78 Tips Kurus Yang Mudah

Set Kurus Shaklee

tips kurus sihat

 

Tips # 1 : Terapi Air

  • Minum 8-10 gelas air.
  • Terlalu banyak air akan melarutkan elektrolit ke dalam sel darah, manakala kuantiti yang sedikit pula menyebabkan dehidrasi.
  • Sebaik-baiknya minum air pada kuantiti yang mencukupi

Tips # 2 : Hadkan Garam

  • Termasuk menjauhi makanan ringan.
  • Sayangilah buah pinggang anda dan hadkan pengambilan garam dalam makanan

Tips # 3 : Kafein

  • Percaya atau tidak, kafein dalam jumlah tertentu sebenarnya bagus untuk anda.
  • Seperti teh herba, ia membekalkan antioksidan yang penting untuk mengekalkan cecair dalam badan

Tips # 4 : Sayuran

  • Inilah masanya untuk menikmati salad dalam menu harian anda.
  • Sayuran berdaun hijau membekalkan segala keperluan vitamin dan mineral yang di perlukan tubuh

Tips # 5 : Ambil Supplemen

  • Sekiranya berdepan masalah air ketika prahaid, anda boleh mengambil supplemen seperti kalsium dan zat besi.
  • Berbincanglah dengan doktor anda tentang dos yang sesuai.

Tips # 6 : Vitamin B6

  • Makanan yang diperkaya protein seperti ayam, ikan dan brokoli juga membantu untuk menentang masalah gemuk air

Tips # 7 : Bersenam Selalu

  • Berbincang dengan doktor anda tentang senaman yang sesuai bagi membantu meningkatkan perjalanan cecair dalam badan, sekaligus dapat mengurangkan masalah kegemukkan air.

Tips #8: Sesekali makanan kesihatan yang berasaskan bahan semula jadi juga perlu ambil tahu khasiat setiap makanan itu, selain murah, ianya bermanfaat.

Tips #9: Belajarlah petua dari orang lama untuk menjaga kesihatan. Biasanya orang lama punyai banyak petua kecantikan dan kesihatan. Hmm….Tidak mengeluarkan wang pun..

Tips #10: Selalulah mencari inisiatif untuk mengekalkan kesihatan. Contohnya membuat senam aerobik di rumah, jogging, dan melakukan aktiviti luar yang lasak dan menyeronok

Tips #11: Jangan menghabiskan wang anda untuk membeli alat senaman yang mahal. Sesekali gunalah apa yang ada di sekeliling anda seperti bangku, meja dan sebagainya. Aplikasikan tangga di rumah anda untuk latihan mengecilkan peha dan bahagian kaki. Senaman naik turun tangga amat berkesan untuk sesiapa yang inginkan hasil yang cepat. Tetapi perlu dilakukan dengan sistematik ya!

Tips #12: Luangkan masa untuk membersihkan kawasan persekitaran. Lakukan aktiviti seperti membakar sampah, menyapu kawasan laman atau juga mencangkul tanah. Ini adalah contoh aktiviti gerakkan dan senaman yang baik. Selain dapat membersihkan kawasan, badan pun menjadi lebih sihat.

Tips #13: Madu & Lemon di waktu pagi

Mulakan sarapan pagi anda dengan minum segelas air lemon dengan madu. Minuman sihat ini dapat membantu agar metabolisme tubuh badan kita tetap aktif dan baik sentiasa. Selain itu, ia juga mampu menjadi minuman detoks untuk tubuh kita.

Tips #14: Madu & badam

Salah satu sarapan yang dapat membantu kurus dengan cepat adalah mengambil 1 sudu madu bersama 4 biji kacang badam. Kacang badam ni memang penuh dengan khasiat dan kaya dengan tenaga dan vitamin E. Manakala madu pula memberikan kita nutrisi seperti magnesium dan mineral penting yang diperlukan.

Tips #15: Teh madu

Jika anda seorang penggemar teh, apa kata anda gantikan gula dengan madu. Ia bukan sahaja membantu anda untuk kurus dengan cepat, bahkan anda boleh rasa lebih tenang dan rileks.

Tips #16: Minuman air madu selepas makan

Anda juga boleh amalkan pengambilan minuman air madu selepas anda selesai makan. Ini kerana, air madu boleh membantu melancarkan sistem penghadaman tubuh kita.

