26 Tanda Bahaya Kehamilan Yang Semua Ibu Hamil Kena Ambil Berat

Set Hamil Shaklee

Kehamilan adalah perkara yang paling menyeronokkan dalam hidup berumahtangga. Tidak kira, berita itu di ketahui melalui ujian UPT yang di buat sendiri ataupun melalui pemeriksaan di klinik.

Bagi yang ragu-ragu samada anda hamil atau tidak, boleh baca di sini nak ketahui tanda-tanda awal kehamilan.

Walaupun kehamilan ini adalah perkara biasa, namun masih ramai yang tidak tahu mengenai tanda-tanda bahaya semasa hamil. Jika anda ada masalah darah tinggi semasa hamil, anda boleh baca di sini untuk ketahui risikonya.

Hari ini, fatim nak berkongsi pula 10 tanda bahaya semasa mengandung, mudahan para ibu dapat berhati-hati sepanjang mengandung.

 

 

Tanda #1. Ibu lebih kerap muntah terus dan langsung tidak mahu makan

Kebanyakkan ibu hamil pada trimester pertama, akan mengalami morning sickness yang teruk atau sangat teruk. Keadaan ini adalah normal, dan kebiasaanya ia akan mula hilang bila kandungan mulai masuk trimester kedua.

Perlu di ingatkan, walaupun ibu hamil mengalami masalah morning sickness, elakkan perut daripada kosong. Carilah makanan yang boleh di makan dan di telan. Ada sesetengah ibu hamil, bila makan benda berminyak mereka akan mudah rasa mual. Jika ini berlaku pada anda, carilah makanan yang tidak berminyak seperti roti kering atau biskut kering yang tiada inti. Cubalah makan walaupun sedikit demi sedikit.

 

Tanda #2. Berat badan ibu hamil tidak naik

Selama kehamilan, adalah normal untuk ibu naik berat sekitar 9-12 kg, kerana berat yang naik ini adalah termasuk berat bayi, berat air ketuban dan lain-lain. Janganlah rasa takut untuk berat badan naik semasa hamil, hanya kerana risau nanti susah nak kurus semula selepas bersalin.

Jika berat badan ibu tidak naik pada kehamilan masuk bulan ke-4, di khuatiri, pertumbuhan janin mungkin terganggu. Dan ia boleh mengancam nyawa bayi. Berat ibu yang tidak bertambah ini, mungkin disebabkan ibu kekurangan pengambilan nutrisi yang mencukupi untuk membantu pertumbesaran janin.

 

Tanda #3. Pendarahan

Jika keluarnya darah semasa awal kehamilan, ia mungkin adalah petanda bahaya janin anda dalam bahaya. Risiko untuk berlakunya keguguran adalah tinggi, bagi ibu hamil yang mengalami pendarahan.

Jika anda bernasib baik, mungkin nyawa janin masih boleh diselamatkan. Jika tidak, rahim anda terpaksa di cuci.

Jika berlaku pendarahan semasa kehamilan memasuki trimester akhir, iaitu kandungan 7 atau 8 bulan, walaupun hanya sedikit, segeralah mendapatkan rawatan di hospital. Ia mungkin sahaja sebagai tanda bahawa anda bakal melahirkan bayi pramatang.

Walaupun ia kelahiran pramatang, peluang untuk bayi selamat lebih tinggi, jika anda mendapatkan rawatan segera.

 

Tanda #4. Bengkak pada tangan atau wajah, di ikuti oleh rasa pening dan kejang

Sedikit bengkak pada bahagian kaki semasa kehamilan memasuki trimester ketiga, adalah agak normal. Biasanya, ia disebut sebagai mild edema.

Tetapi, jika anda mengalami bengkak pada bahagian tangan atau wajah dan ia disertai pula dengan tekanan darah tinggi dan pening kepala, ia adalah tanda bahaya untuk anda. Jika di biarkan, ibu hamil akan mengalami kejang-kejang ataupun sawan. Keadaan ini, di panggil praeklampsia. 

