Atasi Masalah Tekanan Darah Tinggi Dengan Cara Semulajadi

By | June 23, 2019

Assalamualaikum.. Penyakit tiga serangkai yang sangat popular, antaranya ialah tekanan darah tinggi.

 

Tekanan Darah Tinggi

Sejauh mana anda mengerti tentang bahayanya penyakit tekanan darah tinggi?

Mungkin ramai yang kurang mengambil berat tentang bahayanya penyakit ini. Bahkan mungkin sahaja ada yang menganggap bahawa ia adalah sama seperti penyakit ‘stress’. Bila terlalu stress, maka tekanan darah pun tinggi. Betul ke pandangan sebegini?

Tekanan darah tinggi atau pun disebut sebagai hypertension ini merupakan penyakit yang menjadi pembunuh senyap yang kejam kerana ia tidak memberikan sebarang tanda atau amaran kepada si pesakit. Bahaya tu!

Sekiranya tidak di rawat, ia boleh membawa risiko serangan jantung, strok, penyakit buah pinggang dan demensia.

Terdapat beberapa faktor yang boleh mempengaruhi penyakit tekanan darah tinggi, seperti sejarah keluarga, umur, etnik dan gaya hidup seseorang.

Sehingga ke saat ini, doktor belum mengetahui apa sebenarnya punca kepada penyakit ini.

 

Menurut kajian terbaru, seseorang yang mengalami masalah tahap kalsium rendah, membuatkan anda berisiko untuk mendapat penyakit tekanan darah tinggi.

 

Ujian menunjukkan bahawa, pengambilan kalsium membantu mengurangkan tekanan darah pada pesakit hipertensi. Beberapa sumber kalsium yang boleh anda ambil antaranya : sayur-sayuran hijau, brokoli dan produk tenusus meembantu meningkatkan tahap kalsium.

Kebanyakkan vitamin dan mineral perlu diperolehi daripada makanan semulajadi. Makanan tambahan juga turut membantu menyediakan makanan yang seimbang kepada anda. Terdapat beberapa jenis makanan tambahan seperti glukonat, karbonat, sitrat dan laktat.

 

KAEDAH MENINGKATKAN PENYERAPAN KALSIUM DENGAN PENGAMBILAN MAKANAN TAMBAHAN

  • Dengan makanan
  • Ambil setengah jam, sebelum atau selepas makan.
  • Kalsium akan diserap lebih baik apabila di ambil dengan vitamin D
  • Jangan mengambil lebih daripada 500 mg kalsium pada satu masa. Dos yang kecil akan diproses dengan lebih pantas oleh badan.

 

CARA MENGIRA DOS KALSIUM DALAM SUPPLEMEN

500 mg supplemen kalsium yang di letakkan pada label botol atau pek, sebenarnya hanya berat pil kalsium dan bukan jumlah sebenar kalsium.

Beberapa label menyebut jumlah sebenar mineral (kalsium) yang hadir dalam setiap tablet. Jika produk supplemen menyenaraikan hanya jumlah berat setiap tablet, kiralah jumlah sebenar kalsium di dalamnya.

Contohnya: 

  • Kalsium glukonat mengandungi 9% daripada kalsium
– Darab jumlah berat (yang ada tulis pada label botol) dengan 9%. Jika label botol tulis berat pil kalsium ialah = 500 mg– 500 mg x 0.09 = 45 mg kalsium glukonat

 

  • Kalsium karbonat mengandungi 40% daripada kalsium
  • Kalsium sitrat mengandungi 21% kalsium
  • Kalsium laktat mengandungi 13% kalsium

 

Kadar Kalsium yang di Syorkan di Amerika Syarikat

Umur   Kadar Pengambilan Kalsium  
9 – 18 tahun  1300 mg
18 – 50 tahun 1000 mg
50 tahun ke atas 1200 mg

 

*Dalam sehari, disyorkan untuk ambil tidak lebih daripada 2500 mg. Pengambilan berlebihan, boleh membuatkan anda berisiko untuk mendapatkan penyakit batu karang.

 

Risiko Akibat Tekanan Darah Tinggi Berlaku

Penyebab tekanan darah tinggi pelbagai. Ini termasuklah penyempitan arteri, isi padu darah yang lebih dari normal, atau denyutan jantung yang pantas atau lebih kuat dari sepatutnya. Sebarang keadaan ini boleh menyebabkan peningkatan tekanan terhadap dinding arteri.

1. Tekanan darah tinggi mungkin juga disebabkan oleh masalah-masalah perubatan lain. Pada kebiasaannya, punca tidak diketahui. Biarpun tekanan darah tinggi tidak boleh disembuhkan namun, dalam kebanyakan kes, ia mampu dicegah dan dikawal.

2. Strok/otak: Tekanan darah tinggi adalah faktor utama risiko strok. Tekanan darah yang amat tinggi boleh menyebabkan kebocoran pada salur darah yang lemah dan kemudiannya mengalir ke otak.

3. Gangguan penglihatan/mata: Tekanan darah tinggi lama-kelamaan boleh menyebabkan saluran darah di mata pecah atau berdarah. Penglihatan mungkin kabur atau terjejas dan boleh mengakibatkan buta.

4. Arteri/arteri: Semakin meningkat usia, arteri menjadi semakin keras terutama arteri di jantung, otak dan buah pinggang. Tekanan darah yang tinggi dikaitkan sebagai punca arteri mengeras. Ini seterusnya menyebabkan jantung dan buah pinggang terpaksa bekerja lebih.

