7 TIPS SIHAT UNTUK PESAKIT TEKANAN DARAH TINGGI

 

APA ITU TEKANAN DARAH

  • Ia merujuk kepada aktiviti darah yang di pamkan melalui arteri, dan daya terhasil pada dinding dalam saluran darah.
  • Jumlah darah yang di pam oleh jantung dan daya tahan yang diberikan oleh arteri akan menentukan tekanan darah kita
  • Tekanan darah adalah berbeza-beza, bergantung kepada aktiviti harian
  • Tekanan darah di catat dalam 2 angka, iaitu sistolik dan diastolik
  • Sistolik = ukuran untuk tekanan bila jantung mengepam darah keluar
  • Diastolik = ukuran ketika jantung berehat

 

APA ITU TEKANAN DARAH TINGGI

Tekanan darah tinggi ≥ 140/90 mmHg
Tekanan darah normal 90/60 mmHg – 120/80 mmHg
Tekanan darah rendah ≤ 90/60 mmHg

*Bacaan tekanan darah yang berisiko, jika bacaan tekanan darah berada di dalam julat 120/80 mmHg – 140/90 mmHg. Langkah kawalan adalah sangat penting bagi mengelak dari mendapat tekanan darah tinggi.

 

  • Tekanan darah tinggi boleh berlaku jika berlakunya mendapan lemak akibat kolesterol tinggi di dalam saluran darah.

Baca DI SINI Untuk Info Bahayanya Kolesterol Tinggi Jika Tidak Di Kawal

  • Proses penggumpalan lemak dalam saluran darah sehingga boleh membuatkan arteri menjadi keras ini, di panggil sebagai aterosklerosis.
  • Akibat mendapan berlaku, jantung terpaksa mengepam dengan lebih kuat bagi memastikan seluruh bahagian tubuh mendapat darah beroksigen.
  • Tekanan tinggi oleh aktiviti jantung ini, membuatkan bacaan sistolik dan diastolik menjadi tinggi.
  • Ia di panggil sebagai pembunuh yang senyap kerana, pesakit tidak akan mendapat sebarang tanda amaran yang mereka ada masalah ini.
  • Jika tidak di rawat, ia boleh mengancam nyawa.

 

FAKTOR YANG BOLEH MERISIKOKAN UNTUK MENDAPAT TEKANAN DARAH TINGGI

Banyak faktor yang boleh menyumbang kepada penyakit tekanan darah tinggi, antaranya:

  • Jantina : Orang lelaki lebih mudah mendapat penyakit tekanan darah tinggi
  • Umur : Risiko untuk mendapat penyakit tekanan darah tinggi meningkat mengikut umur
  • Bangsa : Kajian menunjukkan terdapat sesetengah bangsa lebih mudah mendapat penyakit ini
  • Keturunan : Jika ada ahli keluarga yang ada mengidap penyakit serangan jantung atau penyakit angin ahmar pada usia muda
  • Penyakit : Penyakit diabetes di katakan berkait dengan tekanan darah tinggi. Kolesterol tinggi yang tidak di kawal sehingga berlaku mendapan keras dalam saluran darah
  • Obesiti : Berat badan yang melampau
  • Merokok
  • Minum Alkohol
  • Tidak cukup tidur atau tidur yang mudah terganggu
  • Terlalu banyak ambil makanan bergaram dan kurang ambil buah dan sayur
  • Tidak bersenam

 

7 TIPS SIHAT UNTUK PESAKIT TEKANAN DARAH TINGGI

 

TIPS 1 : BERHENTI MEROKOK JIKA ANDA PEROKOK

  • bantu untuk cegah penyempitan saluran darah anda

 

TIPS 2 : SENAMAN JIKA ANDA KURANG BERSENAM

  • bantu untuk menurunkan berat badan dan mengurangkan tekanan darah

 

TIPS 3 : MAKAN MAKANAN SIHAT JIKA ANDA ADA MASALAH OBESITI

  • ambil makanan sihat dan seimbang dapat bantu mengawal berat badan
  • makan makanan rendah lemak

 

