Gejala Kehamilan Luar Rahim

Set Hamil Shaklee

Kehamilan ektopik atau lebih dikenali sebagai kehamilan di luar rahim. Kehamilan ektopik berlaku apabila telur tersenyawa di luar rahim. Ini bermakna, kehamilan berkenaan tidak berada di dalam rahim, sebaliknya berada di tempat lain seperti saluran telur (tiub fallopia), rongga abdomen, ovari, comu rahim dan serviks. Kebanyakkan kehamilan ektopik (hampir 95%) berlaku di dalam tiub fallopio.

 

 

 

Kehamilan ektopik tidak dapt bertahan dan akan pecah kerana hanya rahim sahaja yang boleh menyokong perkembangan bayi dan uri. Jika kehamilan ektopik pecah di tiub fallopio, ia akan mengancam nyawa ibu akibat pendarahan dalam abdomen. Kehamilan ektopik boleh mengancam nyawa. Kehamilan ektopik adalah punca utama kematian dalam kalangan wanita yang hamil (bagi 3 bulan yang pertama). Bilangan kehamilan ektopik kini semakin meningkat. 

 

Apakah gejala dan tanda kehamilan luar rahim ?

Kebanyakan kehamilan ektopik menunjukkan tanda atau gejalanya pada minggu kelima hingga kelapan kehamilan. Jika anda hamil dan mempunyai tanda dan gejala berikut, segera berjumpa doktor:

  • Sakit bahagian bawah perut, pada salah satu bahagian (sama ada kiri atau kanan)
  • Pendarahan faraj yang tidak normal dan darah berwarna lebih gelap
  • Sakit hujung bahu (yang disebabkan oleh pendarahan intra-abdomen)
  • Kadang-kala cirit-birit atau sakit ketika membuang air besar

Jika gagal dikesan pada peringkat awal kehamilan; tiub fallopian boleh pecah, menyebabkan pendarahan berlebihan. Pada peringkat ini, anda mungkin mempunyai gejala berikut:

  • Sakit perut yang teruk secara tiba-tiba
  • Pening, pengsan, berpeluh dan letih-lesu
  • Pengsan akibat pendarahan yang berlebihan
  • Perut membengkak
  • Pucat

Jika anda mengalami tanda dan gejala di atas segera ke hospital berdekatan untuk mendapatkan rawatan. Dapatkan bantuan ambulan atau seseorang untuk menghantar anda ke hospital.

Siapakah yang berisiko untuk kehamilan ektopik?

Kehamilan di luar rahim boleh berlaku kepada mana-mana wanita, tetapi ada situasi-situasi tertentu yang meningkatkan risiko ini. Ini termasuk: 

  • Jika anda pernah menghidap penyakit radang pelvik (pelvic inflammatory disease – PID) yang sering kali disebabkan oleh jangkitan kelamin klamidia (chlamydia) dan menyebabkan kerosakan dan luka pada tiub falopio. Terdapat tanda-tanda PID dalam separuh daripada kes kehamilan di luar rahim yang dibedah.
  • Jika anda mengalami endometriosis tiub. Anda lebih berisiko kerana ini meningkatkan risiko calar dan luka pada tiub falopio.
  • Jika anda pernah membuat pembedahan di bahagian perut, termasuk pembedahan membuang apendiks, caesarean atau pembedahan pada tiub falopio seperti pembalikan sterilisasi (sterilisation reversal).
  • Jika anda hamil melalui kaedah IVF. Anda seharusnya membuat imbasan awal untuk melihat di mana embrio telah diimplantasi.
  • Jika anda menggunakan IUD yang mengeluarkan hormon progesteron (IUS, juga dikenali sebagai lingkaran Mirena) atau jika anda mengambil pil mini pencegah kehamilan. Kedua-duanya dikaitkan dengan kadar kehamilan di luar rahim yang sedikit tinggi.
  • Jika anda merokok.
  • Jika anda pernah mengalami kehamilan di luar rahim. Risiko anda meningkat daripada 1 dalam 100 kepada 1 dalam 10.
  • Risiko hamil di luar rahim juga meningkat apabila umur semakin bertambah. 
  • mempunyai kehamilan ektopik sebelumnya
  • mempunyai pembedahan pada tiub fallopio atau rahim sebelumnya
  • rahim atau tiub fallopio yang berbentuk luar biasa
  • Kehadiran alat kontrasepsi (IUD)
  • selepas prosedur pensterilan (ligation tiub)
  • umur 35 atau lebih tua

