5 Tips Tingkatkan Kesuburan Isteri

Kesuburan

Memiliki anak adalah satu anugerah yang sangat terindah bagi setiap pasangan, tidak kira mereka yang baru berkahwin atau sudah lama berkahwin. Namun begitu, terdapat juga yang pasangan yang sudah lama berkahwin, tapi masih belum mendapat cahaya mata.

Seringkali, bila berlaku lewatnya mendapat anak, terdapat pasangan yang akan mengesyaki pasangan masing-masing yang mandul. Sebenarnya, kemandulan boleh berlaku, tidak kira suami atau isteri. Namun, kerap kali masyarakat akan memandang, seolah-olah hanya wanita yang bermasalah dalam hal kesuburan. Kesian perempuan..

Bagi pasangan yang belum mendapat anak, mungkin kita boleh lihat, beberapa langkah yang boleh membantu meningkatkan tahap kesuburan si isteri.

 

 

1. Jaga berat badan

  • Jika seorang wanita itu terlalu kurus atau terlalu gemuk, ia juga boleh menimbulkan gangguan proses ovulasi.
  • Wanita memerlukan berat badan dengan kandungan lemak sehingga 17 hingga 21 peratus agar mendapat kitaran ovulasi secara teratur.
  • Bagi wanita yang kurus atau terlalu gemuk, kitaran haidnya tidak teratur dapat menjadi lebih teratur dan subur jika mendapat berat badan ia sesuai.

 

2. Pilih makanan organik

  • Terdapat beberapa kajian yang menunjukkan bahawa insektisida dan pestisida memberi pengaruh negatif terhadap hormon progesteron.
  • Progesteron adalah hormon yang berfungsi untuk menumbuhkan dan mematangkan sel telur serta menyediakan rahim wanita untuk hamil. Tanpa hormon progesteron, kehamilan sukar untuk berlaku.

 

3. Perbaiki pola makan

  • Kekurangan vitamin dan mineral di dalam badan turut mempengaruhi tahap kesuburan wanita. Vitamin yang penting dalam tubuh adalah seperti Vitamin C, E dan B-Complex (terutamanya B6) adalah sangat penting bagi pembentukan dan pengaturan fungsi hormon.
  • Adalah digalakkan agar mengambil buah-buahan dan sayuran yang kaya dengan vitamin dan mineral serta biji-bijian yang mengandungi lemak asas seperti kacang tanah.
  • Makanlah dengan pola makan yang seimbang dalam komposisi protein, karbohidrat dan lemaknya. Makanan yang tidak seimbang, misalnya terlalu banyak lemak, boleh menganggu keseimbangan hormon tubuh.

 

4. Kurangkan Stress

  • Beban fikiran yang boleh menimbulkan rasa stress perlu dikurangkan dengan melakukan banyak aktiviti riadah. Keadaan kita yang stress boleh membuatkan ketidak seimbangan hormon dalam tubuh dan secara tidak langsung boleh mengganggu ovulasi.

 

5. Ambil Supplemen / Jamu

  • Terdapat beberapa jenis supplemen atau jamu yang boleh meningkatkan tahap kesuburan wanita. Bagi orang jawa, mereka percaya bahawa kunyit dan asam dapat memperbaiki fungsi reproduksi seorang wanita.
  • Madu juga diyakini memiliki pelbagai zat yang bermanfaat bagi kesuburan wanita. Bagi orang cina pula, mereka memiliki ramuan akar Dong Quai (Ginseng wanita) yang dipercayai boleh menguatkan rahim dan melancarkan fungsi hormon wanita.
  • Namun, anda perlu berhati-hati dalam membuat keputusan untuk mengambil jamu tradisional, kerana seringkali proses penghasilannya kurang bersih dan ia boleh menyebabkan gangguan pada fungsi hati dan kanser hati.

 

Klik untuk buat belian atas talian

 

Artikel berkaitan:

 

MENTOR BISNES ANDA

  Disclaimer
  • Segala testimoni / penulisan tentang produk yang dikongsi di laman ini bukan bertujuan utk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit.
  • Pembaca yang mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan.
 
  • Disclaimer : Ini adalah supplemen. Ia cuma membantu  untuk meningkatkan kesihatan tubuh anda bermula dari dalam. Dapatkan nasihat dari doktor terlebih dahulu, jika ada sebarang kemusykilan.
  • Produk-produk ini tidak bertujuan untuk membuat diagnosis, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit.

Leave a Reply