Vitamin Yang Sesuai Untuk Di Bawa Semasa Umrah Dan Haji

Umrah / Haji

Assalamualaikum,

Panggilan telefon sebentar tadi dari seorang customer berusia awal 50-an, yang bakal menunaikan umrah tidak lama lagi menyedarkan saya bahawa belum pernah lagi saya kongsikan mengenai supplemen Shaklee yang boleh di bawa sebagai bekalan ke Tanah Suci, Mekah.

 

Asalnya, di zaman mudanya, pakcik ini juga memang pernah mengamalkan supplemen Shaklee. Sebab itulah, salah satu dari bekalan yang ingin dibawanya sebagai persediaan melakukan umrah ialah Vitamin Shaklee..

 

 

 

Sebelum saya terlupa, ingin saya kongsikan apakah vitamin yang saya cadangkan kepada pakcik tersebut di blog ini, buat tatapan anda juga. Manalah tahu kan, anda pun masih juga mencari supplemen yang boleh di bawa bekal untuk menunaikan fardhu haji & umrah nanti. Ataupun, sebagai bekalan orang tua kita apabila mereka melaksanakan ibadah haji & umrah. 

 

Antara Supplemen yang sesuai adalah seperti:

 

Klik untuk buat pembelian secara online

 

1. Performance Drink 

– Ia berperanan untuk mencegah masalah penghidratan sepanjang berada di sana terutama waktu panas terik. Ianya juga baik demi memastikan jemaah umrah & haji ini sentiasa bertenaga sepanjang menunaikan ibadah.

 

2. B-Complex

– Ianya bertindak sebagai penjana tenaga (tindakbalas glukos) di samping memberi ketenangan kepada tubuh. Memandangkan ibadah umrah haji ini memerlukan kita banyak berjaga demi menunaikan ibadah dengan lebih sempurna, adakala ia menuntut seseorang itu lebih banyak berjaga dari tidur. Maka, B-Complex banyak membantu tubuh agar tetap bertenaga walau kita kekurangan waktu tidur yang sepatutnya.

 

3. Vitamin C Plus

– Ia sangat penting untuk sistem imunisasi tubuh kita. Ia bertindak sebagai anti-oksidan dan sangat penting dalam melawan penyakit. Sekiranya badan terasa seperti hendak demam, ambil sebiji Vitamin C, dipatahkan dua sebelum di makan. Ambil 2 biji sehari, sehingga demam kebah.

 

4. Vita-Lea 

– Multivitamin yang lengkap. Sebiji Vita-Lea mengandungi 28 nutrients yang penting, termasuklah 12 jenis Vitamin & 7 jenis galian yang perlu untuk tubuh kita.

 

5. Ostematrix (Kalsium)

– Sesungguhnya ibadah umrah & haji memerlukan kudrat yang banyak, maka, keperluan tubuh kita kepada kalsium juga tidak boleh dipandang remeh. Ianya sangat penting agar kaki kita tidak mudah merasa kebas atau bahasa lain, terasa semut2 atau lebih teruk, boleh terjadi ialah kekejangan otot kaki akibat berdiri terlalu lama atau banyak berjalan.

 

6. ESP

-Ia sangat membantu memberikan badan rasa bertenaga dan mengatasi kelesuan kerana banyak berjalan

 

Secara asasnya, anda cuma perlu mengamalkan Vita-Lea, B-Complex, Vitamin C, Ostematrix, ESP dan Performance Drink.

 

p/s : Walaubagaimanapun, ingin saya tegaskan di sini bahawa supplemen ini hanyalah usaha kita untuk memastikan kesihatan optimum sepanjang menunaikan ibadah di Tanah Suci. Namun, nikmat kesihatan (dan sakit) itu datangnya dari Yang Maha Esa, dan kepadaNYA lah kita bertawakal.. InsyaALLAH

 

Testimoni Vitamin Untuk Haji dan Umrah

[Vitamin Shaklee, kesihatan, Umrah & Ziarah]

Selain dari persediaan mental, persediaan fizikal sangat penting sebelum menunaikan Haji mahupun Umrah. Semestinya kita inginkan kesihatan yang “tip top” sepanjang perjalanan & sepanjang masa beribadah & berziarah.
Syukur Alhamdulillah baru2 ni saya berpeluang menunaikan umrah & ziarah bersama suami. Selama 14 hari & dengan keizinan Allah juga, sihat & ringan rasa badan.

Sebelum pergi saya bawa bekal vitamin2 dalam foto. Asalnya ada bawa sebotol Vivix juga yang kemudian tertinggal dalam fridge bilik hotel di Kuching. Tak sampai ke tanah suci si Vivix tu ~ WaAllahualam.

Saya amalkan omega guard, B complex & ostematrix setiap hari untuk kekuatan fizikal & kesihatan. Carotomax untuk penjagaan mata kerana banyak membaca.

Suami memang tak tinggalkan AJHT & Ostematrix setiap hari walaupun di Malaysia.

Performance drink (dalam tumbler tupperware) saya minum sekali sekala masa di Istanbul sebelum sampai tanah suci. Semasa di tanah suci, of course, tiada yang lebih menyegarkan selain dari Air Zamzam. SubhanaAllah…

Di penghujung “trip” badan rasa macam nak demam & sakit tekak. Mungkin sebab keadaan di Mekah masih berdebu2 -” construction everywhere. Terus saya ambik nutriferon sebelum tidur. Alhamdulillah dah tak jadi demam & tinggal batuk sedikit2 saja. Teringat juga vit C Shaklee yang tertinggal (stok sedikit tinggal utk anak2 di rumah) .

Alhamdulillah vitamin2 ini sangat membantu saya & suami. Di harapkan perkongsian saya ini bermanfaat untuk anda juga.

 

 

 

MENTOR BISNES ANDA

  Disclaimer
  • Segala testimoni / penulisan tentang produk yang dikongsi di laman ini bukan bertujuan utk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit.
  • Pembaca yang mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan.
 
  • Disclaimer : Ini adalah supplemen. Ia cuma membantu  untuk meningkatkan kesihatan tubuh anda bermula dari dalam. Dapatkan nasihat dari doktor terlebih dahulu, jika ada sebarang kemusykilan.
  • Produk-produk ini tidak bertujuan untuk membuat diagnosis, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit.

Leave a Reply