Herbal Blend Shaklee Krim Pelbagai Guna

By | August 21, 2019

Herbal Blend Multi-Purpose Cream Shaklee ni memang berhantu betul. Pernah sekali tu, ada orang order sampai 50 kiub sekaligus. Akibat order yang terlalu banyak, sampai pernah ada satu ketika, semua stok krim Herbal Blend habis di seluruh cawangan Shaklee. Dasyat.. Dasyat… Kalau tak silap, dalam sebulan jugak kot, stok ni habis. Dasyat gak penangan krim ni.

 

Apa Kelebihan Herbal Blend Cream Ni?

Banyak sangat! Antaranya:

  • Telah diuji secara klinikal dan berkesan melembutkan kulit yang kasar, pecah tumit, pecah-pecah di bahagian pelipat seperti lutut, siku dan leher.
  • Rasanya yang dingin dan bermentol tetapi tidak berminyak
  • Dirumus khas daripada herba semulajadi dan memberi kesan menenangkan
  • Tanpa steroid
  • Dijamin halal
  • Mendapat kelulusan KKM

Herbal Blend Multi-Purpose Cream Di Perbuat Daripada:

  • Sage Leaf : Merawat masalah dan jangkitan kulit, gigitan serangga
  • Horse Chesnut Seed : Merawat alergi pada kulit, ekzema
  • Yarrow : Menyembuhkan luka, selsema dan demam
  • Rosemary Leaf : Musuh bagi serangga, nyamuk, lalat, ulat dan kumbang

Manfaat Herbal Blend Multi-Purpose Cream

Manfaat krim herbal blend shaklee

  • Melembutkan kulit kasar dan tumit pecah

Disebabkan kulit saya yang sememangnya kering, tapak kaki dan tumit kaki pecah adalah masalah saya dari dulu lagi. Sebelum jatuh cinta dengan Herbal Blend Shaklee ni, setiap malam sebelum tidur saya akan sapukan lotion pada kaki dan tangan saya.

Yang tak bestnya, bila bangun pagi esoknya tu masih terasa berminyak dan kena basuh sampai hilang minyak tu sebelum nak solat. Tapi hasilnya tak berapa cun la. Bila dah dapat cuba Herbal Blend Shaklee ni, saya memang sengih je sampai ke telinga. Mana taknya, dah la tak berminyak dan hasilnya pun buat tumit kaki lembut dan rasa lembap je tau.

 

  • Menyelesaikan masalah kulit gatal dan ekzema

Salah satu sebab teringin sangat nak gunakan Herbal Blend ni sebab kesian bila tengok anak-anak time kena gigit nyamuk. Lagi kesian bila tengok baby saya ni kalau kena gigit nyamuk. Tal pasal-pasal ada bintik merah halus kat mukanya. Mana taknya, nak halau macamana kan? Habis kena bedung tangannya, sedap je nyamuk sedut darah manis baby saya ni.

Kenalah saya cari penyelesaian yang lebih selamat kan berbanding produk yang ada bahan kimia. Betul tak? Memang cepat hilang kesan gigitan nyamuk tu bila gunakan Herbal Blend Shaklee ni.

Alhamdulillah, anak-anak saya bebas dari masalah eczema. Namun orang yang saya tak kenali hubungi saya untuk dapatkan Herbal Blend Shaklee ni. Bersungguh dia cari untuk dapatkan Herbal Blend ni untuk mengurangkan masalah eczema pada anaknya. Puan ni bagitau dah banyak dia berhabis duit untuk belikan ubat dari semurah-murahnya sampailah beratus-ratus harganya. Tapi makin lama kulit pada tangan anaknya makin menipis.

Dengan penggunaan Herbal Blend yang memang selamat dari sumber steroid, semoga masalah eczema anaknya semakin pulih dan anaknya yang berumur 7 tahun ni dapat menjalani aktiviti yang disukainya tanpa masalah pada kegatalan eczemanya.

