Kenali Punca Period Tidak Teratur

Set Masalah Period Shaklee

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.. Setiap wanita yang bergelar isteri, pasti tidak selesa dengan masalah period yang tidak teratur.

Kadang-kadang tu sampai sangat STRESS sampai terbawa-bawa ke benda lain, macam situasi kat bawah ni. Takut-takut pula yer period tidak teratur ni merupakan petanda kepada sebarang penyakit yang tak diketahui. Mungkinkah isteri anda atau anda sebenarnya ada penyakit endometriosis, atau PCOS? Ish.. takut pulak kan? ūüôā

Agak-agak, ada tak anda mengalami situasi seperti di bawah ni?

Situasi 1

Isteri asyik-asyik nak mengamuk je. Asyik-asyik nak merajuk atau sikit-sikit tak boleh. Boleh kata, banyak sangatlah yang tak boleh. Kalau berpanjangan, rumah tangga boleh jadi panas. Yang lelaki asyik ingat isteri dia ok je sebab setiap kali tanya, “awak ok”, isteri dia pasti jawab, “i oke je”, padahal sang isteri nak di belai-belai nak di tolong. Betul tak? hehe

Situasi 2

Sukar nak merancang hubungan suami isteri. Lebih-lebih lagi kalau yang duduk berjauhan. Suami kerja kat Delhi (India) dan isteri pula berkhidmat di Shanghai (China). 3-6 bulan baru boleh ambil cuti nak bersua muka. Dah susah-susah ambil cuti & travel jauh-jauh, pun masih tak dapat bersama. Ingatkan dah lampu HIJAU, sekali masih lampu MERAH. Period tidak teratur punya pasal. Sedih? Kecewa? rugi pun ade..

Situasi 3

Dan yang pasti, sukar nak merancang kehamilan. Dah kahwin 5-7 tahun, tapi masih belum ada rezeki atau elok-elok dah bajet nak anak setiap 2 tahun, sekali lepas setahun pun tak dapat anak lagi. Bila haid tak datang-datang kerana masalah period tidak teratur, tak tahu masa tu subur ke tak ke, tau-tau dah mengandung. Ini yang bila doktor beritahu, “tahniah, awak berbadan dua”, kita tak tahu nak gembira terlompat-lompat atau seram sejuk nak tunggu timing cantik baru nak beritahu suami.

Begitu serius kan haid tak teratur nih?

 

punca period tidak teratur

 

Terdapat beberapa punca yang boleh menyebab berlakunya period tidak teratur ini.

Antaranya,

1. Kegemukan – berat badan berlebihan ataupun obesiti boleh menyebabkan ketidakseimbangan hormon estrogen di dalam badan wanita. Ia seterusnya menyebabkan gangguan kepada kitaran haid

2. Kehamilan – haid tidak akan datang sekiranya anda positif hamil. Ini kerana ovum yang di keluarkan pada kitaran haid sebelumnya telah di senyawakan.

3. Berlebihan hormon prolaktin – hormon prolaktin yang berlebihan menghalang pengeluaran telur dan seterusnya menyebabkan haid lewat untuk berbulan-bulan lamanya.

4. Terlalu kurus – tidak cukup lemak di dalam badan juga boleh menganggu kitaran haid anda. Oleh itu , anda haruslah mempunyai berat badan yang sihat dan seimbang.

5. Masalah kesihatan – sakit secara tiba-tiba seperti demam , selsema , ataupun penyakit yang memerlukan rawatan intensif mampu memberikan tekanan fizikal kepada tubuh dan sekaligus menganggu kitaran haid.

6. Menopaus – ia biasanya berlaku kepada wanita yang berusia lewat 40 an. Pada kebanyakkan kes, haid akan semakin sedikit dan jarang-jarang berlaku.

7. Pencegah hamil  Рpil atau ubat-ubatan hormon pencegah hamil seperti depo-provera atau implanon boleh menyebabkan gangguan haid. Terdapat sesetengah wanita yang tidak di datangi haid sepanjang menggunakan implanon.

8. Tekanan @ stress – stress atau tekanan dalam bentuk fizikal dan mental samada dari tempat kerja atau kehidupan seharian mampu mempengaruhi hormon dan seterusnya kitaran haid seseorang.

9. Penyusuan badan – sekiranya anda menyusukan bayi secara eksklusif, hormon di dalam badan anda lebih menyediakan badan anda untuk menghasilkan susu untuk si bayi. Terdapat sesetengah ibu menyusu yang langsung tidak di datangi haid sehingga 1-2 tahun lamanya.

10. Tersilap pengiraan – 40% wanita di dapati gagal mengingati tarikh hari pertama LMP mereka. Jumlah hari dalam kitaran haid mereka juga tidak tepat antara 28-35 hari. Ini boleh memanjangkan lagi kitaran untuk sampai ‘hari subur’ dan kesilapan menjangka kedatangan haid yang seterusnya.

11. Masalah Tyroid – hormon yang di rembeskan oleh tiroid boleh menyebabkan gangguan kepada hormon badan sekaligus kitaran haid wanita.

12. Ubat-ubatan – jamu tradisional, ubat kurus ataupun ubat-ubatan penyakit kronik boleh menyebabkan gangguan kitaran haid wanita.

