7 PERKARA WAJIB PESAKIT KRONIK BUAH PINGGANG KENA ELAK

Set Rosak Buah Pinggang Shaklee

Masalah buah pinggang rosak adalah antara penyakit yang boleh membunuh secara senyap.

Ramai yang tidak sedar tentang perkara ini, kerana tidak tahu perkaitan dan bagaimana buah pinggang yang rosak boleh mengganggu aktiviti normal jantung.

Namun begitu, gangguan pada aktiviti normal jantung masih boleh di kawal, jika pesakit rajin mendapatkan rawatan serta pemantauan daripada doktor. Pengambilan ubat yang di sediakan adalah wajib untuk di amalkan. Jangan mengelat. Buruk padahnya.

Di samping itu, terdapat beberapa perkara yang normalnya doktor akan nasihatkan pada pesakit, untuk di elakkan. Penting tau, benda ni. Terutamanya kalau yang dah masuk tahap 3 dan ke atas tu.

Jadi, bagi yang dah lupa apa yang doktor dah cakap tu, meh baca kat sini. 🙂

1. Kawal pengambilan air

  • Pesakit buah pinggang harus mengawal pengambilan air atau cecair mereka dengan menghadkan jumlah air atau cecair yang diambil setiap hari sebanyak 500ml sahaja.
  • Oleh itu, pengambilan air mereka perlu disukat setiap hari.
  • Pengambilan air yang terlalu banyak dalam sehari boleh menyebabkan pembengkakkan pada bahagian badan akibat penakungan air dalam badan dan boleh menyebabkan pesakit mengalami kesukaran untuk bernafas.
  • Cecair berlebihan juga boleh mempengaruhi tekanan darah dan akan membuatkan jantung bekerja keras.
  • Bentuk air dan cecair yang perlu dikawal termasuklah apabila memakan aiskrim, tembikai, dan makanan berair.

2. Pesakit buah pinggang juga tidak dibenarkan mengambil makanan yang tinggi protein

  • seperti soya, kekacang, produk tenusu dan daging merah seperti daging lembu.
  • Walaubagaimanapun, pesakit masih dibenarkan untuk makan daging ayam.
  • Hal ini kerana, makanan yang tinggi protein boleh membebankan buah pinggang kerana kegagalan buah pinggang menyebabkan protein yang diambil tidak dapat ditapis oleh buah pinggang yang bermasalah.
  • Pesakit disarankan pemakanan yang tinggi karbohidrat dan rendah protein.

3. Pesakit buah pinggang juga tidak dibenarkan melakukan kerja-kerja berat

  • seperti kerja buruh dan sebagainya.
  • Walaubagaimanapun, pesakit boleh bekerja seperti biasa atau melakukan aktiviti sukan biasa untuk kesihatan.
  • Jika pesakit melakukan dialisis, proses dialisis itu sendiri menyebabkan banyak nutrien yang diperlukan tubuh turut tersingkir dan tubuh pesakit akan cepat lemah dan tidak bertenaga.
  • Oleh itu, pesakit mungkin perlu mengambil vitamin tambahan untuk menggantikan semula nutrisi yang telah hilang sewaktu dialisis.
  • Pesakit buah pinggang biasanya akan diberikan kalsium dan vitamin seperti vitamin C dan vitamin B untuk membantu memulihkan tenaga menggantikan semula nutrisi yang hilang setelah mereka melakukan dialisis.

4. Pengambilan garam perlu dikawal oleh pesakit buah pinggang.

  • Agak mustahil untuk mengelak dari mengambil garam memandangkan garam terdapat secara semulajadi di dalam kebanyakan makanan.
  • Walaubagaimanapun, jumlah penambahan garam ke dalam masakan atau makanan perlulah dikawal.
  • Makanan yang tinggi garam perlulah dielakkan.
  • Garam juga tersembunyi sebagai bahan pengawet di dalam makanan terproses termasuklah dalam burger, keju, telur masin, ikan kering, dan bilis.
  • Oleh itu, pesakit digalakkan untuk membaca label dan memeriksa kandungan garam sebelum memilih makanan yang siap dibungkus atau makanan dalam tin.

5. Mengurangkan sayur-sayuran dan buah-buahan yang tinggi kalium (potassium)

  • seperti bayam, kailan, brokoli, sawi hijau, petai dan ubi keledek, anggur, nangka, ciku, durian, pisang, mangga, oren dan kurma.
  • Walaubagaimanapun, pesakit masih boleh mengambil sayuran dan buah-buah tersebut dalam jumlah yang sedikit, ataupun mengambil sayuran dan buah-buahan yang rendah kandungan kaliumnya seperti kangkung, kobis, petola, taugeh, epal, jambu batu, pir atau nenas.
  • Kalium yang tinggi jika diambil boleh menyebabkan pesakit buah pinggang boleh mengalami degupan jantung yang luar biasa atau berhenti dengan tiba-tiba.
  • Saranan kalium bagi pesakit buah pinggang adalah kira-kira 1500-2000 mg sahaja sehari.
  • Bagi yang mengambil kurma, dicadangkan mengambil kurang daripada 5 biji kerana 5 biji kurma mengandungi jumlah kalium yang melebihi 200mg.

6. Pesakit buah pinggang juga perlu mengawal kandungan fosfat dalam pemakanan.

  • Apabila seseorang mengalami masalah buah pinggang, fosfat akan terkumpul di dalam darah.
  • Fosfat yang banyak di dalam darah akan menarik keluar kalsium dari tulang.
  • Kehilangan kalsium dari tulang akan mengakibatkan tulang menjadi lemah dan mudah retak atau patah.
  • Contoh minuman yang tinggi fosfat ialah teh tarik dan kopi susu.
  • Manakala mimuman yang rendah fosfat ialah air tebu, sirap ros dan teh cina.
  • Makanan yang tinggi fosfat pula seperti roti canai, mee segera, makaroni, kacang dhal, soya, dan daging atau ayam.
  • Manakala makanan yang rendah kandungan fosfatnya adalah seperti putih telur, bihun, kuew tiow atau laksa.

7. Makan pada waktu tetap

  • Memandangkan selera makan pesakit ginjal selalunya agak kurang, penting bagi pesakit untuk cuba makan pada waktu yang tetap.
  • Sekiranya kuantiti yang dimakan terlalu sedikit, pesakit dinasihatkan untuk cuba makan lebih kerap supaya jumlah pengambilan kalori harian mencukupi.

KESIMPULAN

“Dalam usaha kita untuk mengelakkan penyakit kegagalan buah pinggang peringkat akhir dan rawatan dialisis, termasuklah kesan-kesan sampingan daripada penyakit ini, kita harus mengamalkan budaya hidup sihat, menjaga pemakanan, bersenam serta menjaga berat badan. Kita tidak sepatutnya memandang ringan kegagalan buah pinggang dengan adanya rawatan dialisis kerana ketika itu, semuanya sudah terlambat,” kata Pakar Perunding Nefrologi dan ahli Lembaga Pengurusan NKF, Dr. Goh Bak Leong.

Semoga perkongsian ini memberi manfaat untuk kita semua.

 

MENTOR BISNES ANDA

  • Fatimah Bt Tony
  • Shaklee ID : 887938
  • No Telefon : 016-836 9246
  • Email : fatimahtony@amalansihat.com
  Disclaimer
  • Segala testimoni / penulisan tentang produk yang dikongsi di laman ini bukan bertujuan utk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit.
  • Pembaca yang mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan.

3 thoughts on “7 PERKARA WAJIB PESAKIT KRONIK BUAH PINGGANG KENA ELAK

Leave a Reply