15 Kesilapan Yang Kerap Di Lakukan Semasa Berpantang Sendiri

Kesilapan ini bukan sahaja ibu berpantang sendiri sahaja yang lakukan. Bahkan mereka yang berpantang dengan ahli keluarga sendiri pun kadang-kala terbuat benda yang sama. 🙂

Berpantang adalah perkara wajib yang di lakukan selepas bersalin. Ini kerana semasa bersalin, terdapat banyak koyakan dan urat putus yang berlaku dalam tubuh seorang wanita.

Dengan proses berpantang, ia dapat membantu agar kesihatan dalaman wanita dapat kembali pulih semula. Namun begitu, pada zaman sekarang, ramai wanita yang terpaksa berpantang sendiri lantaran jauh dari keluarga sebab bekerja di tempat yang berlainan dengan ibu bapa.

Bila berpantang sendiri, banyak kesilapan yang selalu wanita baru bersalin lakukan. Ini kerana, tiada sesiapa pun yang akan menegur bila mereka melakukannya. Takkan nak harapkan suami menegur kan, sebab dia sendiri pun tak de pengalaman. hehe.

Jika anda merancang untuk berpantang sendiri, jom baca info penting ni. Kalau perlu, bookmark kan terus, biar senang ingat masa berpantang nanti. 🙂

 

 

15 KESILAPAN YANG KERAP DI LAKUKAN SEMASA BERPANTANG SENDIRI

 

#1 : Tidur Tidak Berbantal

  • Tidur tidak berbantal boleh menyebabkan si ibu akan mengalami sakit kepala.
  • ini berkemungkinan kerana darah kotor sukar untuk keluar dan angin naik ke kepala boleh menyebabkan sakit meroyan kepada ibu yang masih lemah

#2 : Memakai Sarung Kaki (Stokin)

  • ia penting untuk menjaga agar kaki tidak dan di masuki angin
  • jika angin menguasai badan, di khuatiri kesihatan si ibu akan terganggu dan menjadi lemah
  • memakai stokin selama dalam pantang akan menjaga kesihatan si ibu

 

#3 : Jangan Duduk Mencangkung

  • duduk dalam keadaan mencangkung, boleh membuatkan rahim yang masih lemah boleh terkeluar (tombong) dan ia boleh mengakibatkan ibu-ibu tumpah darah.
  • jika tandas di rumah cuma ada jenis mencangkung, ikhtiarkan untuk mencari alas untuk membuang secara duduk. Alas tersebut boleh jadi kayu pendek yang muat untuk di letak atas mangkuk tandas mencangkung.

 

#4 : Mandi Duduk Di Bangku

  • jika tempat mandi menggunakan besen untuk menadah air, yang memerlukan si ibu membongkok untuk mencebok air, elakkan membongkok. Sediakan bangku yang sesuai dengan paras besen agar anda lebih selesa
  • kalau tempat mandi ada paip jenis shower, itu lebih baik.

 

#5 : Rapatkan Kaki Bila Tidur

  • Tidurlah dengan kaki di rapatkan agar sistem peranak cepat sembuh semula

 

#6 : Jangan Terlalu Aktif

  • Sebaik-baiknya, pada minggu pertama bersalin, si ibu hanya duduk diam di atas tempat tidur
  • Ada baiknya jika ada pembantu yang boleh tolong uruskan bayi dan rumahtangga
  • Duduk diam ini dapat membantu agar tubuh si ibu dapat pulihkan semula tenaga yang hilang dan agar badan dapat berehat.

 

#7 : Jangan Makan Ubi-Ubian
  • Elakkan makan makanan dari jenis ubi-ubian seperti keladi, keledek dan ubi kayu
  • kerana makanan ini boleh mengganggu pencernaan dan si ibu mungkin terasa kembung dan sakit perut
  • Jika si ibu menyusukan sendiri bayi, penyakit ibu boleh berjangkit kepada si bayi

 

#8 : Jangan Tidur Di Waktu Matahari Naik

  • Bangun lewat di sebelah pagi boleh menyebabkan badan si ibu akan bertambah lesu dan sakit-sakit
  • Seeloknya, bangun dan berjalan-jalanlah di tepi tingkap untuk mendapatkan cahaya matahari

 

#9 : Jangan Tidur Lepas Asar

  • Orang-orang tua pesan, jangan tidur dekat senja sebab biasanya pada waktu ini, banyak syaitan berkeliaran.
  • Jika di amalkan, di risaukan ibu yang dalam berpantang mudah terganggu sehingga boleh menyebabkan penyakit gila.