5. Kerosakan buah pinggang/buah pinggang: Buah pinggang bertindak sebagai penapis yang menyingkirkan bahan-bahan kumuhan badan. Tekanan darah tinggi lama-kelamaan boleh menyempitkan salur darah melalui penebalan dinding saluran darah pada buah pinggang. Proses penapisan oleh buah pinggang terjejas di mana kurang bendalir ditapis, seterusnya menyebabkan bahan kumuhan terkumpul di dalam darah. Buah pinggang mungkin gagal sepenuhnya. Apabila ini berlaku, rawatan perubatan sama ada dialisis atau pemindahan buah pinggang mungkin diperlukan.

6. Serangan jantung/jantung: Tekanan darah tinggi adalah faktor utama risiko serangan jantung. Arteri berperanan membawa darah beroksigen ke otot jantung. Sekiranya jantung tidak mendapat cukup oksigen, sakit dada atau lebih dikenali sebagai angina boleh berlaku. Jika aliran udara tersekat, serangan jantung terjadi.

7. Kegagalan jantung kongestif : Tekanan darah tinggi adalah faktor utama kegagalan jantung kongestif. Ia adalah masalah serius di mana jantung gagal mengepam darah yang secukupnya bagi keperluan tubuh badan.

 

tekanan darah tinggi

 

Tekanan darah tinggi boleh dirawat secara:

1. Rawatan tanpa ubatan

  • kurangkan pengambilan garam
  • meningkatkan aktiviti-aktiviti fizikal
  • mengurangkan berat badan jika berlebihan
  • berhenti merokok dan pengambilan alkohol
  • hindari stress
  • amalkan diet yang lebih baik
  • jangan leka: pastikan anda melakukan pemeriksaan tekanan darah dengan kerap sebagai tujuan pemantauan kesihatan anda.

 

2. Rawatan dengan ubatan:

Doktor akan memberikan ubat yang sesuai dengan masalah kesihatan anda.

Bagi membantu mengurangkan tekanan darah tinggi, anda juga boleh mengambil produk Shaklee. Antara produk Shaklee yang boleh anda ambil, adalah:

 

set tekana darah tinggi

Klik untuk buat belian atas talian

 

1.  CoQ  Health Plus

  • Beberapa kajian klinikal menunjukkan bahawa CoQ10 boleh membantu mengurangkan tekanan darah.

 

2. Garlic Complex

  • Ia membantu mengekalkan tekanan darah yang normal dan juga paras kolesterol
  • Ia menggalakkan kesihatan kardiovaskular
  • Ia membantu menurunkan kolesterol LDL, trigliserida dan kelikatan darah

 

3. Omega Guard

  • Terdapat kajian membuktikan bahawa Omega 3 dapat membantu mengurangkan tekanan darah tinggi
  • Ia membantu melancarkan saluran darah
  • Pengambilan asid lemak omega 3 seperti AHA dan DHA boleh mengurangkan risiko penyakit jantung koronari
  • Asid lemak omega 3 yang tinggi dapat memperbaiki kesihatan kardiovaskular di samping memelihara tekanan darah dan paras trigliserida yang normal

 

4. Vita-E Complex

  • Sejenis antioksidan kuat yang boleh larut dalam lemak di mana ia menyokong kesihatan jantung, otot dan prostat, di samping meningkatkan fungsi paru-paru, kolon dan sistem imun badan

 

5. Lecithin

  • Pemecahan lemak dan kolesterol
  • Ia bertindak sebagai pembersih salur darah
  • Pengambilan lecithin membantu mengemulsi dan memetabolismekan lemak, kolesterol dan trigliserida di dalam tubuh
  • Ia menghalang tekanan darah tinggi, kerana ia menggalakkan peredaran darah

 

6. Energizing Soy Protein

  • GI yang rendah iaitu 39, dapat membantu mengekalkan paras gula dalam darah yang optimum, menjadikan ESP sangat sesuai untuk penghidap kencing manis
  • Protein membantu membina dan memperbaiki tisu-tisu badan
  • ESP mengandungi 14 gram protein kacang soya dalam setiap hidangan untuk menyihatkan jantung.

 

7. Vivix

  • Sangat sesuai diambil oleh mereka yang tidak gemar makan pil dan juga warga emas
  • Ia membantu meningkatkan mutu kesihatan bermula dari sel
  • Resveratrol dalam vivix membantu menyelesaikan tekanan darah tinggi melalui beberapa mekanisme
  • Ia menurunkan keradangan sel ke dalam dinding pembuluh darah dan menaikkan kemampuan pembuluh darah tersebut untuk bertindakbalas dengan perubahan dalam tekanan darah
  • Tambahan lagi, resveratrol sudah di kenal pasti baru-baru ini untuk menurunkan ketegangan pembuluh darah dan otot jantung yang menyebabkan hypertension berlaku
  • Resveratrol juga bertindak di dalam sel otak untuk menaikkan tekanan darah yang disebabkan oleh factor pemakanan atau hormone

 

TESTIMONI PENGGUNA YANG MENGAMBIL PRODUK SHAKLEE

 

no 1

 

 

 

 
  • Fatimah Bt Tony
  • Shaklee ID : 887938
  • Whatsapp atau Telegram : 011-3201 4534
       

Leave a Reply