 

Jika anda pernah mengalami kehamilan ektopik, dan merancang untuk hamil semula, cuba dapatkan nasihat dari doktor pakar, bagi mengelak kehamilan yang sama berulang. Jangan putus asa yer.

 

Mengapa kehamilan ektopik berbahaya?

Di dalam kehamilan ektopik, embrio tidak sampai ke rahim, sebaliknya ia tertanam dalam lapisan tiub fallopian dan menyebabkan pendarahan. Saiz embrio yang semakin membesar menyebabkan tiub fallopian meregang dan lalu pecah. Ini boleh menyebabkan pendarahan yang teruk dalam abdomen dan mengancam nyawa maka diagnosis awal dan rawatan amat diperlukan.

 

Harapan Kehamilan Pada Masa Depan

Ramai wanita yang pernah mengalami kehamilan di luar rahim bimbang tentang peluang untuk hamil secara normal terjejas. Sesungguhnya kehamilan luar rahim boleh meninggikan risiko untuk mendapat komplikasi yang sama pada masa hadapan. Tetapi ramai juga di antara wanita ini yang berjaya hamil seperti biasa dan mendapat anak setahun selepas itu.

Sekiranya sistem peranakan rosak dengan teruk, samada disebabkan oleh kehamilan di luar rahim atau pembedahan untuk merawatnya, kesuburan anda mungkin terganggu. Berbincanglah dengan doktor anda tentang peluang anda untuk hamil.

Ini perkongsian daripada seorang pengguna Shaklee yang berjaya hamil sekalipun disahkan mempunyai PCOS. Beliau juga pernah menjalani operation kerana hamil di luar rahim (ectopic pregnancy).

“Alhamdulillah.. Alhamdulillah .. Alhamdulillah.. Selama ini saya hanyalah pembaca setia SGL, namun hari ini saya nak berkongsi cerita dengan semua kengkawan di sini.. Saya mengandung 4 minggu walaupun saya disahkan PCOS. Period saya regular, namun berat badan yang bertambah mengganggu tahap kesuburan saya. Saya terpaksa mengambil clomid + metmorfin atas nasihat Pakar O&G. Saya tak habis lagik consume GLA + Alfalfa + Omega .. dan untuk pengetahuan semua pembaca juga, saya baru menjalani operation pada November 2012 yang lalu kerana ‘ectopic pregnancy’. Alhamdulillah, tergerak hati nak cuba Shaklee ni atas nasihat Norliza Ibrahim, saya mula consume Shaklee 1 Jan 2013, semalam saya check UPT +ve. Last period saya 25 Disember 2012.. Ya Allah syukur, sangat2. Kepada yang menghidap PCOS seperti saya, In Sha Allah, ada jalannya. Usaha + Doa + Ikhtiar.. 🙂 “

– Puan A [Sumber: Shaklee Golden Lounge (group eksklusif untuk customer kami)

 

 

 


MENTOR BISNES ANDA

  • Fatimah Bt Tony
  • Shaklee ID : 887938
  • No Telefon : 016-836 9246
  • Email : fatimahtony@amalansihat.com
  Disclaimer
  • Segala testimoni / penulisan tentang produk yang dikongsi di laman ini bukan bertujuan utk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit.
  • Pembaca yang mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan.

Leave a Reply