Tips #17: Madu & kulit kayu manis

Kombinasi madu dan kulit kayu manis adalah salah satu minuman yang menyihatkan dan menyegarkan. Bahkan ia juga membantu melancarkan sistem metabolisme tubuh badan kita.

Tips #18: Madu dalam salad

Kalau anda seorang penggemar salad, apa kata kalau anda ambil madu sebagai pengganti mayonis ataupun minyak zaitun sebagai kuah dalam hidangan salad anda. Ia bukan sahaja lazat dan enak, bahkan ia sangat bagus untuk badan.

Tips #19: Susu madu

Bagi anda yang gemar minum susu, bolehlah campur sedikit madu bersama-sama susu yang anda minum. Ia sedap dan berkhasiat tau. hehee

Tips #20: Yogurt madu

Yogurt ni sangat bagus untuk sistem penghadaman. Apa kata, kalau anda tambahkan madu sebagai pemanis dalam yogurt yang anda ambil. Sebaik-baiknya pilihlah yogurt yang tanpa gula atau tanpa perasa, k. Barulah rasanya lebih sedap.

Tips #21: Madu dan halia

Kombinasi madu dan halia dapat membantu sistem tubuh badan kita lebih sihat dan kurus dengan cepat. Bukan itu sahaja, kedua-dua bahan ini adalah merupakan bahan anti-bakteria dan dapat membantu menghalang jangkitan virus daripada merebak di dalam badan.

Tips #22:  Madu sebagai topping

Pilihlah madu sebagai topping untuk hidangan penkek, puding atau pisang serta hidangan pemanis mulut yang lain. Madu ini sangat sesuai sebagai pengganti gula biasa dan boleh menjadi pemanis semulajadi.

Tips #23: JANGAN BERLAPAR

  • Makanan memberi kita tenaga dan bila kita menggunakan tenaga kurang dari apa yang kita ambil, tubuh akan terkejut. Tubuh akan mula membakar ‘muscle'(otot) untuk menggantikan makanan. Ini menyebabkan kadar metabolisma tubuh menjadi rendah.
  • Bila anda tidak tahan berlapar, pada kebiasanya anda akan makan dengan lebih banyak. Pada masa ini, walaupun tahap pengambilan makanan anda telah kembali ke paras normal, tetapi metabolisma tubuh masih lagi rendah. Ini menyebabkan ia tidak membakar kalori pada tahap yang sama lagi

Tips #24: AMBIL SESUATU YANG PAHIT SEBELUM MAKAN

  • Minumlah kopi dan kumur beberapa saat sebelum makan. Cara ini menyebabkan tekak terasa pahit dan menghantar isyarat melalui otak bagi menggalakan rembesan enzim dan asid HCL.
  • Kekurangan enzim dan asid HCL di dalam perut boleh menyebabkan ketidakcekapan penghadaman.

Tips #25: MINUM 8 GELAS AIR SEHARI

  • Air mengurangkan selera makan anda secara semulajadi dan membantu badan memetabolisma simpanan lemak di dalam tubuh. Sebelum makan makanan yang berat-berat, cuba minum air, pasti anda tidak akan makan dengan banyak.

Tips #26: ELAKKAN MINUM MINUMAN YANG BERGAS

  • Minuman bergas biasanya mengandungi 7-8 sudu gula dan tidak baik untuk kesihatan tubuh.

Tips #27: KURANGKAN PENGAMBILAN GARAM

  • Pengambilan garam yang tinggi menggalakan penangkungan air. Mengurangkan pengambilan garam bermakna badan anda menangkung sedikit air. Ini bermakna anda kurang berat yang disebabkan air.

Tips #28: AMBIL SARAPAN PAGI

  • Anda juga boleh menurunkan berat badan dengan pengambilan sarapan pagi. Menurut satu kajian, mereka yang tidak mengambil sarapan pagi lebih cenderung untuk gemuk berbanding dengan mereka yang mengambilnya.
  • Bagaimana ia terjadi? Sarapan pagi menstabilkan hormone dan paras gula di dalam darah. Kadar metabolsima juga meningkat untuk membakar kalori.

Tips #29: MAKANLAH DENGAN PERLAHAN-LAHAN

  • Nikmatilah makanan dengan perlahan-lahan dan jangan gopoh. Kerana apabila kita makan secara perlahan-lahan, tubuh akan menghantar isyarat menunjukan kepuasan.

Tips #30: KUNYAH MAKANAN KEPADA CEBISAN LEBIH KECIL

  • Kunyahlah makanan kepada cebisan lebih kecil sebelum menelan kerana dengan cara ini ia lebih mudah dihadam.