Salah satu cara untuk mendapatkan kitaran haid yang teratur, adalah dengan menstabilkan hormon tubuh badan.  Tubuh badan sebenarnya mempunyai keupayaan yang luar biasa untuk mengimbangi sendiri.  Apa yang diperlukan adalah pemakanan yang seimbang dan lengkap.

Antara keperluan seimbang yang diperlukan oleh badan adalah Multivitamin, B Complex, Magnesium dan Antioksidan. Semua ini diperlukan untuk membantu tubuh kita menghasilkan hormon dengan seimbang.

 

set lancarkan period

Salah satu supplement yang membantu masaalah kitaran haid ni adalah GLA. GLA ni pon boleh melegakan senggugut yang teruk tau!!

GLA Complex Shaklee mengandungi GLA (Gamma Linolenik Asid) dan sunflower oil. GLA telah digunakan oleh ramai wanita untuk memelihara kesihatan sepanjang kitaran haid setiap bulan.

Ia merupakan sejenis asid lemak Omega-6 yang digunakan oleh badan kita untuk membentuk prostaglandin iaitu hormon yang membantu badan mengawalatur proses-proses badan yang normal. Minyak benih bunga matahari adalah satu lagi sumber asid-asid lemak Omega-6.

 

GLA COMPLEX MEMBANTU:

  • Membantu mengawal dan mengatur kitaran haid.
  • Membantu meningkatkan kesuburan.
  • Melegakan PMS (sindrom pra-haid).
  • Membantu dalam menangani menopus.
  • Menguatkan kuku dan rambut.
  • Menjadikan kulit lebih sihat dan berseri-seri.
  • Membantu menangai ekzema.
  • Melegakan simptom akibat artritis reumatoid.
  • Mengandungi vitamin E untuk menguatkan dinding arteri.
  • Menguatkan imuniti tubuh.
  • Memperlahankan proses penuaan.
  • Mengurangkan blood-clot yang boleh menyebabkan serangan jantung.
  • Mengawal kencing manis dan darah tinggi.
  • Mengawal kolesterol.
  • Untuk fungsi saraf.

 

2. Vivix

VIVIX pula membantu menstabilkan hormon, mengurangkan kesan dari sengugut, melancarkan perjalanan darah..

 

Apa itu VIVIX?

VIVIX SHAKLEE ialah supplemen anti penuaan terbaik di dunia yang dibangunkan selepas penyelidikan bertahun-tahun oleh Shaklee. Dalam kajian makmal, ramuan VIVIX telah menunjukkan impak kepada 4 mekanisma penting penuaan  pada tahap sellular.

4 mekanisma penuaan pada tahap sellular:

1)  Kerosakan DNA
a. ¬†Setiap hari, setiap sel tubuh diserang oleh hamper sejuta serangan yang merosakkan DNA. Serangan-serangan ini merosakkan pengkalan data genetic, menghassilkan satu ‚Äėtypo‚Äô (kesilapan dari yang asal) yang akan mengganggu fungsi sel dan panjang umur.
b.  Ramuan VIVIX melindungi dan memperbaiki sellular DNA

2)  Pengawalan Genetik
a.  Pengawalan genetic menyumbang kepada deteriorasi (kemerosotan) umur pada tahap sellular. Di dalam satu penemuan utama, ujian klinikal terbaru, menunjukkan ramuan VIVIX mengaktifkan satu pengawalan genetic utama yang menolong melambatkan penuaan tahap sellular.

3)  Pengeluaran Tenaga Yang Kian Menurun oleh Sel-sel
a.  Mitochondria (penjana tenaga) didalam sel menghasilkan tenaga yang kita perlukan. Apabila kecekapan mitochondria menurun, fungsi sel turut menurun. Ramuan VIVIX menggalakkan biogenesis (pembentukan baru) mitochondria untuk meningkatkan tahap tenaga di dalam sel.

4)  Penimbunan protein AGE
a.  Penimbunan berlebihan protin AGE (advanced glycation end products) boleh menyebabkan kerosakan tahap sellular yang akan mengganggu keutuhan sel dan panjang umur. Ramuan VIVIX adalah 10x lebih kuat dari resveratrol (kandungan unik dalam anggur muscadine) untuk melambatkan pembentukan protin AGE.

VIVIX juga menolong membantu untuk menjaga / memelihara:
a)) kesihatan jantung
b)  kesihatan otak
c)  kesihatan system imun
d)  kesihatan sendi
e)  perlindungan anti oksidan
f)  peningkatan tenaga pada tahap sellular
g)  kesihatan dan kesejahteraan yang berpanjangan

 

GLA complex shaklee atasi period tidak teratur

 

Nak beli set lancarkan period?

klik untuk beli online

 

 

MENTOR BISNES ANDA

  Disclaimer
  • Segala testimoni / penulisan tentang produk yang dikongsi di laman ini bukan bertujuan utk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit.
  • Pembaca yang mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan.
 
  • Disclaimer : Ini adalah supplemen. Ia cuma membantu¬† untuk meningkatkan kesihatan tubuh anda bermula dari dalam. Dapatkan nasihat dari doktor terlebih dahulu, jika ada sebarang kemusykilan.
  • Produk-produk ini tidak bertujuan untuk membuat diagnosis, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit.

2 thoughts on “Kenali Punca Period Tidak Teratur

Leave a Reply