Kenali Punca Serta Tanda Penyakit Kencing Manis Dan Cara Turunkan Gula Dalam Darah Dengan Berkesan

Set Kencing Manis Shaklee

Kencing manis adalah antara penyakit yang sangat popular di negara Malaysia. Ia sering dikaitkan dengan pengambilan gula dalam menu harian, yang dikatakan diambil melebihi kuantiti yang diperlukan oleh badan. Namun, tahukah anda, apakah sebenarnya yang dikatakan sebagai penyakit kencing manis atau bahasa sainsnya, Diabetes melitus?

 

Apakah Kencing manis?

Kencing manis atau diabetes melitus ialah sejenis penyakit di mana badan mengeluarkan insulin dalam kadar terlalu sedikit sehingga ia tidak memberikan kesan kepada badan. Insulin adalah sejenis hormon yang dihasilkan dalam badan bagi mengekalkan paras normal gula. Apabila insulin dihasilkan dalam kuantiti yang terlalu sedikit, ia telah menyebabkan paras gula di dalam darah semakin meningkat sehingga melebih paras normal.

Penyakit kencing manis ataupun (BM = Diabetes melitus; Inggeris = diabetes mellitus merupakan sejenis penyakit yang dapat dicirikan dengan keadaan hiperglisemia (tinggi kandungan glukosa dalam darah), terutamanya selepas pengambilan makanan, pada penghidapnya.

 

Menurut Dr Rais,

KEBOCORAN SALUR DARAH UTAMA merupakan punca sebenar penyakit kencing manis. Saluran yang dimaksudkan adalah saluran vena dan aorta yang berfungsi menyalurkan makanan yang telah diproses atau dicernakan terutamanya makanan yang membekalkan tenaga ke seluruh badan.

Oleh sebab kebocoran tersebut, tenaga tidak dapat disalurkan dengan sempurna yang mana tenaga keluar melalui kebocoran tersebut mengakibatkan badan menjadi lemah, urat saraf lemah dan mengecut. Malah, organ pankreas juga tidak mendapat bekalan tenaga yang secukupnya bagi merembeskan insulin dan mengakibatkannya menjadi tidak aktif dan mengecut. 

Kegagalan organ pankreas untuk menghasilkan insulin mengakibatkan kita menghidapi penyakit kencing manis, darah tinggi, kegagalan buah pinggang, tenaga dalaman menurun dan mengakibatkan saluran jantung mengecut serta boleh mengakibatkan buta.

 

 

 

Punca Kencing Manis

Antara punca kencing manis yang paling popular adalah seperti,

  • Kegemukan atau obesiti
  • Kurangnya aktiviti kecergasa fizikal atau senaman
  • Keturunan
  • Corak pemakanan yang tidak teratur
  • Faktor lain seperti, jantina, umur dan jantina
  • Pengambilan lemak berlebihan dalam makanan
  • Pengambilan serat yang tidak mencukupi
  • Kurang zat makanan di peringkat awal umur
  • Kelahiran tidak cukup berat

 

Tanda-tanda Kencing Manis

  • Kerap dahaga
  • Kerap kencing
  • Susut berat badan walaupun berselera makan
  • Terasa letih dan lesu
  • Luka atau cedera yang lambat sembuh
  • Gatal-gatal terutamanya di bahagian kemaluan

 

Kencing manis ni ada 3 jenis secara amnya:-

TYPE 1 : kencing manis juvana yang bergantung kepada insulin

  • Kebanyakkan terjadi di kalangan kanak-kanak atau remaja
  • Hanya boleh dikawal dengan suntikan insulin, kawalan pemakanan dan senaman
  • Terjadi kerana kekurangan insulin
  • Ianya mempunyai kaitan dengan keturunan atau ahli keluarga yang telah mengidapnya
  • juga dikenali sebagai diabetes bersandar insulin (IDDM – ‘Insulin Dependent Diabetes Mellitus‘) atau diabetes awal remaja.
  • Diabetes jenis I dicirikan dengan kegagalan penghasilan insulin oleh kelenjar pankreas.
  • Biasanya, penghidap diabetes jenis pertama mula mendapat simptom penyakit semasa kanak-kanak atau remaja.
  • Disebabkan oleh kegagalan penghasilan insulin semula jadi oleh badan, pesakit memerlukan suntikan insulin dari luar untuk pengawalan tahap glukosa darah.

 

TYPE 2 : kencing manis yang tidak bergantung pada insulin

  • Selalu berlaku di kalangan orang dewasa yang berumur 40 tahun ke atas
  • Individu yang mempunyai berat badan berlebihan (obesiti)
  • Boleh dikawal dengan dengan kawalan pemakanan dan senaman dan juga bantuan ubat-ubatan
  • boleh disebabkan oleh kerintangan insulin (penurunan sensitiviti tisu badan terhadap insulin) dan/atau penghasilan insulin yang berkurangan.
  • Diabetes jenis II, oleh kerana masih mempunyai sedikit sebanyak insulin dari pankreas, boleh dikawal secara pemantauan pangambilan makanan, pengurangan berat badan, bersenam, dan pengambilan ubat secara makan/suapan ( suntikan insulin diperlukan dalam keadaan tertentu sekiranya pengambilan ubat secara makan kurang berkesan atau memberi kesan samping serius kepada pesakit).