Jika berlaku sampai tahap eklampsia, risiko ibu hamil untuk koma dan disertai dengan kematian, adalah tinggi. Pastikan, anda mendapatkan rawatan awal, jika ada mengalami bengkak seperti ini. Pantauan dari pihak doktor sangat diperlukan, bagi mengurangkan risiko kematian kepada ibu dan juga janin.

 

Tanda #5. Gerakan janin berkurang atau tiada

Kebiasaanya, gerakan janin mula terasa bila kandungan memasuki usia 20 minggu. Semakin meningkat usia kandungan, semakin kuat pergerakan janin, dapat dirasai.

Namun, jika pergerakan janin mula berkurang, melemah atau tidak bergerak sama sekali dalam masa 12 jam, nyawa janin mungkin sedang terancam. Kebiasaannya, pada kandungan memasuki trimester akhir, pihak doktor akan mula menasihatkan ibu hamil untuk mencatat jumlah pergerakan bayi, dari pukul 9.00 pagi sehingga 9.00 malam.

Dalam tempoh ini, pergerakan janin ada 10 gerakan atau lebih, adalah petanda yang baik. Jika pergerakan kurang dari 10, cepat-cepat ke hospital dan beritahu masalah gerakan janin kurang pada hari tersebut.

 

Tanda #6. Kedudukan janin tidak di tempat yang sepatutnya

Kebiasaannya, kepala janin akan berada di bahagian bawah rahim ibu dan menghadap ke arah punggung ibu. Bila menjelang saat kelahiran, kepala bayi akan turun dan mulai memasuki rongga pinggul ibu.

Namun, jika kedudukan bayi tidak normal sampai kandungan 9 bulan, biasanya doktor akan mencadangkan kelahiran secara pembedahan. Ini kerana, bagi mengurangkan risiko kepada ibu dan juga bayi.

Kedudukan janin yang tidak normal ini, terbahagi kepada dua, samada janin songsang ataupun janin melintang.

 

Tanda #7. Ketuban pecah sebelum waktunya

Air ketuban biasanya cuma akan pecah, bila tanda kelahiran bayi sudah tiba. Dan biasanya, ia berlaku pada kandungan sudah memasuki 37 minggu. Cairan ketuban biasanya berwarna jernih kekuningan.

Jika air ketuban ini mulai keluar sebelum memasuki 37 minggu, bahkan ia tidak diikuti rasa sakit kontraksi, cepat-cepatlah pergi ke hospital. Ketuban yang pecah ini, mungkin boleh memberikan jangkitan kepada bayi dan juga ibu.

 

Tanda #8. Tempoh bersalin yang terlalu lama

Proses kelahiran akan bermula dari rasa sakit kontraksi yang terlalu kerap dan di ikuti tanda keluar darah atau keluar air ketuban. Untuk kelahiran yang normal, ia biasanya berlaku kurang dari 12 jam.

Namun terdapat kes, di mana semua tanda ini dah berlaku, cuma bukaan untuk bayi keluar masih kecil dan ia tertangguh sehingga lebih dari 12 jam. Jika ini berlaku, kemungkinan doktor akan mencadangkan akan kelahiran secara pembedahan, bagi menyelamatkan nyawa ibu dan bayi.

Risiko untuk bayi lemas akibat tidak dapat keluar, atau bayi tertelan air ketuban atau najis sendiri sangat tinggi, jika ia dibiarkan begitu sahaja. Tumpah darah juga boleh berlaku, dan risiko untuk ibu meninggal adalah tinggi.

 

Tanda #9. Penyakit ibu yang mempengaruhi kehamilan

Kesihatan dan pertumbesaran janin dipengaruhi oleh kesihatan ibu. Jika ibu mempunyai masalah kesihatan yang boleh membahayakan kehamilan, maka kesihatan janin juga akan terancam.

