sedar anda juga sebenarnya mendedahkan butiran peribadi yang tak sepatutnya diketahui orang lain.

3. Upload gambar ‘terlampau’, walaupun hanya orang tertentu saja yang boleh melihatnya. Bayangkan jika mereka sebarkan foto tersebut.

4. Merungut perihal kerja walhal majikan anda juga ada dalam senarai teman anda di FB. Ia pasti akan menjejaskan reputasi kerjaya anda.

5. Syok sendiri. Anda suka ‘like’ dan komen pada gambar atau status anda sendiri.

6. Beri pandangan peribadi mengenai perkara yang menyentuh sensitiviti teman FB kamu yang berlainan bangsa dan agama.

7. Katakan sesuatu yang belum pasti seperti ‘saya dapat kereta mewah bulan depan”, malangnya pihak bank tak luluskan pinjaman anda.

8. Status marah anda. Walau sedang ‘panas’, elak luahkannya di FB. Ada potensi untuk orang yang tak berkenaan pula yang terasa. Anda juga akan di lihat sebagai ‘minah baran’.

9. Butiran lengkap seperti nombor telefon dan alamat rumah. Anda memudahkan penjahat merancang sesuatu yang tidak baik.

10. Jawapan telus. Apa sahaja yang ditanya, anda pasti akan jawab, termasuklah angka gaji. Anda mesti bijak rahsiakan sesetengah perkara di laman web sosial ya!.

 

 

MENTOR BISNES ANDA

  • Fatimah Bt Tony
  • Shaklee ID : 887938
  • No Telefon : 016-836 9246
  • Email : fatimahtony@amalansihat.com
  Disclaimer
  • Segala testimoni / penulisan tentang produk yang dikongsi di laman ini bukan bertujuan utk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit.
  • Pembaca yang mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan.

Leave a Reply