 

#10 : Jangan Menjahit Pakaian Dan Membaca

  • Dalam keadaan fizikal yang masih lemah, ibu yang berpantang di larang untuk membuatkan kerja yang boleh membuatkan mata cepat penat, seperti membaca dan menjahit pakaian
  • Bukan itu sahaja, di risaukan kalau kerap melakukannya boleh membuatkan si ibu mengalami cepat rabun sebelum tua.

 

#11 : Tidak Boleh Keluar Rumah Waktu Senja

  • Pada waktu senja, kebiasaannya waktu syaitan banyak berkeliaran.
  • Di risaukan jika keluar pada waktu-waktu begini, ibu yang berpantang akan mudah terganggu kerana mereka masih lemah mental dan fizikal.

 

#12 : Ibu Jari Kaki Tidak Boleh Terhantuk

  • Ibu-ibu yang dalam berpantang, hendaklah menjaga ibu jari kaki agar tidak terhantuk
  • Kebiasaannya, bila ibu jari kaki terhantuk, boleh membuatkan ibu berpantang menjadi pitam dan paling teruk ialah bentan.

 

#13 : Cara Mandi

  • Daun nangka, daun panda, daun inai, bahan-bahan ini direbus untuk mandian bagi ibu-ibu yang baru bersalin.
  • Ibu-ibu selepas bersalin, hendaklah mandi dengan cara duduk di bangku, tidak boleh berdiri atau mencangkung kerana cara ini tidak baik untuk ibu-ibu dalam pantang.
  • Sebelum mandi, hendaklah bercebuk dengan air rebusan daun sirih.
  • Guna menyembuhkan luka-luka selepas bersalin. Jirus dari kepala dengan air suam kuku dengan air rebusan daun-daun.
  • Ratakan air di seluruh badan jangan sampai menggigil dan kesejukan.
  • Mandi pada setiap pagi dan petang.
  • Mandi air rebusan daun-daun ini selama seminggu.

 

#14 : Cara Berbaring / Tidur

  • Tidur terlentang tidak berbantal dan terdedah kepada angin sejuk adalah di larang bagi ibu-ibu di dalam pantang.
  • Tidur dengan bantal tinggi adalah digalakkan ketika ibu dalam pantang kerana darah kotor tidak naik ke kepala.

 