Terdapat beberapa penyakit yang boleh membahayakan kehamilan, antaranya:

  • Sakit jantung: gejalanya, ibu sering berdebar, mudah sesak nafas bila melakukan kegiatan ringan sehari-hari
  • Kurang darah (anemia): gejalanya pucat, lesu, lemah, pening dan mudah sakit. Biasanya, ia boleh diketahui berdasarkan bacaan HB ibu, samada rendah atau terlalu rendah.
  • TBC : gejalanya batuk yang tidak sembuh-sembuh, nafsu makan berkurang, berat badan turun, berpeluh pada waktu malam
  • Malaria : gejalanya, demam menggigil secara berkala, lemah dan pucat
  • Infeksi pada saluran kelamin: gejalanya mungkin keputihan, luka atau nyeri pada alat kelamin

Jika ini berlaku, dapatkan pemeriksaan daripada doktor untuk mendapatkan rawatan segera.

 

Tanda #10. Demam teruk semasa berpantang

Jika ibu yang berpantang mengalami demam yang teruk semasa berpantang, dan ia diikuti oleh keluarnya cairan dari rahim yang berbau, kemungkinan berlakunya infeksi pada vagina ibu. Jika cairan yang keluar ini berserta dengan darah (bukan darah nifas), kemungkinan ia boleh mengancam nyawa ibu.

 

Tanda #11: Saya rasa sakit pada bahagian tengah perut

Sakit yang teruk atau mencucuk-cucuk pada bahagian tengah atau atas perut, samada disertai dengan loya atau muntah ataupun tidak, boleh membawa beberapa maksud. Anda mungkin mengalami:

  • ketakcernaan yang teruk;
  • jangkitan virus dalam perut;
  • keracunan makanan.

Sekiranya anda kini dalam separuh masa kedua kehamilan, kesakitan ini mungkin juga menandakan praeklampsia, iaitu satu masalah serius yang memerlukan rawatan segera. 

 

Tanda #12: Saya rasa sakit pada bahagian bawah perut

Sakit yang teruk di satu sisi atau kedua-dua sisi perut boleh jadi petanda beberapa perkara. Ligamen anda mungkin tertarik dengan kuat atau ia mungkin tanda:

  • kehamilan ektopik;
  • keguguran;
  • kelahiran pramatang;
  • fibroid menyusut dan berdarah.
  • pemisahan plasenta, iaitu di mana sebahagian daripada plasenta (uri) tercerai daripada dinding rahim (uterus) sebelum masanya (plasenta atau uri ialah organ yang terbentuk dalam uterus semasa hamil, dan ia membekalkan nutrien kepada janin dan mengeluarkan bahan buangannya).

 

Tanda #13: Saya demam

  • Jika anda demam dengan suhu melebihi 37.5 darjah, tetapi tanpa simptom flu atau selesema, hubungi doktor anda pada hari yang sama.
  • Jika suhu melebihi 39 darjah, hubungi doktor anda dengan segera. Anda mungkin mengalami jangkitan. Doktor anda akan memberikan anda antibiotik dan menasihatkan anda supaya berehat. Jika suhu anda melebihi 39 darjah C bagi jangka masa yang lama, ia boleh membahayakan bayi dalam kandungan anda. 

 

Tanda #14: Penglihatan saya kabur dan saya nampak tompok-tompok bersinar

Hubungi doktor anda sekiranya, dalam separuh masa kedua kehamilan anda mengalami:

  • penglihatan berganda;
  • penglihatan kabur;
  • penglihatan malap;
  • ternampak tompok-tompok bersinar;
  • ternampak cahaya terang yang berlangsung lebih daripada dua jam.

Simptom-simptom tersebut boleh jadi tanda-tanda praeklampsia. 