TIPS 4 : KURANGKAN ALKOHOL JIKA ANDA ADA MASALAH KETAGIH ALKOHOL

  • alkohol boleh menyebabkan tekanan darah naik

 

TIPS 5 : KURANGKAN GARAM JIKA ANDA SEORANG GEMAR MAKANAN MASIN

  • natrium boleh meningkatkan tekanan darah
  • amalkan makanan kurang bergaram dan mulakan makanan yang lebih berkhasiat

 

TIPS 6 : KURANGKAN STRESS JIKA ANDA ADA MASALAH TIDUR

  • dapatkan tidur yang mencukupi dapat mengurangkan masalah tekanan mental dan stress

 

TIPS 7 : KURANGKAN KAFEIN

  • jika sebelum ini, anda biasa ambil minuman berkafein sampai bergelas-gelas satu hari.
  • Cubalah untuk kurangkan satu gelas setiap hari sehingga anda hanya perlukan segelas satu hari sudah memadai.

 

KESAN KESIHATAN YANG BOLEH BERLAKU JIKA TEKANAN DARAH TERLALU TINGGI

Jika bacaan tekanan darah terlalu tinggi, ia memberikan tekanan yang tinggi kepada saluran darah, jantung serta organ badan yang lain seperti otak, buah pinggang dan mata.

Jika tekanan darah tinggi dibiarkan melarat tanpa rawatan, ia boleh mengundang kepada penyakit seperti :

  1. Sakit jantung
  2. Serangan jantung
  3. Stroke
  4. Kegagalan fungsi jantung
  5. Penyakit arteri periferal
  6. Aneurisme aorta
  7. Sakit buah pinggang
  8. Nyanyuk

 

KESIMPULAN

Tekanan darah tinggi berlaku atas banyak sebab yang kita sendiri boleh kawal. Nak selamat, adalah sangat mudah. Pastikan kita melakukan pemeriksaan kesihatan dengan kakitangan hospital setiap tahun. Nak lebih mudah, cubalah beli alat untuk ketahui bacaan tekanan darah dan buatlah pemeriksaan sendiri di rumah. Mengesan lebih awal masalah kesihatan, dapat mengurangkan risiko untuk ia menjadi bertambah parah.

 

 
*Produk-produk ini tidak bertujuan untuk membuat diagnosis, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit.
Jika Berminat, boleh hubungi saya:
JANGAN LUPA, ANDA LAYAK UNTUK MENDAPAT KHIDMAT KONSULTASI & RUNDINGAN DARIPADA SAYA. Antara perkhidmatan yang anda boleh perolehi:
  1. Konsultasi masalah dan cadangan vitamin yang sesuai
  2. Cadangan serta cara pengambilan vitamin yang tepat
  3. Tunjuk cara bagaimana boleh mendapatkan vitamin Shaklee pada harga ahli
  4. Berpeluang untuk mendaftar ahli secara percuma di samping layak untuk dapat bonus Shaklee walaupun cuma makan sendiri sekaligus berpeluang untuk menjana pendapatan dengan Shaklee, Jika Berminat.

ATAU UNTUK BACA LEBIH LANJUT TENTANG KEAHLIAN: KLIK DI SINI

BOLEH TERUS DAFTAR AHLI MENGIKUT LANGKAH-LANGKAH DI SINI. 

ASK ME HOW OR SIGN UP HERE. (then click join now)

“INGIN MENJANA PENDAPATAN 3-4-5-6 ANGKA SEBULAN? BERDAFTAR SEBAGAI AHLI SHAKLEE, ANDA MAMPU MENJANA PENDAPATAN LUMAYAN DAN MENIKMATI FAEDAH-FAEDAH LAIN.

MODAL SERENDAH RM 75 . BACA SINI UNTUK KETAHUI BAGAIMANA DAPAT  --> FREE MEMBERSHIP

PENGEDAR SELURUH NEGARA DIALU-ALUKAN UNTUK BERSAMA DALAM GROUP EKSKLUSIF KAMI & ANDA AKAN DI BANTU SEHINGGA BERJAYA”

   

 

1 comment for “7 TIPS SIHAT UNTUK PESAKIT TEKANAN DARAH TINGGI

Leave a Reply