Tips #31: MAKAN SIKIT TAPI BANYAK KALI

  • Biar makan kerap dengan kuantiti yang sedikit daripada makan hanya sekali, dua tetapi dengan kuantiti yang banyak.

Tips #32: ELAK MAKANAN RINGAN

  • Jika anda terasa ingin makan snek atau makanan ringan, beruslah gigi anda atau kunyahlah gula-gula getah. Rasa mint atau berangin di mulut akan membantutkan selera anda.

Tips #33: Kawal pemakanan anda

  • Pastikan anda berhenti sebelum anda rasa kenyang atau terlalu kenyang
  • Tahukan anda, setiap lebihan makanan / kalori yang anda makan akan bertukar menjadi LEMAK, jika tidak dibakar melalui aktiviti harian anda.
  • Fakta: Setiap lebihan 8000 unit kalori dalam badan, berat badan anda akan naik 1Kg.

Tips #34: Kurangkan Karbohidrat, Lebihkan Protein

  • Untuk pengetahuan anda, pengambilan karbohidrat dalam kuantiti yang banyak, boleh menggemukkan badan anda.
  • Malahan, karbohidrat hanya memberikan kesan kekenyangan yang sementara (2 jam sahaja) dan kemudian anda akan berasa lapar semula.
  • Protein pula lebih cepat mengenyangkan serta rasa kenyang itu dapat bertahan lebih lama.
  • Namun, anda perlu pastikan, protein yang anda ambil pada waktu siang adalah protein yang tinggin BV (Biological Value), berbanding protein yang anda ambil pada waktu malam. Jika tidak, protein yang berlebihan itu juga boleh ditukar menjadi lemak.

Tips #35: Jangan Berlapar! (Makan Pada Masa Yang Betul)

  • Bersarapan adalah WAJIB. Orang yang sentiasa mengambil sarapan pada waktu pagi, mereka lebih  berpeluang untuk mendapat bentuk badan yang lebih langsing dan sentiasa kekal kurus.
  • Bahkan, pengambilan sarapan juga dapat membantu meningkatkan kadar metabolisma badan anda.
  • Jadi, kadar pembakaran lemak anda juga bertambah cepat.
  • Makan setiap 2 jam dan selangkan dengan snek ringan seperti buah-buahan, supaya anda tidak berasa terlalu lapar.
  • Kadar metabolisma badan anda telah menurun selepas jam 7.00 malam.  Setiap makanan yang diambil selepas itu akan dicerna dengan perlahan dan menyebabkan kegemukan.

Tips #36: Elakkan / Kurangkan Minuman Bergula Dan Berkafein

  • Antara air bergula yang kerap di minum, adalah air berkarbonat.
  • Tahukah anda, kandungan gula dalam air berkarbonat ini adalah sangat tinggi iaitu 7-8 sudu gula bagi setiap hidangan!
  • Pengambilan gula yang berlebihan akan menyebabkan masalah kegemukan, bahkan ia juga boleh mengundang kepada masalah sakit kencing manis.
  • Manakala, kafein pula bukan sahaja menyebabkan kadar metabolisma badan menurun, bahkan ia juga turut menyingkirkan nutrien seperti vitamin daripada badan anda. Jadi, kalau anda ada mengambil vitamin tambahan, ia akan menjadi sia-sia, kerana tidak mampu diserap oleh tubuh anda.

Tips #37: Minum Air Kosong 8 Gelas Sehari

  • Air kosong sangat bagus untuk badan anda, kerana hampir 75 peratus kandungan badan adalah air.
  • Maka, pengambilan air kosong sebanyak 8 gelas sehari (2-3 liter) setiap hari, sangat membantu untuk kurus dengan jimat.
  • Bahkan, air yang mencukupi, dapat menyingkirkan bahan perkumuhan yang tak diperlukan oleh badan anda.
  • Lemak yang telah diuraikan juga disingkirkan melalui air kencing dan peluh

Tips #38: Lakukan senaman ringan

  • Anda digalakkan untuk melakukan senaman ringan, sekurang-kurangnya 30 minit sehari, bagi membakar kalori yang berlebihan dalam badan anda.
  • Tahukah anda, berjalan kaki juga di kira sebagai satu senaman! Jadi, jangan tunggu lagi. Tanpa perlu menukar pakaian untuk bersenam, anda juga boleh melakukannya di dalam rumah atau dalam ruang pejabat.
  • Bahkan, aktiviti window shopping juga turut membantu menguruskan badan. Sambil bershopping, dapatlah kuruskan badan. 🙂