 

Tanda #15: Tapak tangan dan tapak kaki saya bengkak

  • Ramai ibu mengandung akan mengalami bengkak semasa kehamilan dan dalam kebanyakan kes, ini tidak perlu dirisaukan. Tetapi, jika simptom ini teruk atau berlaku tiba-tiba dan disertai dengan sakit kepala atau gangguan penglihatan, ia mungkin simptom praeklampsia. 

 

Tanda #16: Saya mengalami sakit kepala yang teruk dan tidak hilang-hilang

  • Jika anda mengalami sakit kepala selama lebih dari dua atau tiga jam, disertai dengan gangguan penglihatan dan bengkak yang berlaku tiba-tiba pada tangan, muka dan mata anda, anda mungkin mengalami praeklampsia. 

 

Tanda #17: Saya mengalami pendarahan faraj

Pendarahan ringan (spotting) tanpa kesakitan mungkin tanda normal proses implantasi iaitu apabila embrio melekat pada uterus pada awal kehamilan, ataupun pendarahan penebusan (breakthrough bleeding). Namun anda masih perlu hubungi doktor anda jika anda mengalami pendarahan semasa kehamilan kerana ini boleh jadi menunjukkan komplikasi yang serius:

  • Pendarahan yang berbeza daripada normal haid anda (lebih banyak atau sedikit dan berwarna gelap) disertai kesakitan teruk pada satu sisi abdomen boleh jadi tanda kehamilan ektopik (kehamilan di luar rahim).
  • Pendarahan yang banyak, terutamanya apabila disertai sakit belakang atau abdomen, boleh dikaitkan dengan keguguran atau berpotensi untuk gugur.
  • Dalam peringkat akhir kehamilan, pendarahan menunjukkan plasenta praevia, pemisahan plasenta atau kelahiran pramatang (kelahiran yang bermula sebelum minggu ke-37).

 

Tanda #18: Cecair keluar daripada faraj saya

  • Keluarnya cecair daripada faraj sebelum minggu ke-37 bermakna membran anda telah pecah awal. Doktor anda pasti mahu anda dimasukkan ke hospital supaya anda boleh mendapatkan rawatan untuk mencegah jangkitan dan membuat persediaan untuk kelahiran pramatang. 
  • Selepas 37 minggu, anda mungkin sudah hendak bersalin. Hubungi doktor anda untuk berbincang mengenai pilihan anda jika anda masih belum rasa sakit hendak bersalin dalam masa 24 jam. 

 

Tanda #19: Tiba-tiba saya rasa sangat dahaga

  • Jika anda tiba-tiba dahaga tetapi kurang membuang air kecil, ini mungkin tanda penyahhidratan atau kencing manis kehamilan (diabetes gestasi). Kedua-duanya meningkatkan risiko komplikasi bagi anda dan bayi anda. 

 

Tanda #20: Saya rasa perit semasa membuang air kecil

  • Sakit atau perit semasa membuang air kecil disertai dengan suhu badan tinggi, menggigil dan sakit belakang mungkin tanda-tanda jangkitan saluran kencing. Jumpalah doktor. Anda akan dirawat dengan antibiotik. 

 

Tanda #21: Saya tak berhenti muntah

  • Muntah lebih daripada dua atau tiga kali sehari akan menyahhidratkan dan melemahkan anda, walaupun ia tidak membahayakan bayi. Anda perlu hubungi doktor anda jika anda mengalami muntah yang teruk dan berterusan (hiperemesis gravidarum) kerana mungkin anda perlu dimasukkan ke hospital. 
  • Muntah yang bermula di peringkat akhir kehamilan dan diikuti dengan sakit di bawah tulang rusuk mungkin merupakan tanda praeklampsia. Jika anda muntah diikuti dengan rasa sakit dan demam, ini mungkin menandakan jangkitan. Dalam kedua-dua kes tersebut, hubungi doktor anda. 

