Rendahkan Bacaan Kolesterol Tinggi Dalam Darah Dengan Lebih Cepat Dan Selamat

Set Kolesterol Shaklee

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua ..

 

Apakah Kolesterol?

Kolesterol adalah sejenis lemak yang dihasilkan di hati atau di usus. Kolesterol ini berfungsi untuk menghasilkan hormon dan membentuk membran sel seterusnya dibawa ke seluruh badan manusia melalui plasma darah. Selain itu, kolesterol juga penting dalam pembentukan asid hempedu dan Vitamin D di dalam badan.

Kebanyakan makanan yang mengandungi lemak haiwan juga mengandungi kolesterol. Selain itu, punca kolesterol adalah dari makanan seperti keju, kuning telur, daging, ayam, dan udang. Kandungan kolesterol di dalam makanan yang berasaskan tumbuh-tumbuhan adalah lebih rendah berbanding makanan yang berasaskan haiwan.

Pengambilan makanan berlemak seperti lemak tepu dan lemak trans merupakan punca utama peningkatan jumlah kolesterol di dalam badan berbanding pengambilan makanan sumber kolesterol ini.

Jumlah kolesterol yang tinggi dan berlebihan di dalam badan boleh menyebabkan masalah kesihatan yang serius terhadap sistem kardiovaskular badan. Darah di dalam badan akan membawa kolesterol yang terdapat di dalam badan ke pelbagai organ dan kelenjar yang memerlukannya. Ia dibawa oleh sejenis pembawa yang dikenali sebagai lipoprotein.

Apabila terlalu banyak kolesterol yang melalui saluran darah, kolesterol ini akan mula terbentuk di dinding arteri iaitu pada dinding saluran darah. Pembentukan kolesterol ini dipanggil plak seterusnya memberi kesan kepada sistem kardiovaskular badan.

Bagaimana Pembentukan Plak Ini Menyebabkan Bahaya?

  • Apabila plak terbentuk pada arteri, ia akan menghalang pengaliran darah kerana saluran darah yang sempit. Apabila situasi ini berlaku hampir dengan organ penting di dalam badan terutamanya jantung, ia akan menyebabkan masalah serius berlaku malah boleh menyebabkan kematian. Apabila saluran darah berhampiran organ jantung menjadi semakin sempit, ia boleh menyebabkan serangan jantung berlaku.
  • Apabila arteri yang menyalurkan darah ke otak pula yang tersumbat, ia akan menyebabkan sesorang itu mengalami strok. Kedua-dua penyakit jantung dan strok ini boleh mengancam nyawa. Oleh itu, anda perlulah menjaga tahap kolesterol di dalam badan serta kandungan darah di dalam badan.
  • Kolesterol yang tinggi juga boleh menyebabkan artherosclerosis atau arteri menjadi keras. Apabila plak memenuhi arteri, dinding arteri menjadi keras dan rapuh. Ini bukan sahaja menghalang pengaliran darah, malah ia juga akan menyebabkan arteri pecah kerana terlalu rapuh dan ini akan menyebabkan darah menjadi beku di dalam badan.

 

Atasi Masalah Kolesterol Anda Secara Semula Jadi dengan FITOSTEROL

 

 

Satu daripada tiga orang dewasa di Malaysia mempunyai paras kolesterol yang tinggi.*

Paras kolesterol darah yang tinggi boleh dialami oleh sesiapa sahaja, tanpa mengira usia. Ia adalah masalah serius yang boleh meningkatkan risiko penyakit jantung iaitu pembunuh nombor satu di Malaysia. Hakikatnya, semakin tinggi paras kolesterol anda, semakin tinggilah risiko yang anda hadapi.

 

Terdapat 2 jenis kolesterol dalam darah anda:

 

  • Lipoprotein ketumpatan rendah (LDL) boleh membentuk plak dan menyumbat arteri, seterusnya meningkatkan risiko serangan jantung dan strok.  Lazimnya ia dikenali sebagai ‘kolesterol tidak baik’.
  • Lipoprotein ketumpatan tinggi (HDL) atau kolesterol ‘baik’ dapat menyingkirkan kolesterol tidak baik dengan membawanya ke hati untuk disingkirkan.
  • Oleh yang demikian, bagi melindungi diri daripada penyakit kardiovaskular, anda hendaklah mengekalkan paras kolesterol HDL yang tinggi dan paras kolesterol LDL yang rendah.

 

Faktor Yang Mengundang Masalah Tinggi Kolesterol

 

 

Walaupun paras kolesterol darah anda tinggi, terdapat beberapa langkah yang boleh anda ambil untuk mengurangkannya demi melindungi kesihatan anda.

  • Amalkan pemakanan seimbang, rendah lemak tepu dan tinggi serat larut air.
  • Lakukan aktiviti fizikal dengan kerap.
  • Kurangkan berat badan berlebihan.
  • Institut Kesihatan Kebangsaan (NIH) mengesyorkan penambahan 2,000mg FITOSTEROL ke dalam diet harian anda untuk merendahkan paras kolesterol secara semula jadi.

