Perut Anda Buncit? Cuba Ini Untuk Kempiskannya

Set Perut Buncit Shaklee

Perut buncit macam perempuan mengandung? haha.. jangan terkejut, kalau ada orang boleh fikir anda sedang mengandung, walaupun, anda cuma ada masalah perut buncit.

Masalah perut buncit ni, bukan hanya berlaku pada pasangan yang dah kahwin yer.. even wanita bujang atau lelaki bujang pun ada masalah perut buncit.

Kebiasaanya, masalah perut boroi ini, berlaku jika anda mengamalkan diet yang mengejut tanpa ada berlakunya pembakaran lemak. Bila pembakaran tidak berlaku, lemak tersebut akan disingkirkan dan disimpan pada bahagian lengan, perut dan paha.

Walaupun tubuh anda kurus, tapi lemak yang tidak terbakar tadi akan membuatkan sesetengah bahagian tubuh anda akan nampak tidak seimbang dengan tubuh kurus anda. ­čÖé

 

perut buncit

Nak mencuba 7 Cara Mudah Untuk Kempiskan Perut?

1. Minum air masak yang banyak

Apabila tubuh badan kita menerima sumber air yang banyak, keadaan itu akan mencairkan kuantiti sodium dalam tubuh badan sehingga membolehkan kuantiti air yang keluar dari tubuh badan juga meningkat. Mendapatkan jumlah air yang banyak juga akan menjaminkan fungsi hempedu yang lebih efektif sewaktu proses pembuangan air berjalan dengan lancar.

2. Makan perlahan-lahan

Ketika menjamah makanan, kita tidak digalakkan makan dengan cepat kerana udara akan terkepung di dalam usus dan seterusnya membentuk gas yang menggalakkan perut menjadi buncit. Makanan yang tidak dikunyah sehingga kecil juga tidak dapat dicerna dengan sempurna yang seterusnya menyebabkan proses kembung perut berlaku.

 

3. Kurangkan garam dalam makanan

Terlalu banyak garam dalam proses diet akan menambah ekstrak sodium terhadap cairan dalam tubuh dan melambatkan mekanisme proses pengeluaran air dari sel badan. Akibatnya, perut akan menjadi kembung dengan gas-gas yang terbentuk.

garam

 

4. Makan makanan yang penuh serat

Serat adalah elemen yang penting dalam piramid makanan. Untuk mengimbangi kuantiti air dalam tubuh badan, amalan memakan sayur-sayuran hijau dan buah-buahan seperti epal dan pear dapat membantu dalam proses penjagaan ini.

 

sumber makanan fiber

5. Kesan pengambilan ubat

Terdapat juga kajian yang dilakukan mengatakan, pengambilan pelbagai jenis ubat-ubatan menjadi salah satu punca perut menjadi buncit. Sebagai contoh, ubat Aspirin yang terlalu kerap di ambil akan menyebabkan timbulnya penyakit lain seperti sembelit.

 

6. Hindari sembelit

Sembelit berlaku apabila seseorang itu mengalami masalah dalam pembuangan dan hanya membuang tidak lebih dari tiga kali seminggu. Sebagai akibat dari penyakit ini, perut akan mengumpul gas-gas yang berlebihan dan merangsang isi perut mengumpul lemak-lemak yang boleh menyebabkan kekembungan dan buncit. Oleh itu, pengambilan serat adalah digalakkan.

 

piramid makan sihat

 

 

7. Lakukan senaman atau bersukan

Bersukan sebanyak tiga kali seminggu dapat membantu meningkatkan kadar metabolisme dalam tubuh badan yang bagus untuk pembakaran dan pemecahan lemak. Bersukan akan membantu menggerakkan cairan berlebihan dalam perut dan dikeluarkan dari tubuh badan sebagai peluh. Ini seterusnya akan mengekalkan bentuk badan seseorang yang sesuai dengan ketinggian dan berat badan.

Apa-apa pun, mencegah lebih baik dari mengubat. Elakkan buncit lebih baik dari merawat setelah buncit!

epal hijau

 

Ada Tak Produk Shaklee Yang Dapat Bantu Kempiskan Perut?

 

set turunkan berat badan shaklee

 

Jika anda tiada masalah berat badan, tetapi mempunyai masalah perut nampak sangat menonjol ke depan, anda boleh cuba Herblax Shaklee.

 

Jom kenali keistimewaan penawar kepada masalah perut boroi anda.

Perbezaan Herb-Lax Shaklee

  • Ramuan asas bagi produk ini, terdiri daripada kombinasi sains perubatan tradisi dan teknologi barat
  • Ia mengandungi 9 herba semulajadi : alfalfa leaves, senna leaves, anise seed, blue malva flower, buckhorn bark, licorice root, rhubarb root, fennel seed dan culver’s root.
  • Sifatnya yang menggalakkan tindakan pembersihan yang lembut terbukti kesesuaiannya secara klinikal untuk digunakan oleh tubuh kita untuk jangka masa panjang.

 

Manfaat Utama Herb-Lax Shaklee

  • Pembersihan najis yang tersekat
  • Merangsang usus untuk percepatkan proses pembersihan secara lembut kepada najis yang tersekat atau tersimpan lama dalam tubuh kita
  • Membantu masalah sembelit
  • Tindakan pembersihannya yang lembut boleh mengembalikan semula proses semulajadi pergerakan usus (natural bowel movement) dan secara langsungnya membantu masalah sembelit
  • Mengempiskan perut
  • Ia membantu dalam mengurangkan atau memberi kepejalan pada perut. Sesuai di ambil seperti biasa atau dicampurkan dalam air panas, sebagai minuman teh herba

 

Perhatian

  • Mereka yang mempunyai sistem penghadaman yang lemah akan mengalami cirit-birit pada peringkat awal pengambilan.
  • Manakala di bawah kondisi normal, Herb-Lax menampakkan kesan dalam tempoh 8-12 jam selepas pengambilan.
  • Mereka yang mengalami masalah sembelit yang serius boleh meningkatkan dos pengambilan kepada 5-8 biji dan boleh kembali kepada dos biasa setelah proses penghadaman / pembuangan kembali normal

 

Klik untuk buat belian online shaklee

 

MENTOR BISNES ANDA

  Disclaimer
  • Segala testimoni / penulisan tentang produk yang dikongsi di laman ini bukan bertujuan utk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit.
  • Pembaca yang mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan.
 
  • Disclaimer : Ini adalah supplemen. Ia cuma membantu┬á untuk meningkatkan kesihatan tubuh anda bermula dari dalam. Dapatkan nasihat dari doktor terlebih dahulu, jika ada sebarang kemusykilan.
  • Produk-produk ini tidak bertujuan untuk membuat diagnosis, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit.

 

Leave a Reply