7 Panduan Sihat Bagi Pesakit Darah Tinggi

Set Darah Tinggi Shaklee

Assalamualaikum semua,

Tahu kan, kalau bacaan tekanan darah anda berada pada 140 / 90 mm Hg, ia menunjukkan tekanan darah anda berada di paras yang tinggi. Terdapat beberapa faktor yang merisikokan anda untuk menghidap penyakit darah tinggi, antaranya :

  • Sejarah keluarga / Genetik
  • Kegemukan / Obesiti
  • Tekanan
  • Pengambilan garam sehari secara berlebihan
  • Kurang bersenam
  • Merokok
  • Minum Alkohol

 

Antara makanan yang tinggi kandungan garam adalah seperti :

Perisa makananĀ  Makanan Kering Makanan terproses & dalam tin Makanan ringanĀ 
  • Garam
  • kicap
  • belacan
  • budu
  • cencaluk
  • sos tiram / cili / tomato
  • aji nomoto
  • kiub / stok makanan
  • taucu
  • perencah segera
  • mayonis
  • ikan kering
  • udang kering
  • sotong kering
  • ikan bilis
  • jeruk masin
  • telur masin
  • sayur jeruk
  • daging salai
  • sayuran dalam tin (kacang panggang, pes)
  • daging dalam tin
  • sambal dalam tin
  • sardin
  • tuna
  • sup dalam tin
  • sosej
  • nugget
  • bebola ikan
  • kek ikan
  • keropok udang / ikan
  • mi segera
  • mi berkuah
  • papadom
  • maruku
  • keju
  • makanan segera
  • pati daging

 

7 Panduan Untuk Kurangkan Tekanan Darah Tinggi

 

 

# 1 : Kurangkan Berat Badan

  • Penurunan berat badan bukan sahaja baik untuk turunkan tekanan darah tinggi, bahkan ia juga memudahkan ubat yang di berikan oleh doktor untuk memberi kesan
  • Jika anda berjaya mengurangkan 1 Kg berat badan, anda telah berjaya mengurangkan 1.5 mm Hg tekanan darah anda

 

#2 : Bersenam Dengan Kerap

  • Cuba amalkan bersenam antara 30 hingga 43 minit setiap hari.
  • Jika tidak ada masa, cuba peruntukan masa dengan melakukan aktiviti yang memerlukan tenaga seperti mengemop lantai, menaiki tangga, menanam pokok, berjalan kaki, menari atau melakukan senam aerobik

 

#3 : Kurangkan Pengambilan Garam

  • Ambil garam sekurang-kurangnya cuma 2.3 g sehari.
  • Garam mempunyai sifat seperti span, di mana ia banyak menyerap air di dalam badan dan membuatkan tekanan darah menjadi meningkat
  • Semakin tinggi pengambilan garam sehari, semakin tinggi risiko untuk tekanan darah turut naik

 

# 4 : Berhenti Merokok

  • Kesan nikotin dalam sebatang rokok boleh meningkatkan tekanan darah sebanyak 5 – 10 mm Hg dalam masa 30 minit.

 

#5 : Kurangkan stress

  • Stress boleh membuatkan tekanan darah naik walaupun untuk sementara waktu
  • Namun, stress yang kronik boleh memudaratkan kesihatan dan boleh menyebabkan serangan jantung, stroke boleh berlaku
  • Justeru, elakkan stress yang berpanjangan

 

#6 : Amalkan diet yang lebih baik

  • Ketahui keperluan kalori untuk tubuh badan anda. Secara tidak langsung, anda dapat mengawal jumlah pengambilan makanan dan mengawal berat badan anda
  • Makan lima hingga tujuh hidangan sehari tetapi dalam kuantiti yang kecil bagi setiap hidangan
  • Banyakkan pengambilan makanan yang tinggi fiber
  • Kawal kolesterol
  • Elakkan pengambilan alkohol dan minuman berkafein
  • Gunakan perisa semula jadi dalam masakan seperti perahan limau nipis dalam masakan sup, penggunaan serai dan rempah ratus dalam masakan harian
  • Sekiranya sudah menggunakan sos dalam masakan, elakkan menambah lagi garam di dalamnya
  • Elakkan tabiat menambah garam secara terus di meja makan

 

#7 : Jangan Leka

  • Pastikan anda kerap melakukan pemeriksaan tahap tekanan darah anda.
  • Jika ia berada di tahap terkawal, jangan leka dalam mengawal makanan yang di ambil setiap hari. Sebab tersilap sedikit, boleh membuatkan tekanan darah anda meningkat secara mendadak
  • Jika anda seorang yang sihat, jangan ambil mudah. Kerana ia boleh berlaku tanpa anda sedari

 

 

Vitamin Shaklee Yang Sesuai Untuk Pesakit Tekanan Darah Tinggi

Klik untuk buat belian secara online

 

 

 

TESTIMONI

 

 

 

 

 

MENTOR BISNES ANDA

  • Fatimah Bt Tony
  • Shaklee ID : 887938
  • Whatsapp : 011-3322 6140
  • Email : amalansihat@yahoo.com | fatimahbttony@gmail.com
       

Leave a Reply