 

TYPE 3 : kencing manis semasa mengandung. (risiko untuk bayi menjadi lebih besar dan mendapat kencing manis)

 

Diabetes adalah penyakit kronik yang akan kekal seumur hidup. Setakat ini belum ada ubat yang dapat menyembuh penyakit diabetes tetapi penyakit ini boleh dikawal dengan cara berikut:

  • Penjagaan pemakanan dan berat badan
  • Kerap bersenam
  • Pengubatan
  • Pemakanan pesakit Diabetes seharusnya kurang lemak dan kalori serta seimbang.

Pesakit diabetes boleh menjalani kehidupan yang normal dengan syarat pemakanan pesakit itu dikawal dengan betul. Lebih kurang 40% pesakit diabetes mampu mengawal keadaan penyakit mereka dengan menjaga pemakanan dan bersenam.

Manakala selebihnya adalah dengan mengambil sama ada ubat (pil) dan/atau suntikan insulin di samping pemakanan yang sihat dan bersenam. Walau apa pun ubat yang diambil, perkara-perkara berikut perlu diketahui dan dipatuhi :

  • Bila hendak mengambil/makan ubat dan berapa banyak ubat yang perlu diambil?
  • Jenis rawatan yang diterima?
  • Dimana hendak mendapat ubat?

 

Kesan Kencing Manis

Penyakit kencing manis yang tidak dikawal dengan baik, boleh menyebabkan kesan yang lebih serius. Antaranya:

  • Kegagalan buah pinggang
  • Serangan jantung
  • Kebutaan/ katarak
  • Koma
  • Angin Ahmar (Strok)
  • Sakit saraf atau mati pucuk
  • Gangrene atau anggota tubuh mati / membusuk

 

 

Penyakit kencing manis adalah antara penyakit yang tidak boleh sembuh tetapi ianya boleh di kawal. Untuk mengawalnya, kadar gula dalam peredaran darah hendaklah sentiasa berada pada kadar normal. Selain itu, kita hendaklah sentiasa memberikan perhatian kepada perkara-perkara berikut:

  • Pengambilan ubat atas nasihat doktor
  • Pemakanan sihat
  • Penjagaan berat badan
  • Selalu bersenam
  • Elakkan sebarang jangkitan

 

 

Oleh sebab itu, mencegah adalah lebih baik daripada merawat. Sebelum kita di sahkan mengidap penyakit kencing manis, anda perlu mengambil beberapa langkah, antaranya,

  • Memiliki berat badan unggul
  • Makan makanan yang berkhasiat dan berzat
  • Makan sesuai dengan umur dan aktiviti fizikal
  • Banyakkan makan buah-buahan, sayur-sayuran kekacang dan bijirin
  • Makan dengan kerap tetapi dalam kuantiti yang sedikit
  • Selalu melakukan senaman

 

Rawatan terbaik untuk kencing manis?

Pastikan anda mendapatkan hak untuk menerima pemeriksaan oleh doktor untuk mengetahui dengan lebih lanjut penyakit yang dihidapi. Kerana mungkin simptom di atas adalah tanda masalah lain. Doktor anda pasti dapat memberi gambaran terbaik terhadap penyakit anda.

Mendapatkan rawatan di hospital adalah penting dan mendapatkan nasihat doktor sebelum mengambil sebarang ‘ubat’ kencing manis dari luar atau suplemen. 

Walaupun ada banyak sudah pesakit diabetes yang sembuh dari penyakitnya setelah meninggalkan ubat dan mengambil suplemen, namun anda harus sedar bahawa hakikat suplemen adalah untuk memberi sokongan nutrisi. Ia bukanlah sejenis perawatan.

Namun, mendapatkan nutrisi yang optimum adalah penting dalam menangani kencing manis.

Shaklee membekalkan nutrisi yang lengkap di dalam Set Sugar Control Shaklee, bagi meningkatkan kesihatan pengidap kencing manis.

 

Antara supplemen yang terkandung di dalam Set Sugar Control Shaklee, adalah

 

Klik untuk buat belian atas talian

 

  1. Energizing Soy Protein (ESP)
  2. Vita-Lea Iron Formula
  3. GLA Complex
  4. Alfalfa Complex
  5. Sustained Release Vita-C
  6. Zinc Complex
  7. Vivix

 

Kebaikan yang terdapat di dalam set ini adalah,

  • Mengekalkan paras gula sihat dalam darah
  • Melegakan rasa kebas dan semut-semutan
  • Membantu menyembuhkan luka

 

Testimoni

 

 

 

 

 

 

 

Untuk buat belian set Kencing Manis Shaklee, Boleh Klik Di Sini

 

 

 
  • Fatimah Bt Tony
  • Shaklee ID : 887938
  • Whatsapp atau Telegram : 011-3201 4534
       

Leave a Reply