Ketahui Punca Kaki Bengkak Semasa Hamil Dan Tips Untuk Atasinya

Adakah Bengkak Kaki Atau Edema Ini Perkara Normal Berlaku Semasa Hamil?

Untuk pengetahuan ibu-ibu yang sedang hamil tu, berlakunya bengkak kaki semasa hamil adalah normal. Terutamanya ibu-ibu hamil yang kandungannya dah memasuki trimester ketiga.

Dikatakan bahawa, di antara 50 hingga 80 peratus ibu hamil yang sihat akan mengalami masalah bengkak kaki. Lebih-lebih lagi dengan cuaca panas di negara kita ni. Dengan masalah jerebu yang sedang berlaku sekarang ni, boleh memburukkan lagi keadaan ini.

Tetapi, suka untuk fatim ingatkan, jika anda sedang mengalami bengkak yang teruk pada muka, tangan atau tapak kaki, jumpalah doktor. Ini mungkin salah satu tanda pra-eklampsia, iaitu salah satu tanda bahaya kehamilan. Tanda ini boleh membawa risiko tinggi kepada anda dan janin di dalam kandungan. Di katakan bahawa, risiko yang paling teruk boleh berlaku kepada ibu dan janin adalah kematian.

 

 

 

 

Apakah Punca Yang Menyebabkan Bengkak Kaki Semasa Hamil?

Terdapat beberapa faktor yang boleh menjadi punca berlakunya bengkak kaki semasa hamil, antaranya:

  • Cuaca yang sangat panas
  • Berdiri terlalu lama
  • Menjalankan aktiviti harian yang terlalu banyak dan lama
  • Makan makanan yang kurang kalium (potassium)
  • Pengambilan makanan masin yang terlalu banyak
  • Minum minuman yang berkafein seperti kopi, terlalu banyak

Tips Untuk Atasi Masalah Bengkak Kaki

Untuk mengatasi masalah bengkak kaki, ibu-ibu hamil boleh mencuba beberapa tips di bawah:

  1. Amalkan makan makanan yang tinggi kalium seperti pisang.
  2. Kurangkan pengambilan kafein seperti kopi
  3. Elakkan berdiri atau duduk untuk jangka masa yang lama. Jangan cuba menyilang kaki semasa duduk.
  4. Alaskan bantal pada kaki semasa tidur atau baring
  5. Pakai seluar yang longgar dan elak dari menggunakan kasut tumit tinggi
  6. Pakai stokin sokongan (support tights) yang selesa sebelum bangun anda bangun dari katil pada waktu pagi supaya darah tidak berpeluang berkumpul di sekeliling buku lali. Jika tidak berjaya, tanyalah ahli farmasi mengenai stoking tekanan (compression stockings)
  7. Elakkan pakaian yang ketat di sekitar pergelangan tangan, kaki atau buku lali
  8. Berehat atau berenang. Amalkan senaman yang sesuai untuk ibu hamil
  9. Banyakkan minum air putih
  10. Kurangkan pengambilan garam dan makanan pedas
  11. Kurangkan aktiviti di luar jika cuaca panas
  12. Gunakan ais sapu di kawasan bengkak atau rendamkan kaki di dalam air sejuk
  13. Tidur mengiring ke sebelah kiri, kerana ia dapat mengurangkan tekanan saraf. Saraf terbesar terletak di sebelah kanan.
  14. Elakkan makan junk food
  15. Jika anda membuat perjalanan jauh, berhentilah dengan kerap untuk meregangkan kaki.
  16. Jika kulit anda tidak terlalu tegang dan sakit, anda boleh minta seseorang untuk mengurut buku lali dan tapak kaki anda, hingga ke lutut. Ini boleh membantu mengalihkan cecair keluar daripada tapak kaki.
  17. Ambil susu atau pil kalsium, seperti perkongsian salah seorang pengguna setia Shaklee di bawah ni. Bila beliau mengalami masalah bengkak pada tangan, beliau terus ambil ostematrix bagi membantu mengurangkan masalah bengkak.

 

 

Bagi ibu yang sedang hamil, pengambilan nutrisi tambahan adalah sangat penting, bagi memastikan bahawa nutrisi  yang di ambil oleh ibu itu mencukupi untuk dia dan bayi.

 

 

 


 
*Produk-produk ini tidak bertujuan untuk membuat diagnosis, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit.
Jika Berminat, boleh hubungi saya:
JANGAN LUPA, ANDA LAYAK UNTUK MENDAPAT KHIDMAT KONSULTASI & RUNDINGAN DARIPADA SAYA. Antara perkhidmatan yang anda boleh perolehi:
  1. Konsultasi masalah dan cadangan vitamin yang sesuai
  2. Cadangan serta cara pengambilan vitamin yang tepat
  3. Tunjuk cara bagaimana boleh mendapatkan vitamin Shaklee pada harga ahli
  4. Berpeluang untuk mendaftar ahli secara percuma di samping layak untuk dapat bonus Shaklee walaupun cuma makan sendiri sekaligus berpeluang untuk menjana pendapatan dengan Shaklee, Jika Berminat.

ATAU UNTUK BACA LEBIH LANJUT TENTANG KEAHLIAN: KLIK DI SINI

BOLEH TERUS DAFTAR AHLI MENGIKUT LANGKAH-LANGKAH DI SINI. 

ASK ME HOW OR SIGN UP HERE. (then click join now)

“INGIN MENJANA PENDAPATAN 3-4-5-6 ANGKA SEBULAN? BERDAFTAR SEBAGAI AHLI SHAKLEE, ANDA MAMPU MENJANA PENDAPATAN LUMAYAN DAN MENIKMATI FAEDAH-FAEDAH LAIN.

MODAL SERENDAH RM 75 . BACA SINI UNTUK KETAHUI BAGAIMANA DAPAT  --> FREE MEMBERSHIP

PENGEDAR SELURUH NEGARA DIALU-ALUKAN UNTUK BERSAMA DALAM GROUP EKSKLUSIF KAMI & ANDA AKAN DI BANTU SEHINGGA BERJAYA”

   

Leave a Reply