10 Tanda Awal Yang Berkemungkinan Anda Sedang Hamil

Pernah tak anda mengalami atau mungkin sahaja sahabat anda atau kenalan, yang tidak sedar bahawa sedang hamil? Namun tiba-tiba berlaku pendarahan sehingga memerlukan anda masuk ke hospital kerana doktor mengesahkan anda baru sahaja keguguran?

Keguguran mungkin berlaku jika anda tidak memerhati perubahan pada diri anda, lantaran tanda-tanda tersebut tidak terlalu menonjol. Ia bukan sahaja berlaku pada mereka yang bunting pelamin. Bahkan, ia boleh sahaja berlaku pada wanita yang sudah pernah hamil sebelum ini.

Bak kata orang, setiap kehamilan, akan menonjolkan tanda awal yang pelbagai.

Hari ini, saya ingin berkongsikan 10 tanda awal yang berkemungkinan anda sedang hamil. Kalau ada antara 10 tanda ini berlaku pada anda, cepat-cepatlah ke klinik untuk membuat pengesahan. Mana tahu anda bakal menimang bayi baru. 🙂

 

 

10 TANDA AWAL YANG ANDA MUNGKIN MENGANDUNG

 

TANDA #1 : MENGIDAM

  • Bunyinya mungkin agak terlalu klise, tetapi mengidam kadang-kala boleh jadi satu tanda awal kehamilan
  • Namun, jika tidak hamil, mengidam boleh jadi tubuh anda sedang menghantar satu tanda lain iaitu anda sedang kekurangan nutrisi tertentu.
  • Tanda awal kehamilan mengidam ini, biasanya akan di ikuti oleh tanda-tanda seperti di bawah.
  • Pastikan anda mula mengira hari pertama, kali terakhir anda datang bulan.

 

TANDA #2 : WARNA AEROLA MENJADI GELAP

  • Jika anda perhatikan aerola pada payudara anda berwarna agak gelap, itu menunjukkan proses persenyawaan antara sperma dan ovum telah berjaya
  • Namun begitu, aerola boleh menjadi gelap jika anda mengalami masalah ketidakseimbangan hormon. Ia boleh sahaja berlaku pada mana-mana wanita, tidak kira anda telah bersuami atau masih bujang.

 

TANDA #3 : PENDARAHAN ATAU KEKEJANGAN AKIBAT IMPLANTASI

  • Selepas proses ovulasi, anda mungkin mengalami pendarahan implantasi, iaitu terdapat tompok-tompok darah berwarna merah jambu atau coklat, serta sedikit kekejangan.
  • ini berlaku kerana telur membenam masuk ke dalam lapisan endometrium.
  • kemungkinan berlaku juga petanda yang sama menjelang kedatangan haid

 

TANDA #4 : KERAP MEMBUANG AIR KECIL

  • sebaik sahaja embrio mula melekat dan menghasilkan hormon human chorionic gonadotropin (hCG), anda mungkin mendapati anda ingin membuang air kecil lebih kerap dari biasa, walaupun kurang minum air.

 

TANDA #5 : KELETIHAN

  • rasa letih yang melampau adalah perkara biasa bagi wanita mengandung
  • ini berlaku kerana tahap hormon progesteron yang tinggi, boleh membuatkan anda berasa seperti baru selesai berlari maraton.
  • walaupun begitu, simptom kehamilan ini perlulah di ikuti oleh simptom-simpton yang lain juga.

 

TANDA #6 : PAYUDARA MELEMBUT DAN MEMBENGKAK

  • sebelum datang haid, payudara anda mungkin begitu sensitif terhadap sentuhan
  • perkara yang sama boleh juga berlaku jika anda hamil, tetapi pada tahap yang lebih sedikit
  • sebab itu, jangan terkejut kalau anda rasa sakit pada bahagian payudara, bila anda menyusukan anak.
  • kesakitan ini mulai menghilang bila tubuh anda mula menyesuaikan dengan perubahan hormon ini

 

TANDA #7 : DERIA RASA BERUBAH

  • jika anda seorang yang gemarkan sesuatu makanan atau minuman, dan jangan terkejut kalau makanan atau minuman tersebut boleh membuatkan anda benci semasa hamil
  • ini kerana, perubahan deria rasa semasa hamil membuatkan anda kurang menggemari akan rasa makanan yang tertentu.
  • bukan itu sahaja, anda menjadi sensitif pada bau yang sebelum ini bau tersebut tidak pernah mengganggu rutin harian anda.
  • jangan terkejut jika anda tiba-tiba sahaja membenci bau minyak wangi suami anda. Bersabarlah untuk tempoh 9 bulan yer. 🙂

