Anda juga berisiko mendapat Penyakit Jantung Dan Stroke, walaupun kandungan kolesterol dalam darah adalah normal. Bagaimana ia boleh berlaku?
Pernah anda mendengar perkataan homocysteine atau homosistein? Tahu tak anda, risiko untuk mendapat serangan sakit jantung dan stroke sangat tinggi, jika kandungan homosistein dalam darah terlalu tinggi.
Homosistein adalah asid amino yang biasanya dijumpai di dalam badan, dan ia terhasil daripada lebihan metabolisme asid amino metionina. Asid amino metionina merupakan asid amino perlu, yang boleh didapati daripada mana-mana sumber protein.
Asid amino metionina sangat perlu untuk tubuh. Ia merupakan antioksidan. Asid amino metionina membantu dalam proses pemecahan lemak dan membantu mengurangkan degenerasi otot. Ia juga sangat baik untuk kesihatan kulit dan kuku.
Bagaimana homosistein boleh terhasil?
Semasa proses metabolisma, asid amino metionina yang berlebihan, akan dipecahkan kepada homosistein. Bagi menurunkan semula kandungan homosistein dalam badan, tiga jenis vitamin B iaitu asid folik (vitamin B9), pyridoksin (vitamin B6) dan kobalamin (vitamin B12) memainkan peranan sangat penting untuk tujuan ini.
Ketiga-tiga jenis vitamin B ini akan bergabung bagi tujuan untuk memecahkan homosistein dan menyingkirnya dari dalam darah.
Kajian New England Journal Of Medicine, 1995, menunjukkan bahawa, seseorang yang mempunyai masalah kandungan darah tinggi homosistein, adalah berisiko untuk mengalami penyumbatan arteri.
Ini bermaksud, mereka sangat terdedah kepada risiko untuk mendapat penyakit serangan jantung dan stroke. Pengambilan vitamin B dalam kuantiti yang tinggi, boleh menurunkan risiko mereka daripada mendapat penyakit serangan jantung dan stroke.
Sumber vitamin B (vitamin B9, B6 & B12)
- Asid folik : Daun hijau, sayuran berdaun, hati, jus oren, kacang, avokado dan bit
- Pyridoksin : Daging, ikan, ayam, kacang, kacang pea, pisang, avokado dan kentang
- Kobalamin : Daging, ayam, ikan, susu, yogurt, keju dan telur
Sumber vitamin B ini boleh didapati daripada produk Shaklee, iaitu:
Orderlah sekarang!
MENTOR BISNES ANDA

- Fatimah Bt Tony
- Shaklee ID : 887938
- No Telefon : 016-836 9246 (Klik untuk Whatsapp)
- Email : fatimahtony@amalansihat.com
1 thought on “Homosistein Tinggi Antara Punca Sakit Jantung”