6 Fakta Protein Yang Tidak Patut Anda Percaya

Protein adalah antara sumber nutrisi penting untuk tubuh kita, kerana ia terbentuk oleh asid-asid amino dan bergabung menjadi protein. Setiap gabungan asid-asid amino ini berbeza dan bergantung kepada bahagian tubuh badan yang memerlukan.

Dalam proses diet, pengambilan protein sangat di tekankan. Namun sejauh mana fakta mengenai protein yang anda tahu dan percaya sebenarnya, boleh mengganggu diet anda.

 

 

6 FAKTA PROTEIN YANG ANDA TIDAK PATUT PERCAYA KERANA IA BOLEH MENGGANGGU DIET

 

MITOS #1 : LEBIH PROTEIN, LEBIH OTOT

  • Hakikat bahawa protein merupakan sumber penting dalam penghasilan sel-sel otot, adalah benar
  • Namun, jika anda ingin diet dengan hanya mengambil protein tanpa melakukan sebarang senaman, itu adalah silap
  • Senaman sangat penting dalam membantu mengekalkan jisim otot badan kita terutamanya semasa proses penuaan berlaku
  • Senaman yang boleh membantu untuk membina dan mengekalkan kekuatan otot antaranya senaman aerobik dan latihan ringan

 

MITOS #2 : SEMUA PROTEIN ADALAH SAMA

  • Memang benar, hampir setiap makanan ada sedikit protein.
  • Namun, tidak semua protein tersebut mengandungi asid amino yang berfungsi untuk menjaga dan membaik pulih sel di dalam tubuh
  • Protein dari sumber tumbuhan dan haiwan, adalah berbeza
  • Tambahan pula, tidak semua jenis protein tumbuhan mampu di serap oleh badan

 

MITOS #3 : LEBIH PROTEIN, LEBIH BAIK

  • Bagi kebanyakkan orang, jumlah protein yang optimum adalah 25 – 30 gram protein untuk setiap hidangan
  • Kebanyakkan kita hanya mengambil sedikit atau tiada protein sebelah pagi, namun berlebihan sebelah malam.
  • Sepatutnya, pengambilan protein lebih banyak di sebelah pagi dan sedikit di sebelah malam.
  • Risiko pengambilan berlebihan pada sebelah malam antaranya boleh menggemukkan

 

MITOS #4 : ANDA PERLUKAN PROTEIN SELEPAS SENAMAN

  • Setiap selepas bersenam, mengambil protein dalam kuantiti yang sangat banyak adalah tidak perlu.
  • Namun jika anda seorang ahli bina badan, kuantiti protein yang lebih banyak dan ambil dalam setiap empat jam, adalah perlu.

 

MITOS #5 : ANDA MUNGKIN KEKURANGAN PROTEIN JIKA ANDA BERASA PENAT

  • Jika anda kekurangan protein dalam kuantiti yang banyak, memang tubuh anda berisiko untuk berasa mudah penat.
  • Kebiasaannya mereka yang vegan akan mengalami masalah tidak cukup protein dalam badan

 

MITOS #6 : PENGAMBILAN LEBIH BANYAK PROTEIN MENGEKALKAN BERAT BADAN ANDA

  • Protein boleh membuatkan anda berasa kenyang dalam tempoh yang lama, namun pengambilan yang berlebihan boleh membuatkan berat badan anda akan meningkat
  • Anda boleh menukarkan sumber kalori daripada karbohidrat kepada protein untuk kenyang lebih lama dan membina otot tanpa menaikkan berat badan, berbanding jika anda sekadar menambah protein dalam setiap menu sedia ada.

 

KESIMPULAN

Pengambilan protein sememangnya penting untuk tubuh, bagi membina sel otot. Namun, jika anda mengambil secara berlebihan, ia bukanlah petanda yang baik.

Analisa aktiviti serta berat badan anda, untuk mengetahui berapa banyak protein yang tubuh anda perlukan.

Cara kira jumlah protein yang anda perlukan untuk satu hari:

Tahap Aktiviti Pengiraan Anggaran berdasarkan aktiviti
Jika anda kurang aktif Berat Badan (Kg) x 0.8 Lebih kurang 54.7 g untuk wanita berat 68 kg
Jika anda hamil Berat Badan (Kg) x 1.3 Anggaran ~ 88.7 g
Jika anda sangat aktif Berat Badan (Kg) x 1.8 Anggaran ~ 122 g

 

Kesan jika protein berlebihan :

  1. Peningkatan berat badan
  2. dehidrasi
  3. sembelit
  4. fungsi otak terjejas (sukar membuat keputusan, pertimbangan dan luar sedar)
  5. emosi jiwa tidak baik
  6. isu kardiovaskular dan kanser

 

 
*Produk-produk ini tidak bertujuan untuk membuat diagnosis, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit.
Jika Berminat, boleh hubungi saya:
JANGAN LUPA, ANDA LAYAK UNTUK MENDAPAT KHIDMAT KONSULTASI & RUNDINGAN DARIPADA SAYA. Antara perkhidmatan yang anda boleh perolehi:
  1. Konsultasi masalah dan cadangan vitamin yang sesuai
  2. Cadangan serta cara pengambilan vitamin yang tepat
  3. Tunjuk cara bagaimana boleh mendapatkan vitamin Shaklee pada harga ahli
  4. Berpeluang untuk mendaftar ahli secara percuma di samping layak untuk dapat bonus Shaklee walaupun cuma makan sendiri sekaligus berpeluang untuk menjana pendapatan dengan Shaklee, Jika Berminat.

ATAU UNTUK BACA LEBIH LANJUT TENTANG KEAHLIAN: KLIK DI SINI

BOLEH TERUS DAFTAR AHLI MENGIKUT LANGKAH-LANGKAH DI SINI. 

ASK ME HOW OR SIGN UP HERE. (then click join now)

“INGIN MENJANA PENDAPATAN 3-4-5-6 ANGKA SEBULAN? BERDAFTAR SEBAGAI AHLI SHAKLEE, ANDA MAMPU MENJANA PENDAPATAN LUMAYAN DAN MENIKMATI FAEDAH-FAEDAH LAIN.

MODAL SERENDAH RM 75 . BACA SINI UNTUK KETAHUI BAGAIMANA DAPAT  --> FREE MEMBERSHIP

PENGEDAR SELURUH NEGARA DIALU-ALUKAN UNTUK BERSAMA DALAM GROUP EKSKLUSIF KAMI & ANDA AKAN DI BANTU SEHINGGA BERJAYA”

   

 

Leave a Reply