Tips #39: Pilih Program Diet / Kuruskan Badan Yang Terbaik

  • Perhatian: Jangan sesekali membuang duit anda di slimming center. Kenapa? Sebab program ini, tidak perlu. Bahkan, anda boleh membuat sendiri di rumah.
  • Jika anda fikir mesin-mesin mereka boleh menguruskan badan anda, anda silap! Akhirnya, anda akan diberikan suatu jadual pemakanan yang sangat ketat, sehinggakan salah satu menu anda adalah satu batang lobak untuk waktu petang.

Tips #40: Positifkan Diri Anda

  • Akhir sekali, anda perlu buatkan satu target yang anda ingin capai seperti berapa berat yang ingin dicapai dalam jangka masa tertentu.
  • Kemudian, anda perlu disiplinkan diri untuk mengikut perancangan yang telah dibuat.
  • Timbang berat badan anda maksimum sekali sahaja dalam seminggu. Ini untuk mengelakkan anda kecewa jika tiada penurunan berlaku.
  • Iyalah, takkan anda boleh nampak kesannya dalam sehari!

Tips #41: Sila ambil ukuran badan seiring dengan timbang berat badan. Diet ni tak semestinya akan turun berat badan dulu, sebab ada individu yang badan shape on dulu baru die turun berat badan.

Tips #42: Kena konsisten dan jangan ingat boleh turun berat badan dalam sehari. Letak target jangka pendek seperti 3 bulan.

Tips #43: Stagnant period = Normal untuk long term diet. Cuma continue diet seperti biasa sebab badan sedang shape on semasa stagnant period.

Tips #44: Wajib ambil sarapan. Kita tidur lebih kurang dalam 6-8 jam dan sepanjang tempoh itu perut jadi berasid. Paling kurang bangun pagi tu, alas dengan segelas air untuk neutralkan asid tu. Sarapan ni jadi penanda aras untuk tenaga sepanjang hari ya.

Tips #45: Jangan skip meal. Kalau jenis nak mengunyah je, makan banyak kali tapi kuantiti sedikit. Dinner kalau tak mahu makan berat, ambil light meal walaupun sekadar biskut atau buah-buahan. Ini untuk elakkan badan bertukar kepada “starving mood”.

Tips #46: Ambil nasi sekurang-kurangya sekali sehari. Saya tak setuju dengan diet tanpa nasi sebab badan kita perlukan karbohidrat. Nasi adalah lebih baik daripada roti, mee dan pasta.

Tips #47: Air kosong. Pengambilan air masak sangat penting. Setipa 25 kg berat badan kita perlu ambil air sejumlah 1 liter.

Tips #48: Portion plate jaga: Separuh pinggan nasi +1/4 sayur + 1/4 lauk. Kalau lapar, tambah lauk dan sayur.. bukan tambah nasi yer..

Tips #49: Snack between meal tu boleh sahaja tapi ambillah buah-buahan / dried fruits.. senang cakap benda berkhasiat la.

Tips #50: Ambil buah sebelum makan, bukan sebaliknya.

Tips #51: Menambah Karbo Selepas Senaman

Perkara asas yang paling penting dalam diet adalah memastikan anda tidak kekurangan kalori yang diperlukan setiap hari. Mengisi atau menambah semula bekalan karbo didalam badan selepas dari sesi senaman anda.

Menikmati makanan selepas senaman adalah satu kemestian. Ini adalah masa terbaik kerana pada masa inilah otot berada dalam keadaan yang lemah dimana penambahan karbo sangat diperlukan. Perlu diketahui juga bahawa pada masa inilah makanan yang dimakan paling kurang untuk diserap menjadi lemak.

Tips #52: Jangan Tidur Ketika Lapar

Langkah kedua yang akan membantu mempercepatkan pengurangan berat badan ialah tidak tidur ketika lapar. Ramai yang beranggapan makan pada lewat malam akan membantutkan usaha mengurangkan berat badan. Hakikatnya adalah makan pada lewat malam tidak akan membantutkan usaha anda. Sebaliknya buatlah pilihan yang bijak. Elakkan pengambilan karbo pada lewat malam dan pilihan dari sumber protin adalah baik untuk anda. Sebagai contoh, susu rendah lemak adalah pilihan yang baik untuk diambil sebelum tidur.