#15 : Lain-Lain Amalan Semasa Berpantang

  • Memakai baju tebal dan berstokin serta tidur dengan udara yang cukup nyaman selama 6 atau 7 jam, adalah digalakkan untuk menjaga kesihatan ibu-ibu semasa dalam pantang.
  • Duduk bersimpuh dan merapatkan kedua lutut adalah baik bagi ibu-ibu di dalam pantang. Cara ini untuk mempercepatkan sembuhnya luka-luka selepas melahirkan dan menjaga peranakan biar tetap baik
  • Berbedak juga dapat menjaga kesihatan ibu-ibu selama dalam pantang, supaya badan sentiasa panas dan tidak dimasuki angin. Lakukan cara ini pagi dan petang selama sebulan.
  • Jika cuaca sejuk, hendaklah memakai selimut tebal agar ibu-ibu yang dalam pantang tidak masuk angin badannya, bila bangun pagi badannya terasa sihat dan segar.
  • Bertungku adalah amalan yang baik bagi ibu-ibu semasa dalam pantang, bertungku boleh mengecutkan batu meroyan dan mencairkan darah beku dalam perut. Bertungku hendaklah dilakukan setiap hari pagi dan petang selama sebulan.
  • Minum air pati kunyi selama 3 hari semasa dalam pantang adalah baik untuk mengecutkan peranakan dan mengeluarkan darah kotor dalam perut.
  • Duduk mencangkung semasa dalam pantang adalah di larang, kerana cara ini boleh membuatkan peranakan turun dan melemahkan otot-otot perut.
  • Ikan keli adalah ikan yang mengandungi bisa. Ibu-ibu dalam pantang di larang memakannya. Ikan berbisa jika di makan oleh ibu-ibu dalam pantang boleh menyebabkan turun darah dan bentan.
  • Lobak merah baik untuk dijadikan sayur ibu-ibu dalam pantang, kerana ia mengandungi banyak vitamin. Pucuk pegaga baik direbus dan di makan bersama nasi bagi ibu-ibu dalam pantang, sayur ini berkhasiat untuk merawat vagina dan penyakit di bahagian vagina. Makanlah 2 kali sehari.
  • Buah anggur, berkhasiat panas, buah ini boleh di makan oleh ibu-ibu semasa dalam pantang.
  • Sayur-sayuran sejuk seperti kangkung, petola, terung dan cili, tidak boleh di makan oleh ibu-ibu semasa dalam pantang. Mengambil sayur-sayur sejuk boleh menyebabkan ibu-ibu kembung dan sakit-sakit badan.
  • Selain daripada sayur-sayuran sejuk, buah-buahan seperti nenas, limau dan buah lai tidak boleh dimakan oleh ibu-ibu semasa dalam pantang kerana buah-buahan ini berbisa dan sejuk. Jika ibu-ibu memakannya, boleh menyebabkan bentan dan turun darah.

 


LIMITED TIME OFFER

PROMOSI SHAKLEE JUN 2019

  [caption id="attachment_1179" align="aligncenter" width="650"] Klik untuk daftar sebagai ahli Shaklee[/caption]

Klik untuk daftar ahli Shaklee Hari Ini

    [caption id="attachment_1879" align="aligncenter" width="718"] Klik untuk buat belian atas talian[/caption]   [caption id="attachment_1880" align="aligncenter" width="718"] Klik untuk buat belian atas talian[/caption]    

ATAU

Klik untuk daftar ahli Shaklee dan nikmati penjimatan sehingga 25 peratus


 
*Produk-produk ini tidak bertujuan untuk membuat diagnosis, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit.
Jika Berminat, boleh hubungi saya:
JANGAN LUPA, ANDA LAYAK UNTUK MENDAPAT KHIDMAT KONSULTASI & RUNDINGAN DARIPADA SAYA. Antara perkhidmatan yang anda boleh perolehi:
  1. Konsultasi masalah dan cadangan vitamin yang sesuai
  2. Cadangan serta cara pengambilan vitamin yang tepat
  3. Tunjuk cara bagaimana boleh mendapatkan vitamin Shaklee pada harga ahli
  4. Berpeluang untuk mendaftar ahli secara percuma di samping layak untuk dapat bonus Shaklee walaupun cuma makan sendiri sekaligus berpeluang untuk menjana pendapatan dengan Shaklee, Jika Berminat.

ATAU UNTUK BACA LEBIH LANJUT TENTANG KEAHLIAN: KLIK DI SINI

BOLEH TERUS DAFTAR AHLI MENGIKUT LANGKAH-LANGKAH DI SINI. 

ASK ME HOW OR SIGN UP HERE. (then click join now)

“INGIN MENJANA PENDAPATAN 3-4-5-6 ANGKA SEBULAN? BERDAFTAR SEBAGAI AHLI SHAKLEE, ANDA MAMPU MENJANA PENDAPATAN LUMAYAN DAN MENIKMATI FAEDAH-FAEDAH LAIN.

MODAL SERENDAH RM 75 . BACA SINI UNTUK KETAHUI BAGAIMANA DAPAT  --> FREE MEMBERSHIP

PENGEDAR SELURUH NEGARA DIALU-ALUKAN UNTUK BERSAMA DALAM GROUP EKSKLUSIF KAMI & ANDA AKAN DI BANTU SEHINGGA BERJAYA”

   

Leave a Reply