Assalamualaikum dan salam sejahtera semua 🙂
Memandangkan masih ramai lagi yang menghubungi fatim, bertanyakan tentang tips-tips untuk tingkatkan kesuburan ni, jadi tak tak salah kalau fatim nak share lagi 10 tips kesuburan, yang mungkin dapat membantu anda dan pasangan anda mendapat anak
1. Fahami bagaimana kehamilan terjadi
Jika haid anda teratur, setiap kali sebelum haid, telur (ovum) akan dikeluarkan oleh ovari. Jika berlaku persenyawaan antara ovum dan sperma, maka kehamilan akan berlaku. Jika tidak, ia akan keluar sebagai darah haid. Mengetahui bila berlakunya ovulasi (iaitu proses pengeluaran telur) adalah sangat penting mengetahui waktu yang sesuai untuk ‘bersama’ dengan suami anda. 🙂
2. Berbincang dengan doktor puan
Pastikan anda tidak mengalami apa-apa penyakit di dalam rahim seperti fibroid, endometriosis dan sebagainya. Penyakit ini adalah antara penyebab kenapa wanita lambat atau sukar untuk mengandung.
3. Dapatkan berat badan yang ideal
Jangan biarkan diri anda terlalu kurus atau terlalu gemuk. Ini kerana, tubuh yang tidak sihat, menyukarkan anda untuk hamil. Dapatkan berat badan dengan kadar BMI yang normal.
4. Ketahui Waktu subur anda
Waktu subur atau dikenali sebagai waktu ovulasi berlaku. Pada waktu subur, telur akan di keluarkan oleh ovari. Bagi mengetahui bila waktu subur, anda boleh menggunakan alat yang terdapat di farmasi ataupun meneliti sendiri perubahan suhu badan serta kehadiran cecair kesuburan dari vagina anda.
5. Hubungan seks yang lebih kerap
Melakukan hubungan seks yang lebih kerap, terutamanya pada waktu subur sangat digalakkan.
6. Tingkatkan kesuburan suami isteri
Pastikan kesihatan reproduksi suami isteri adalah pada tahap optimal dengan mengamalkan cara hidup yang sihat dan pengambilan makanan yang sihat. Elakkan dari merokok, mengambil sebarang minuman keras dan banyakkan senaman.
7. Mengambil multivitamin
Adalah disarankan bagi setiap wanita yang merancang untuk hamil, bagi mengambil vitamin seperti asid folik, sekurang-kurangnya 3 bulan sebelum mengandung. Ini dapat mengurangkan risiko bayi mengalami penyakit spina bifida. Manakala bagi suami pula, digalakkan mengambil vitamin yang mengandungi selenium, bagi meningkatkan kuantiti sperma di dalam mani. Ingin mengetahui lebih lanjut mengenai set kesuburan?
8. Bersenam secara rutin
Jadikan aktiviti senaman itu sebagai aktiviti rutin anda, bagi memastikan tubuh badan anda kekal sihat. Tubuh yang sihat adalah penting untuk kehamilan yang sihat.
9. Mengambil makanan yang seimbang
Pengambilan makanan yang seimbang dan diet yang teratur adalah penting agar tubuh anda mengandungi nutrisi yang lengkap bagi persediaan kehamilan.
10. Kurangkan tekanan
Elakkan rasa mudah tertekan atau stress. Ini kerana ia boleh mempengaruhi emosi dalaman anda dan juga secara tidak langsung mengganggu proses kehamilan.
Mungkin anda juga ingin membaca:
- Ketahui kenapa anda sukar hamil
- 5 Tips tingkatkan kesuburan isteri
- Tingkatkan kesuburan isteri dengan EPO
Pengedar Shaklee Bintulu, Sarawak.
- Berminat nak beli produk Shaklee?
- Berminat nak Join Ahli Shaklee?
- 📱 Whatsapp: 011-3201 4534
- ✉ Gmail: fatimahvitamin@gmail.com