Tips #53: Kitaran Kalori

Salah satu langkah yang boleh anda lakukan ialah dengan membuat kitaran terhadap kalori anda setiap hari. Bagaimana utuk melakukannya?

Bila anda mengurangkan kalori dalam diet anda untuk tempoh yang agak lama, kadar metabolisma anda akan menurun. Jadi dengan memvariasikan dengan kalori yang lebih tinggi anda mampu menghalang dari berlakunya metabolisma yang rendah ini.

Sebagai contoh, anda boleh diet rendah kalori untuk 5 hari dan 2 hari kalori yg lebih tinggi. Secara tidak langsung anda juga menjadikan diet anda lebih menarik.

Tips #54: Lengkapkan Dengan Protin

Protin adalah nutrien terpenting dalam plan diet anda. Protin akan membantu anda untuk mengurangkan rasa lapar, mengawal selera dan memastikan otot-otot anda mendapat bekalan yang secukupnya.

Pastikan anda mengambil protin yang baik bagi setiap hidangan anda dan mencapai keperluan harian anda.  Pilih protin yang baik dari sumber-sumber semulajadi untuk hasil yang terbaik.

Tips #55: Jadualkan ‘Cheat Day’

Ramai yang beranggapan bila diet, anda perlu elakkan semua jenis makanan yang anda suka jika inginkan hasil yang baik. Satu persepsi yang tidak betul.

Dengan menjadualkan ‘Cheat Day’ ini, anda masih boleh menikmati hidangan kesukaan dan pada masa yang sama anda masih kekal dengan diet yang sihat pada hari-hari lain.

Lebih baik untuk anda memilih satu hari dari 7 hari hari seminggu untuk ‘Cheat Day’ dari anda memilih untuk makan pada bila-bila masa sahaja.

Tips #56: Saratkan Dengan Serat

Serat juga merupakan nutrien yang penting dalam pengurangan berat badan. Serat akan membantu untuk menyihatkan badan dan yang paling penting ia akan membuatkan anda berasa kenyang.

Sekurang-kurangnya anda memerlukan 5gram serat untuk setiap hidangan bagi membantu mengurangkan berat badan. Sumber serat terdiri dari sayur, buah-buahan dan gandum penuh.

Tips #57: Kawal Pengambilan Minuman

Salah satu yang sering diabaikan dalam kebanyakkan plan diet ialah pengambilan minuman. Jika anda seorang yang gemar dengan minuman-minuman yang manis ini, anda mungkin telah mengambil kalori yang berlebihan tanpa anda sedari. Perlu diingat bahawa kalori melalui minuman juga dikira.

Jika anda peminat tegar minuman manis ini, alternatif yang ada ialah dengan cara mengurangkan pengambilan kalori makanan anda. Jika tidak usaha menurunkan berat badan anda mungkin tidak akan berjaya.

Langkah terbaik ialah gantikan minuman manis ini dengan air suam atau air kosong.

Tips #58: Makan Lebih Produk Tenusu (Dairy Product)

Akhir sekali, tips yang boleh mempercepatkan pengurangan berat badan ialah dengan mensasarkan untuk makan lebih banyak produk tenusu dengan kerap. Ramai yang menganggap mereka perlu menghadkan pengambilan produk tenusu ketika dalam usaha menurunkan berat badan tetapi hakikatnya adalah sebaliknya. Cuma pastikan anda memilih dari variasi rendah lemak.

Tips #59: Makan Dengan Teratur, Apabila kita makan, secara automatiknya meningkatkan kadar metabolisme badan untuk proses penghadaman makanan. Sebab tu saya selalu ingatkan, makan sedikit tapi KERAP. Jangan sekali-kali skip makan untuk berdiet.. Sunnah nabi..kunyah 40x makanan tu… 🙂

Tips #60: Makan Lebih, untuk jaga badan juga perlu makan lebih tapi jaga lah benda apa yang dimakan itu juga. Jangan bertindak membuang kalori dengan tidak makan kerana apabila anda tidak makan akan memperlahankan metabolisme.moral of the story: JANGAN SKIP MAKAN.

Tips #61: Pengambilan Protein, Rantaian protein amat sukar untuk dipecahkan oleh itu lebih banyak penghadaman dilakukan secara tak langsung meningkatkan kadar metabolisme badan.