 

TANDA #8 : MABUK HAMIL PAGI (MORNING SICKNESS)

  • Tidak semua wanita hamil akan mengalami masalah mabuk hamil pagi.
  • Terdapat sesetengah wanita akan mengalami mabuk hamil pagi hanya pada awal trimester. Tetapi tidak kurang juga yang mengalaminya sehingga saat bersalin.
  • Mabuk hamil pagi, bukan hanya berlaku pada sebelah pagi. Tetapi ia boleh berlaku bila-bila masa sahaja.

 

TANDA #9 : TIDAK DATANG HAID

  • Jika anda mempunyai kedatangan haid pada setiap bulan, dan berlaku pada kitaran yang normal, ia akan menjadi lebih mudah untuk anda meneliti samada anda lambat datang haid atau tidak.
  • Jika anda sedar bahawa anda tidak datang bulan, cubalah buat ujian kehamilan.

 

TANDA #10 : UJIAN HAMIL ANDA POSITIF

  • Ujian kehamilan yang positif adalah tanda bahawa anda telah mengandung.
  • Pastikan anda menjaga diri serta kandungan anda, agar kehamilan anda lebih selamat dan lancar.
  • Buatlah temujanji dengan doktor dan pastikan anda tahu panduan awal kehamilan terutamanya jika anda tiada pengalaman mengandung.

 

KESIMPULAN

Jika anda sedang merancang untuk hamil, mengetahui tanda-tanda awal kehamilan adalah sangat penting. Ini adalah untuk mengelak berlakunya keguguran hanya kerana anda tidak tahu dan tidak sedar bahawa anda sedang hamil. Inginkan kehamilan berjalan dengan lancar dan melahirkan bayi yang sihat, pastikan tubuh anda mempunyai nutrisi penting yang mencukupi untuk perkembangan bayi di dalam kandungan anda.

 

 


LIMITED TIME OFFER

PROMOSI SHAKLEE APRIL 2019

 

Klik untuk daftar ahli Shaklee Hari Ini

   

Klik untuk buat pembelian secara online hari ini

ATAU

Klik untuk daftar ahli Shaklee dan nikmati penjimatan sehingga 25 peratus


 
*Produk-produk ini tidak bertujuan untuk membuat diagnosis, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit.
Jika Berminat, boleh hubungi saya:
JANGAN LUPA, ANDA LAYAK UNTUK MENDAPAT KHIDMAT KONSULTASI & RUNDINGAN DARIPADA SAYA. Antara perkhidmatan yang anda boleh perolehi:
  1. Konsultasi masalah dan cadangan vitamin yang sesuai
  2. Cadangan serta cara pengambilan vitamin yang tepat
  3. Tunjuk cara bagaimana boleh mendapatkan vitamin Shaklee pada harga ahli
  4. Berpeluang untuk mendaftar ahli secara percuma di samping layak untuk dapat bonus Shaklee walaupun cuma makan sendiri sekaligus berpeluang untuk menjana pendapatan dengan Shaklee, Jika Berminat.

ATAU UNTUK BACA LEBIH LANJUT TENTANG KEAHLIAN: KLIK DI SINI

BOLEH TERUS DAFTAR AHLI MENGIKUT LANGKAH-LANGKAH DI SINI. 

ASK ME HOW OR SIGN UP HERE. (then click join now)

“INGIN MENJANA PENDAPATAN 3-4-5-6 ANGKA SEBULAN? BERDAFTAR SEBAGAI AHLI SHAKLEE, ANDA MAMPU MENJANA PENDAPATAN LUMAYAN DAN MENIKMATI FAEDAH-FAEDAH LAIN.

MODAL SERENDAH RM 75 . BACA SINI UNTUK KETAHUI BAGAIMANA DAPAT  --> FREE MEMBERSHIP

PENGEDAR SELURUH NEGARA DIALU-ALUKAN UNTUK BERSAMA DALAM GROUP EKSKLUSIF KAMI & ANDA AKAN DI BANTU SEHINGGA BERJAYA”

   

1 comment for “10 Tanda Awal Yang Berkemungkinan Anda Sedang Hamil

Leave a Reply