17 Tips Yang Ibu Hamil Anak Pertama Perlu Tahu Agar Bersalin Dengan Mudah

Ibu Bersalin Berpantang Dan Menyusu

Assalamualaikum.. πŸ™‚

Masih lagi berdebar-debar menunggu hari? Biasanyakan, bila kandungan dah masuk minggu ke-36, orang akan panggil ia sebagai tanda untuk menunggu hari. Kelahiran tidak semestinya berlaku pada tarikh EDD yang doktor berikan.

Even fatim sendiri pun dah masuk minggu ke-30 ni. Itupun dah berdebar-debar. Padahal ni, kandungan ke-3. haha..

Hakikatnya begitulah. Tidak kira anda mengandung anak sulung atau anak no ke berapa sekalipun, sudah pasti tidak akan terlepas dari rasa berdebar. Selagi tak bersalin, selagi tulah jantung berdebar-debar. hehee.

Nak tak, kalau fatim kongsikan beberapa tips yang dapat membantu ibu-ibu hamil agar dapat bersalin dengan mudah dan normal. Tips ini, inshaAllah boleh membantu mereka yang tiada masalah pada kandungan. πŸ™‚

 

 

1. Minum minyak kelapa

 

  • apabila kandungan mencecah 6 bulan, amalkan minum minyak kelapa yang di masak sendiri, sekurang-kurangnya, 2-3 kali seminggu.
  • Biasanya orang beli je minyak VCO sekarang ni. πŸ™‚
  • apabila kandungan sudah mencecah 9 bulan, amalkan minum setiap hari

 

2. Telan telur ayam

Image result for telur ayam

  • amalkan makan telur ayam yang masih mentah, setiap pagi, seminggu sebelum bersalin.
  • yang ini anda boleh amalkan jika kandungan anda dah masuk minggu ke-39.

 

3. Minum air zam-zam

 

Related image

  • Sebaik-baiknya di amalkan sepanjang kehamilan

 

4. Minum Milo / susu campur marjerin

 

Related image

  • Bancuh air milo atau susu dan campur dengan marjerin
  • Baca selawat, al-fatihah dan doa nabi Yunus (rujuk no 11 dibawah), sebelum minum, agar dimudahkan rahim untuk terbuka

 

5. Minum air kelapa

 

Image result for air kelapa

  • amalkan minum air kelapa dara, sepanjang kehamilan
  • selain mencantikkan kulit bayi, ia juga membantu mencuci kepala bayi semasa bersalin

 

6. Minum air selusuh

selusuh

 

7. Makan kurma

  • Elok di amalkan sepanjang kehamilan, kerana khasiatnya banyak.
  • malahan, ia membantu memberi tenaga yang lebih, semasa meneran

 

8. Makan sayur bendi

  • amalkan sayur bendi setiap hari, agar membantu memudahkan bersalin

 

9. Minum air akar fatimah

air kacip fatimah

  • rendam akar fatimah di dalam air suam, diminum berserta dengan selawat keatas Nabi S.A.W

 

10. Amalkan surah atau ayat dari al-quran

  • surah Maryam
  • surah Al-Imran ayat 38
  • surah Al-Insyiqaq ayat 1-4
  • surah Abasa ayat 20
  • surah An-Nahl ayat 78

 

11. Doa Nabi Yunus

  • Di amalkan semasa kontraksi bermula dan baca berulang-ulang kali sehingga bersalin

 

12. Solat Hajat

  • Buat solat hajat, dan berdoa agar dipermudahkan untuk bersalin.
  • Sebaik-baiknya, dibuat bersama suami dan minta suami membaca ayat al-imran ayat 38 dan diusap pada perut isteri

 

13. Banyakkan berjalan

 

  • Sebaik-baiknya di amalkan apabila kandungan sudah mencecah 9 bulan
  • Banyak berjalan, agar memudahkan salur rahim terbuka

 

14. Senaman ringan

 

  • Duduk mencangkung dan tangan tahan pada dinding, kemudian berdiri perlahan-lahan sekerap mana anda mampu
  • Duduk bersila dan temukan kedua tapak kaki anda, pegang jari kaki kemudian tolakkan kedua tapak kaki itu ke arah vagina

 

15. Minta ampun

  • Memohon ampun daripada suami dan orang tua

 

16. Kerap ‘bersama’ suami

  • Ketika kandungan sudah mencecah 37-38 minggu, sebaik-baiknya, lakukan hubungan ‘intim’ dengan suami dengan lebih kerap
  • Ia akan membantu agar rahim terbuka dengan lebih cepat dan mudah

 

17. Berzikir Ya Wahhab

  • Boleh diamalkan ketika anda mula terasa kontraksi, dan berdoa di dalam hati, agar Allah memberi ketenangan dan dipermudahkan urusan bersalin

 

woww.. banyak jugak..jika anda ada tips-tips yang anda sendiri amalkan, anda boleh kongsikan di sini, yer..

selamat beramal..semoga anda dipermudahkan urusan untuk bersalin secara normal.. Insha Allah.

 

Klik untuk buat belian atas talian

 

 

MENTOR BISNES ANDA

  Disclaimer
  • Segala testimoni / penulisan tentang produk yang dikongsi di laman ini bukan bertujuan utk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit.
  • Pembaca yang mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan.
 
  • Disclaimer : Ini adalah supplemen. Ia cuma membantuΒ  untuk meningkatkan kesihatan tubuh anda bermula dari dalam. Dapatkan nasihat dari doktor terlebih dahulu, jika ada sebarang kemusykilan.
  • Produk-produk ini tidak bertujuan untuk membuat diagnosis, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit.

 

Leave a Reply