Ada Masalah Bau Badan Yang Kurang Menyenangkan? Cuba Ini ..

Badan atau Mulut Berbau
Assalamualaikum dan salam sejahtera semua,

Pernah tak mengalami, apabila seseorang tu, bila dia sedang bersembang dengan anda, dia menujukkan reaksi yang dia kurang selesa dengan anda. Mungkin dia asyik kerap sentuh hidung ke. Bila ditanya, dia cakap hidung dia gatal. Padahal, dia sebenarnya tak tahan dengan bau anda, tapi malu nak berterus terang! heheee…

 

Kebiasaanya, lelaki adalah golongan yang paling banyak mengalami masalah seperti ini. Jadi, jangan hairan yer, kalau setiap kali anda cuba memikat gadis di luar sana, tapi kerap gagal walaupun wajah anda tampan seperti Brad Pitt. Mungkin puncanya adalah badan anda berbau. Wajah yang tampan, belum menjamin kejayaan dalam memikat, selagi bau badan anda busuk seperti longkang. hehee.

 

Jom kita perhatikan, apakah punca yang mengundang badan berbau.

1. Masalah Pencernaan

Tahu tak anda, bahan buangan yang terkumpul boleh menghasilkan toksin. Sekiranya sistem pencernaan tidak berfungsi dengan baik, peluh akan mengeluarkan bau yang kurang menyenangkan.

 

2. Corak Pemakanan

Tabiat suka minum minuman berkafein dan makan makanan berempah juga berpotensi menghasilkan bau badan terutamanya pada bahagian ketiak, celah kangkang, lipatan lutut dan jari kaki. Jadi, jangan terkejut, kalau anda menghasilkan bau badan yang kuat, kerana anda suka makan kari setiap hari. hehee

 

3. Tidak Menjaga Kebersihan

Pernah tak dengar orang cakap pasal mandi kerbau? Mandi yang terlalu sekejap tetapi tidak juga bersih? Bila anda kerap mandi terlalu sekejap dan tidak bersabun, bahkan mandi hanya sekali sehari, anda memang berpeluang untuk memiliki badan berbau. Bahkan, jika anda tidak gemar memakai deodoran dan asyik memakai pakaian yang sama tidak dibasuh, ia juga turut mengundang kepada badan berbau.

 

Panduan Bagi Mengatasi Masalah Badan Berbau

  1. Sewaktu mandi, pastikan anda membersihkan bahagian yang senang berlaku pembiakan bakteria seperti di celah kangkang, ketiak dan celah jari kaki. Gunakan sabun atau gel mandi anti-bakteria. Selepas mandi, sapu pelembap untuk kekalkan bau badan yang wangi.
  2. Sebelum melangkah keluar dari rumah, pastikan anda siap menyembur atau menyapu deodoran yang mengandungi anti-peluh agar mengurangkan penghasilan peluh sekaligus menghalang bau badan yang dihasilkan oleh bakteria.
  3. Selepas menyapu deodoran, sembur pewangi kegemaran mengikut aktiviti yang dilakukan pada hari tertentu. Jika anda bersukan, pilih pewangi yang menyegarkan. Sekiranya menghadiri majlis tertentu pada waktu malam, pilih pewangi yang lebih keras serta pekat baunya.
  4. Kawal pemakanan anda sehari-sehari. Elakkan makanan yang berempah, mengandungi banyak bawang putih dan kurangkan minum minuman berkafein. Seelok-eloknya, minum lebih banyak air masak. Bukan sahaja mengekalkan lembapan kulit bahkan ia juga baik kecantikan kulit anda.
  5. Pengambilan Alfalfa Complex Shaklee, secara konsisten setiap hari, dikatakan dapat membantu mengurangkan masalah bau badan. Bahkan, ada yang mengatakan dia tak sedar bahawa dia tidak menggunakan deodoran, tetapi badan tidak berbau walaupun dia sedang berpeluh. Ini adalah kerana, dia mengamalkan Alfalfa Complex Shaklee secara konsisten selama hampir 2 tahun. 
Selamat mencuba. 🙂

 

Klik untuk buat belian atas talian

 

 

 

 

MENTOR BISNES ANDA

  Disclaimer
  • Segala testimoni / penulisan tentang produk yang dikongsi di laman ini bukan bertujuan utk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit.
  • Pembaca yang mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan.
 
  • Disclaimer : Ini adalah supplemen. Ia cuma membantu  untuk meningkatkan kesihatan tubuh anda bermula dari dalam. Dapatkan nasihat dari doktor terlebih dahulu, jika ada sebarang kemusykilan.
  • Produk-produk ini tidak bertujuan untuk membuat diagnosis, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit.

Leave a Reply