 

  • Menghilangkan parut, termasuk demam campak dan chiken pox (cacar air)

Semasa adik saya kena masalah chicken pox, dia mengamalkan herbal blend cream ni, sebagai salah satu ubat yang dia gunakan. Alhamdulillah, selepas dia mengamalkan herbal blend cream, parut chicken pox semakin mengecut dan parut pun turut hilang. Dia mengamalkan herbal blend cream dan termasuk set kecantikan (Vitamin E, Vitamin C dan B Complex). Dalam masa sebulan, kulit dia dah kembali sembuh dan parut pun hilang.

 

  • Menghilangkan ruam pada bayi

Saya paling suka gunakan herbal blend cream untuk bayi saya. Setiap kali dia kena ruam, akibat guna pampers, bila di sapu dengan herbal blend cream, alhamdulillah, ruam dia semakin pulih. Kalau sebelum ni, saya gunakan krim steroid, sebab masa tu belum kenal Shaklee lagi. Walaupun orang cakap krim steroid ni bagus, tetapi hakikatnya, produk yang mengandungi steroid ni memang tak bagus untuk kulit. Bukan sahaja untuk kulit bayi je tau, even kita yang dah dewasa pun tak bagus nak gunakan krim jenis steroid ni.

 

  • Memberi kelegaan semasa ketidakselesaan akibat demam

Biasanya, bila kita demam, memang badan akan rasa macam tidak selesa je. Kalau tak guna balsem, mesti kita akan pilih minyak cap kapak, minyak vicks dan sapu pada tubuh, bagi melegakan rasa tidak selesa. Kalau kulit yang jenis sensitif, memang mudah akan merengsa dan naik ruam pulak.Tapi, inshaAllah, kalau amalkan krim ni sebagai ganti minyak-minyak yang saya sebut tadi, kulit tubuh akan lebih selesa. Bahkan ia tidak memberi masalah kepada orang yang ada masalah kulit sensitif. 

 

  • Sebagai losyen untuk kegunaan harian
Kalau anda biasa gunakan losyen yang ada pelbagai jenama sekarang ni, pasti anda perasan, kulit akan rasa macam berminyak. Tapi, kalau guna herbal blend cream sebagai losyen, kulit akan rasa lembut. Yang paling penting, kita tahu bahawa semua bahan yang digunakan untuk membuat Herbal Blend Cream adalah bahan semulajadi dan ia langsung tidak di campur dengan bahan kimia. 

 

  • Mengubati luka dan melecur

Fungsi yang ni mesti ramai yang tak tahu kan? Kira macam dah boleh jadi pengganti minyak gamat pun ada jugak. Bila anak-anak saya ada mengadu kena luka, saya pun suka gunakan Herbal Blend Shaklee ni untuk rawat luka. Bila tangan saya kena minyak panas pun saya sapukan Herbal Blend Shaklee ni jugak.

Alhamdulillah, panas pada tangan pun cepat je hilang tanpa tinggalkan parut. Memang patutla Shaklee gelarkannya Multi Purpose Cream sebab macam-macam boleh kita gunakan dalam kegunaan seharian kita. Saya amat mensyorkan untuk setiap rumah wajib ada 1 tiub tau.

Apa Kata Mereka Tentang Herbal Blend Cream 🙂

 

testimoni herbal blend shaklee

testimoni herbal blend shaklee

testimoni herbal blend shaklee

testimoni herbal blend shaklee

testimoni herbal blend shaklee

testimoni herbal blend shaklee

testimoni herbal blend shaklee

testimoni herbal blend shaklee

Nak beli krim herbal blend shaklee? Klik DI SINI.

 

 
  • Fatimah Bt Tony
  • Shaklee ID : 887938
  • Whatsapp atau Telegram : 011-3201 4534
       

One thought on “Herbal Blend Shaklee Krim Pelbagai Guna

  1. Pingback: Testimoni Sakit Sendi 2 - Amalan Sihat Bermula Dari Rumah

Leave a Reply