 

Tanda #22: Saya rasa pening dan hendak pitam

  • Ini mungkin tanda yang anda tidak cukup makan pada hari itu tetapi ia juga mungkin bermakna anda mengalami tekanan darah rendah. Ramai wanita rasa pening-pening semasa hamil. Jika anda pitam, hubungi doktor anda selepas anda sedar semula untuk memastikan semuanya dalam keadaan baik. 

 

Tanda #23: Pergerakan bayi saya semakin perlahan

  • Tiada pergerakan atau pergerakan bayi anda perlahan lebih daripada 24 jam selepas minggu ke-21 mungkin menandakan bayi anda dalam keadaan tertekan. Jika anda sedar bahawa bayi anda kurang bergerak daripada biasa, hubungi doktor anda. 

 

Tanda #24: Saya rasa gatal seluruh badan

  • Kegatalan yang teruk mungkin menunjukkan masalah berkaitan hati seperti obstetrik kolestasis. Jika anda mengalami obstetrik kolestasis, anda mungkin juga mengalami jaundis, dengan air kencing berwarna gelap dan najis yang pucat. 
  • Kegatalan semasa hamil adalah normal kerana kulit anda meregang untuk menyesuaikan keadaan dengan bayi anda yang sedang membesar.
  • Walau bagaimanapun, lebih baik jika anda membuat pemeriksaan, terutamanya jika kegatalan itu teruk, lebih-lebih lagi pada waktu malam dan melibatkan tapak kaki dan tangan anda. 

 

Tanda #25: Saya terjatuh dan perut saya terhentak

  • Jatuh atau hentakan tidak selalunya membawa bahaya, tetapi hubungi doktor anda pada hari yang sama dan jelaskan apa yang berlaku. Jika anda tergelincir di tangga dan tulang punggung anda tercedera, anda mungkin tidak perlu risau. Bayi anda selamat kerana dilindungi oleh uterus dan cecair amnion. 
  • Walau bagaimanapun, komplikasi mungkin berlaku dalam sesetengah kes. Jika anda mengalami kontraksi, kebocoran atau sebarang pendarahan, hubungi doktor anda dengan segera atau pergilah ke unit kemalangan dan kecemasan di hospital terdekat. 

 

Tanda #26: Saya rasa “tidak begitu sihat”

  • Jika anda tidak pasti mengenai sesuatu simptom, tidak rasa seperti biasa atau rasa tidak selesa, yakinlah dengan perasaan anda dan hubungi doktor anda. Jika terdapat masalah, anda akan dirawat dengan segera. Jika tiada masalah, anda akan berasa lega. 
  • Doktor anda sudah biasa mendapat panggilan-panggilan seperti ini, dan beliau pasti gembira memberikan nasihat. Badan anda sedang berubah dengan pesat sehingga kadang kala sukar untuk dipastikan samada apa yang anda alami ini adalah normal ataupun tidak.


kredit: babycenter

 

KESIMPULAN

Sebagai bakal ibu terutamanya yang mengandung anak pertama, perhatikan jika terdapat perubahan yang tidak normal. Dapatkan nasihat dari doktor jika ia berterusan. Untuk kehamilan yang sihat, jangan lupa ambil nutrisi penting yang seperti yang doktor sarankan. Berminat nak ambil set ibu hamil Shaklee sepanjang mengandung pun boleh.

 

 

Ingin Mencuba Vitamin Yang Sesuai Untuk Ibu Hamil Dan Berpantang Shaklee?

 

 

 

 

  • Cara pengambilan vitamin yang sesuai, saya akan berikan selepas pembelian di buat.

 

 

 

 

MENTOR BISNES ANDA

  • Fatimah Bt Tony
  • Shaklee ID : 887938
  • Whatsapp : 011-3322 6140
  • Email : amalansihat@yahoo.com | fatimahbttony@gmail.com
       

3 thoughts on “26 Tanda Bahaya Kehamilan Yang Semua Ibu Hamil Kena Ambil Berat

Leave a Reply