 

TANDA-TANDA ANDA MENGALAMI MASALAH KOLESTEROL TINGGI

Seseorang yang mempunyai tahap kolesterol yang tinggi kebiasaannya akan mengalami tanda-tanda berikut:-

 

  • Sering berasa kebas-kebas pada kaki
  • Timbul bintik-bintik putih(biji lemak) pada bahagian bawah mata, kawasan muka atau leher yang disebabkan oleh kadar trigliserida yang tinggi
  • Mudah letih, penat dan cepat mengantuk
  • Sering berasa sakit kepala.
  • Arteri yang semakin sempit akan membuatkan aliran darah ke otak berkurangan, sehingga menyebabkan rasa sakit pada kepala
  • Kaki membengkak akibat pembuluh darah semakin sempit. Kaki merupakan bahagian yang paling sedikit mendapat darah
  • Senak dada sebelah kiri apabila pembuluh darah pada bahagian jantung mula tersumbat.

Hal ini menunjukkan kadar kolestrol terlampau tinggi Jika tanda-tanda yang dinyatakan ada pada anda, segeralah membuat pemeriksaan doktor dengan melakukan Ujian Kolesterol untuk memeriksa tahap kolestrol anda

 

RISIKO PENYAKIT YANG BOLEH DI HIDAPI, AKIBAT KOLESTEROL TINGGI

Terdapat beberapa penyakit bahaya yang boleh timbul, akibat kolesterol tinggi, adalah:

 

  • Serangan Stroke

 

 

Memperkenalkan PHYTOCOL-STTM Shaklee

 

 

Pilihan Sihat dengan 2,000mg Fitosterol Setiap Hari

PHYTOCOL-STTM Shaklee ialah formula proprietari berasaskan bahan-bahan yang terbukti secara klinikal berkesan untuk menyekat penyerapan kolesterol dan merendahkan paras kolesterol LDL.

 

Keistimewaan Shaklee:

  • Rumusan beberapa jenis fitosterol asli yang aktif daripada tumbuh-tumbuhan, buah-buahan, sayur-sayuran dan bijirin.
  • Membekalkan 2,000 mg fitosterol tumbuhan setiap hari.
  • Fitosterol tumbuhan telah terbukti secara klinikal mampu mengurangkan paras kolesterol LDL dalam lebih 80 kajian.
  • Membekalkan 100% nilai harian fitosterol  sepertimana disyorkan Institut Kesihatan Kebangsaan (NIH). * *
  • Tiada pengawet, pewarna, perisa atau pemanis tambahan.

*Tinjauan Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan, 2011

** Saranan NIH untuk merendahkan kolesterol: makan makanan kurang lemak tepu dan kolesterol, bersenam, kurangkan berat badan, ambil lebih banyak serat larut air, dan amalkan pengambilan 2,000 mg sterol dan stanol tumbuhan setiap hari.

 

Bagaimana Fitosterol bertindak?

 

 

Dengan struktur yang sama seperti kolesterol, Fitosterol akan bersaing dan mengalahkan kolesterol untuk penyerapan dalam usus. Ini bermakna bahawa semakin banyak Fitosterol yang anda ambil, maka semakin kurang kolesterol yang dapat diserap oleh tubuh dan semakin tinggi peluang anda untuk merendahkan paras kolesterol LDL anda.

 

 

Bertindak Bijaklah Hari Ini, secara Semula Jadi dengan SHAKLEE

 

Klik untuk buat belian atas talian

 

  • vivix – melindungi dan memperbaiki selullar DNA, memberi impak positif kepada pengawalan genetik, membantu pembentukan baru mitochondria (penjanan tenaga) untuk meningkatkan tahap tenaga dalam sel, melambatkan pembentukan protin AGE yang mengganggu keutuhan sel.
  • Omega-3 – menurunkan trigliserida sehingga 65%, menurunkan LDL dan keseluruhan kolesterol
  • Garlic – menurunkan kolesterol
  • lecithin – choline dan inositol pennting untuk metabolisme lemak
  • vitamin E – menghalang oksidasi LDL oleh radikal bebas
  • alfalfa – membantu untuk sintesis lemak
  • vitamin C – membantu untuk menrunkan LDL dan meningkatkan HDL
  • gla complex – mengurangkan LDL
  • kalsium (Ostematrix) – menurunkan LDL dan meningkatkan HDL di dalam darah.

 

Testimoni Mereka Yang Dah Mengambil SET KOLESTEROL Untuk Masalah Kolesterol Tinggi

 

 

 

 

MENTOR BISNES ANDA

  • Fatimah Bt Tony
  • Shaklee ID : 887938
  • No Telefon : 016-836 9246
  • Email : fatimahtony@amalansihat.com
  Disclaimer
  • Segala testimoni / penulisan tentang produk yang dikongsi di laman ini bukan bertujuan utk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit.
  • Pembaca yang mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan.

1 thought on “Rendahkan Bacaan Kolesterol Tinggi Dalam Darah Dengan Lebih Cepat Dan Selamat

Leave a Reply