Tips #62: Makan Ikan & Makanan Kurang LemakIni akan mengalakkan penghantaran maklumat “saya kenyang” kepada otak dan membantu isyarat di hantar kepada otak untuk metabolisme membakar kalori dengan lebih banyak.

Tips #63: Makan makanan Pedas, Makanan pedas mampu meningkatkan jumlah kalori yang di bakar ketika proses penghadaman.

Tips #64: Minum air Sejuk, kerana ini akan meningkatkan kadar metabolisme kerana badan pemanaskan air pada suhu tubuh. Mandi air sejuk seawal pukul 4-5 pagi pula membantu memecahkan lemak..

Tips #65: Berjalan lebih pantas. Ini akan meransang kamu lebih berpeluh.

Tips #66: Lebih banyak otot yang di miliki, lebih banyak kalori yang akan di bakar sepanjang hari. Cubalah senaman 2 kali seminggu. jadi JOM BINA OTOT..diet bersama shaklee akan membantu anda build muscle and burn fat only..:-)

Tips #67: Makan makanan yang berindeks rendah glisemik. Makanan ini mengambil masa yang lama untuk mencerna, supaya anda berasa kenyang lebih lama.

Tips #68: Jangan makan apa-apa selama kira-kira dua jam sebelum anda tidur. Badan anda lambat memproses apabila anda tidur makanya badan tidak boleh mencerna makanan dengan betul ketika tidur.

Tips #69: Jangan tinggal sarapan

Sarapan sangat penting diambil sebelum melakukan apa-apa jua kerja. Ini kerana, sarapan dapat memberikan tenaga kepada badan. Dikatakan juga bahawa, rahsia untuk kekal langsing adalah mengambil sarapan setiap pagi.

Tips #70: Makan bila lapar

Pastikan anda cuma mengambil makanan hanya ketika lapar dan makan pada masa yang tetap setiap hari. Pastikan anda berhenti makan sebelum perut terlalu kenyang.

Tips #71: Baca & ketahui nutrisi pada label makanan anda

Sudah pasti anda kerap melihat makanan yang di jual di pasaran, kelihatan seperti ‘makanan sihat’, apabila dipamerkan dengan label “bebas lemak” atau “rendah lemak”. Tahu tak anda, kebiasaannya, bila ‘bebas lemak’, kandungan gula di dalamnya adalah agak tinggi.

Tips #72: Tahu apa makanan yang anda ambil

Pastikan makanan yang anda ambil tidak menyebabkan berat badan anda boleh bertambah.

Tips #73: Fokus pada makanan anda

Menurut buku “The back diet solution“, ia mengesyorkan kita makan secara perlahan selama 15 minit. Ini kerana tubuh badan kita ambil masa untuk memberikan isyarat kenyang kepada otak supaya kita berhenti makan.

Tips #74: Makan setiap 3-4 jam

Pastikan anda mengambil makan secara kerap 3-4 jam, tetapi dalam kuantiti yang sedikit.

Tips #75: Bungkus makanan yang berlebihan

Kebiasaannya kita mempunyai tabiat membungkus makanan yang berlebihan ketika makan di luar. Kemudian, bila sampai rumah, sambung lagi makan makanan berlebihan. Kalau anda ada tabiat ini, pastikan anda berhenti melakukannya, kalau anda betul-betul nak kurus.

Tips #76: Harus makan buah-buahan & sayur-sayuran

Pastikan anda mengambil makanan buah-buahan & sayur-sayuran setiap hari dan kurangkan pengambilan makanan snek.

Tips #77: Beli yang perlu saja

Sebelum keluar rumah untuk ke pasar, buat senarai keperluan yang penting sahaja. Jadikan diri anda mendisplinkan diri untuk membeli apa yang perlu saja seperti apa yang anda telah senaraikan tadi.

Tips #78: Ambil serat 25g setiap hari

Pengambilan makanan berserat 25g setiap hari dapat membantu tubuh badan kita rasa kenyang lebih lama.

 

Anda berminat untuk mencuba set kurus Shaklee?

set turunkan berat badan shaklee

Nak beli Shape-Up Set Shaklee? Klik DI SINI.

 

 

 

MENTOR BISNES ANDA

  • Fatimah Bt Tony
  • Shaklee ID : 887938
  • No Telefon : 016-836 9246
  • Email : fatimahtony@amalansihat.com
  Disclaimer
  • Segala testimoni / penulisan tentang produk yang dikongsi di laman ini bukan bertujuan utk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit.
  • Pembaca yang mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan.

Leave a Reply