Anda Terlalu Kerap Batuk? Mungkinkah Anda Ada Masalah Kesihatan Dalaman.

Batuk

 

Batuk adalah perkara normal. Walaupun begitu, terdapat beberapa jenis batuk yang tidak boleh dipandang ringan. Batuk boleh menjadi petanda kemungkinan kita menghidap sesuatu penyakit.

Jom kenali beberapa jenis batuk, yang mungkin boleh mengundang bahaya kepada kesihatan anda. ๐Ÿ™‚

 

1. Batuk pada waktu malam dan berlendir, suara menjadi serak

– Anda mungkin menghidap asma. Anda harus segera mendapatkan rawatan dengan inhaler

 

2. Batuk yang menyebabkan tekak kering, berkahak & sengau

– Keadaan ini mungkin disebabkan alergi atau jangkitan sinus. Segera berjumpa doktor untuk mengenal pasti sama ada ia sinus atau batuk biasa. Jika anda positif sinus, doktor mungkin memberi anda ubat antibiotik.

 

3. Batuk selepas minum ubat

– Sesetengah orang mempunyai alahan dengan beberapa jenis ubat. Sekitar lima daripada 10 orang akan mengalami batuk yang kering apabila mengambil ubat.

 

4. Batuk disertai sesak nafas

– Anda mungkin mempunyai masalah dengan paru-paru kerana tabiat merokok. Ujian x-ray mungkin dijalankan apabila anda mendapatkan rawatan daripada doktor.

 

5. Batuk dan sakit pada bahagian perut

– Situasi ini mungkin simptom Gastroesophageal reflux disease (GERD). Bagi mengatasi masalah ini, segeralah berjumpa doktor.

 

6. Batuk teruk serta tubuh letih, sakit dada, suara serak dan sesak nafas

– Batuk begini mungkin gejala kanser paru-paru. Segeralah ke hospital untuk menjalani ujian x-ray, imbasan CT, dan pemeriksaan darah.

 

3 Jenis Batuk Umum

1. Tidak berkahak (Unproductive)

– Batuk ini kering, dalam dan keras. Tiada kahak dan ia berlaku disebabkan jangkitan virus. Walaupun begitu, ia tidak berlanjutan dan boleh baik dengan sendiri.

 

2. Berkahak (Productive)

– Kahak biasanya berwarna hijau kekuningan mahupun keperangan. Kadang-kadang ada darah pada kahak. Ia menandakan berlakunya jangkitan bronkitis atau pneumonia.

 

3. Krup

– Batuk ini menghasilkan bunyi yang kuat dan kasar. Sering berlaku dalam kalangan kanak-kanak kerana kesukaran bernafas.

Vitamin Shaklee yang sesuai untuk mereka yang ada masalah batuk, boleh mengambil 3 biji Omega Guard setiap hari, sehingga batuk itu hilang. Selalunya, selepas mengamalkan Omega Guard Shaklee, sakit batuk akan kebah dengan cepat. ๐Ÿ™‚

 

Klik untuk buat pembelian atas talian

 

 

 

 

MENTOR BISNES ANDA

  Disclaimer
  • Segala testimoni / penulisan tentang produk yang dikongsi di laman ini bukan bertujuan utk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit.
  • Pembaca yang mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan.
 
  • Disclaimer : Ini adalah supplemen. Ia cuma membantuย  untuk meningkatkan kesihatan tubuh anda bermula dari dalam. Dapatkan nasihat dari doktor terlebih dahulu, jika ada sebarang kemusykilan.
  • Produk-produk ini tidak bertujuan untuk membuat diagnosis, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit.

Leave a Reply