Assalamualaikum dan Salam sejahtera semua..
Pernah tak dengar penyakit autoimun Idiopathic Thrombocytopenic Purpura atau nama singkatannya ialah ITP?
Kalau dulu, Penyakit SLE yang juga merupakan penyakit autoimun, adalah penyakit yang agak asing pada diri saya. Dan kini pula, penyakit autoimun ITP pulak. hehe.
Tak pe.. meh kita sama-sama belajar dan ketahui tentang penyakit autoimun ITP ini. 🙂
Apakah Penyakit Autoimun Idiopathic Thrombocytopenic Purpura?
|
Maksud di sebalik perkataan Idiopathic Thrombocytopenic Purpura ialah:
- Idiopathic = Tidak diketahui punca
- Thrombocytopenic = Jumlah trombosit di bawah paras normal
- Purpura = Ruam berwarna merah-ungu (lebam)
Siapakah Berisiko Untuk Mendapat Penyakit Idiopathic Thrombocytopenic Purpura?
Penyakit ITP ini biasanya menyerang kanak-kanak dan golongan dewasa. Terdapat 2 faktor yang boleh meningkatkan risiko untuk terkena ITP.
|

Berbanding kanak-kanak, jika orang dewasa terkena penyakit ITP, ia boleh menyebabkan masalah kecelaruan sistem tubuh menjadi lebih kronik.
Rawatan Untuk Pesakit Idiopathic Thrombocytopenic Purpura
|
Kenali Beberapa Simptom Untuk Penyakit Idiopathic Thrombocytopenic Purpura
|
Jika anda atau anak-anak anda mengalami simptom seperti ini, cepat-cepatlah buat pemeriksaan di hospital. Rawatan yang segera boleh membantu mengurangkan komplikasi dari penyakit ITP.
Punca Penyakit Idiopathic Thrombocytopenic Purpura
Idiopathic adalah merujuk kepada punca yang tidak diketahui. Sistem imun pesakit ITP tidak berfungsi dengan baik dan ia akan menyerang platelet, seolah-olah platelet itu bendasing.
Antibodi yang dihasilkan oleh sistem imun akan menempel pada platelet, memberi tanda yang ia perlu dimusnahkan.
Limpa memainkan peranan untuk bantu tubuh bagi melawan jangkitan. Limpa akan mengiktiraf antibodi dan akan mula membuang platelet dari sistem tubuh badan pesakit.
Kesilapan yang dilakukan oleh limpa dan antibodi akan menyebabkan bilangan platelet yang berada dalam darah menjadi lebih rendah daripada normal.
Bacaan untuk platelet normal sepatutnya melebihi 150,000 platelet bagi setiap mikroliter darah. Berbanding pesakit ITP, bacaan platelet mereka biasanya mempunyai platelet di bawah 20,000.
Jika bacaan platelet jatuh di bawah 10,000 setiap mikroliter, pendarahan dalaman boleh terjadi walaupun tanpa ada sebarang kecederaan.
Komplikasi Penyakit Idiopathic Thrombocytopenic Purpura
♦ Komplikasi yang terbesar, adalah pendarahan berlaku ke dalam otak dan ia boleh membawa maut. Namun, ia adalah jarang berlaku.
♦ Biasanya, komplikasi terjadi berpunca daripada rawatan yang diterima terutamanya bagi ITP kronik.
♦ Rawatan untuk pesakit ITP yang utama ialah ubat Kortikosteroid. Kortikosteroid ini berperanan untuk bantu tingkatkan jumlah platelet dengan cara mengurangkan serangan sistem imunisasi badan. Namun begitu, penggunaan ini akan diberhentikan atas saranan doktor, jika bacaan platelet telah kembali ke paras normal.
- Sebaiknya, pengambilan ubat kortikosteroid ini tidak diguna untuk jangka masa yang panjang.
- Ubat ini memberikan kesan sampingan seperti : Berat badan naik, kadar gula bertambah dan boleh mendatangkan risiko penyakit kencing manis, katarak, tekanan darah tinggi, sakit buah pinggang dan osteoporosis.
♦ Jika ubat-ubatan ini tidak memberi sebarang kesan, maka pembuangan limpa akan dilakukan bagi membantu mencegah kehilangan platelet. Walaubagaimanapun, pembuangan limpa akan membuatkan pesakit ITP lebih terdedah kepada serangan penyakit berjangkit. Namun risikonya adalah rendah, jika pesakit ITP menjalankan cara hidup yang sihat.
Tips Kesihatan Untuk Pesakit ITP
- Elakkan mengambil ubat yang boleh menjejaskan fungsi platelet terutamanya ubat yang boleh di beli di farmasi, di mana ubat tersebut tidak memerlukan preskripsi daripada doktor. Antaranya ialah aspirin dan ibuprofen (advil, motrin IB dll).
- Pilih aktiviti yang kurang bahaya. Elakkan sukan ekstrem atau aktiviti yang boleh meningkatkan risiko untuk berlakunya kecederaan atau pendarahan.
- Perhatikan tanda-tanda jangkitan kuman. Implikasi ia akan lebih teruk, jika pesakit ITP pernah menjalani pembedahan pembuangan limpa. Dapatkan rawatan doktor dengan segera.
- Kekalkan sistem pencernaan tubuh yang sihat dan minimakan inflamasi (ia berkaitan dengan ITP) dengan mengamalkan diet yang sihat dan mempunyai ciri-ciri anti-inflamasi.
Supplemen Shaklee Untuk Bantu Pesakit ITP
Pengambilan supplemen adalah antara ikhtiar yang boleh pesakit ITP cuba, bagi membantu mengurangkan penggantungan kepada ubat.
Antara vitamin shaklee yang boleh pesakit ITP ambil adalah:

- Vivix – gabungan resveratrol dan polifenol
- Omega Guard – kaya dengan asid lemak omega-3
- GLA Complex – kaya dengan asid lemak omega-6
Resveratrol, asid lemak omega-3 dan asid lemak omega-6, mempunyai ciri-ciri anti-inflamsi yang sangat baik. Ia bantu mengatasi masalah keradangan yang biasa di hadapi oleh pesakit ITP.
Kelebihan Vivix Shaklee : Ia merupakan teknologi terkini dan terhebat daripada Shaklee di mana ia mampu memperbaiki sel tubuh, sehingga ke peringkat DNA. Sebab itu, vivix adalah antara produk shaklee yang pending patent. Tiada supplemen lain yang setara dengannya.
Testimoni pesakit Idiopathic Thrombocytopenic Purpura
BAGAIMANA CARA NAK DAPATKAN SET AUTOIMUN SHAKLEE?
Mudah sahaja, jika anda berminat untuk buat pembelian secara online. Cuma perlu klik pada gambar di bawah, Jika ada sebarang kekeliruan atau pertanyaan, boleh whatsapp fatim di 011-3201 4534.

MENTOR BISNES ANDA

- Fatimah Bt Tony
- Shaklee ID : 887938
- No Telefon : 016-836 9246 (Klik untuk Whatsapp)
- Email : fatimahtony@amalansihat.com