APA ITU TEKANAN DARAH
- Ia merujuk kepada aktiviti darah yang di pamkan melalui arteri, dan daya terhasil pada dinding dalam saluran darah.
- Jumlah darah yang di pam oleh jantung dan daya tahan yang diberikan oleh arteri akan menentukan tekanan darah kita
- Tekanan darah adalah berbeza-beza, bergantung kepada aktiviti harian
- Tekanan darah di catat dalam 2 angka, iaitu sistolik dan diastolik
- Sistolik = ukuran untuk tekanan bila jantung mengepam darah keluar
- Diastolik = ukuran ketika jantung berehat
APA ITU TEKANAN DARAH TINGGI
Tekanan darah tinggi | ≥ 140/90 mmHg |
Tekanan darah normal | 90/60 mmHg – 120/80 mmHg |
Tekanan darah rendah | ≤ 90/60 mmHg |
*Bacaan tekanan darah yang berisiko, jika bacaan tekanan darah berada di dalam julat 120/80 mmHg – 140/90 mmHg. Langkah kawalan adalah sangat penting bagi mengelak dari mendapat tekanan darah tinggi.
- Tekanan darah tinggi boleh berlaku jika berlakunya mendapan lemak akibat kolesterol tinggi di dalam saluran darah.
Baca DI SINI Untuk Info Bahayanya Kolesterol Tinggi Jika Tidak Di Kawal
- Proses penggumpalan lemak dalam saluran darah sehingga boleh membuatkan arteri menjadi keras ini, di panggil sebagai aterosklerosis.
- Akibat mendapan berlaku, jantung terpaksa mengepam dengan lebih kuat bagi memastikan seluruh bahagian tubuh mendapat darah beroksigen.
- Tekanan tinggi oleh aktiviti jantung ini, membuatkan bacaan sistolik dan diastolik menjadi tinggi.
- Ia di panggil sebagai pembunuh yang senyap kerana, pesakit tidak akan mendapat sebarang tanda amaran yang mereka ada masalah ini.
- Jika tidak di rawat, ia boleh mengancam nyawa.
FAKTOR YANG BOLEH MERISIKOKAN UNTUK MENDAPAT TEKANAN DARAH TINGGI
Banyak faktor yang boleh menyumbang kepada penyakit tekanan darah tinggi, antaranya:
- Jantina : Orang lelaki lebih mudah mendapat penyakit tekanan darah tinggi
- Umur : Risiko untuk mendapat penyakit tekanan darah tinggi meningkat mengikut umur
- Bangsa : Kajian menunjukkan terdapat sesetengah bangsa lebih mudah mendapat penyakit ini
- Keturunan : Jika ada ahli keluarga yang ada mengidap penyakit serangan jantung atau penyakit angin ahmar pada usia muda
- Penyakit : Penyakit diabetes di katakan berkait dengan tekanan darah tinggi. Kolesterol tinggi yang tidak di kawal sehingga berlaku mendapan keras dalam saluran darah
- Obesiti : Berat badan yang melampau
- Merokok
- Minum Alkohol
- Tidak cukup tidur atau tidur yang mudah terganggu
- Terlalu banyak ambil makanan bergaram dan kurang ambil buah dan sayur
- Tidak bersenam
7 TIP SIHAT UNTUK PESAKIT TEKANAN DARAH TINGGI
TIP 1 : BERHENTI MEROKOK JIKA ANDA PEROKOK
- bantu untuk cegah penyempitan saluran darah anda
TIP 2 : SENAMAN JIKA ANDA KURANG BERSENAM
- bantu untuk menurunkan berat badan dan mengurangkan tekanan darah
TIP 3 : MAKAN MAKANAN SIHAT JIKA ANDA ADA MASALAH OBESITI
- ambil makanan sihat dan seimbang dapat bantu mengawal berat badan
- makan makanan rendah lemak
TIP 4 : KURANGKAN ALKOHOL JIKA ANDA ADA MASALAH KETAGIH ALKOHOL
- alkohol boleh menyebabkan tekanan darah naik
TIP 5 : KURANGKAN GARAM JIKA ANDA SEORANG GEMAR MAKANAN MASIN
- natrium boleh meningkatkan tekanan darah
- amalkan makanan kurang bergaram dan mulakan makanan yang lebih berkhasiat
TIP 6 : KURANGKAN STRESS JIKA ANDA ADA MASALAH TIDUR
- dapatkan tidur yang mencukupi dapat mengurangkan masalah tekanan mental dan stress
TIP 7 : KURANGKAN KAFEIN
- jika sebelum ini, anda biasa ambil minuman berkafein sampai bergelas-gelas satu hari.
- Cubalah untuk kurangkan satu gelas setiap hari sehingga anda hanya perlukan segelas satu hari sudah memadai.
KESAN KESIHATAN YANG BOLEH BERLAKU JIKA TEKANAN DARAH TERLALU TINGGI
Jika bacaan tekanan darah terlalu tinggi, ia memberikan tekanan yang tinggi kepada saluran darah, jantung serta organ badan yang lain seperti otak, buah pinggang dan mata.
Jika tekanan darah tinggi dibiarkan melarat tanpa rawatan, ia boleh mengundang kepada penyakit seperti :
- Sakit jantung
- Serangan jantung
- Stroke
- Kegagalan fungsi jantung
- Penyakit arteri periferal
- Aneurisme aorta
- Sakit buah pinggang
- Nyanyuk
KESIMPULAN
Tekanan darah tinggi berlaku atas banyak sebab yang kita sendiri boleh kawal. Nak selamat, adalah sangat mudah. Pastikan kita melakukan pemeriksaan kesihatan dengan kakitangan hospital setiap tahun. Nak lebih mudah, cubalah beli alat untuk ketahui bacaan tekanan darah dan buatlah pemeriksaan sendiri di rumah. Mengesan lebih awal masalah kesihatan, dapat mengurangkan risiko untuk ia menjadi bertambah parah.
Pengedar Shaklee Bintulu, Sarawak.
- Berminat nak beli produk Shaklee?
- Berminat nak Join Ahli Shaklee?
- 📱 Whatsapp: 011-3201 4534
- ✉ Gmail: fatimahvitamin@gmail.com
1 comment for “7 TIP SIHAT UNTUK PESAKIT TEKANAN DARAH TINGGI”