6 Tips Bantu Tambah Berat Bayi Anda Tanpa Perlu Susu Formula Tambahan

By | February 10, 2019

Setiap ibu inginkan bayi mereka sihat dan berkembang sesuai dengan usia. Lebih-lebih lagi jika bayi yang masih berumur di bawah 6 bulan.

Pada usia 0 hingga 6 bulan, bayi tidak digalakkan untuk di berikan makanan. Mereka cuma menyusu, sama ada menyusu susu ibu atau pun susu formula. Bagi ibu yang menyusu sendiri bayi, anda perlu ketahui jenis-jenis susu badan kerana ia sangat penting dalam perkembangan bayi.

 

 

JENIS-JENIS SUSU IBU

#1 : Kolostrum

  • susu yang terhasil pada hari pertama kelahiran bayi
  • makanan terbaik untuk bayi yang baru lahir
  • ia berwarna kuning pekat, kaya dengan mineral yang sangat penting untuk bayi

 

#2 : Foremilk

  • susu matang yang bayi terima pada peringkat awal setiap kali sesi penyusuan
  • ia membantu menghilangkan dahaga bayi dan tinggi kandungan laktosa dan protein, tetapi sangat rendah lemak dan sedikit kalori.

 

#3 : Hindmilk

  • susu matang yang bayi terima pada peringkat akhir setiap kali sesi penyusuan
  • ia mengandungi tinggi lemak dan kalori.
  • kedua-dua jenis susu matang ini sangat penting untuk pertumbesaran dan perkembangan bayi

 

Bagi ibu-ibu yang menyusu sendiri bayi mereka, anda sedar tak, bahawa susu Hindmilk sangat penting kerana ia dapat membantu perningkatan berat bayi anda.

Susu hindmilk ini berbeza dengan susu foremilk, kerana susu hindmilk lebih tinggi kandungan lemak dan kalori. Warna susu hindmilk ini adalah sangat berbeza dengan foremilk, kerana warnanya lebih pekat berbanding foremilk.

Bagaimana jika bayi yang menyusu susu badan, mengalami pertambahan berat badan tidak seimbang dengan usia. Adakah si ibu perlu memberikan susu formula pada si bayi?

Tahu tak ibu-ibu, pemberian susu formula pada bayi bukanlah pilihan utama yang anda kena buat. Untuk membantu agar berat bayi anda dapat bertambah sesuai dengan usia, anda boleh cuba 6 tips ini terlebih dahulu. 🙂

 

TIPS TAMBAH BERAT BADAN BAYI TANPA PERLU SUSU FORMULA TAMBAHAN

 

TIPS #1 : MENYUSU DENGAN KERAP

  • menyusu sekurang-kurangnya 2 jam sekali sepanjang hari dan pada waktu malam
  • pastikan bayi menyusu dengan lebih kerap pada waktu malam kerana pada ketika itu, paras hormon prolaktin adalah lebih tinggi dan penghasilan susu akhir (hindmilk) yang kaya dengan lemak dapat membantu pertambahan berat bayi

 

TIPS #2 : MENYUSU DENGAN LEBIH LAMA DI SEBELAH PAYUDARA

  • jangan tukar payudara dengan segera sebelum bayi anda mendapatkan susu akhir (hindmilk)
  • jika bayi anda mengalami masalah berat badan, anda boleh memulakan dengan mengepam susu awal (foremilk) dan di simpan, supaya semasa sesi penyusuan, bayi akan mendapat susu akhir lebih banyak.

 

TIPS #3 : SENTUHAN KULIT KE KULIT

  • banyakkan sentuhan kulit ke kulit semasa proses penyusuan.
  • ia dapat membantu menghilangkan rasa stress dan mengeratkan hubungan anda dan bayi
  • sentuhan kulit ke kulit juga dapat membantu menambah berat badan bayi.

 

TIPS #4 : TAWARKAN KEDUA BELAH PAYUDARA SETIAP KALI SESI PENYUAN

  • dalam meningkatkan berat badan bayi, adalah lebih baik jika anda menawarkan kedua-dua payudara setiap kali sesi penyusuan
  • jika bayi sudah kenyang selepas menyusu sebelah payudara, dan tidak mahu menyusu lagi, cubalah usap bayi dan sendawakan bayi, sebelum anda cuba menawarkan payudara yang sebelah lagi.

 

TIPS #5 : URUTAN PAYUDARA

  • urut payudara secara perlahan-lahan semasa proses penyusuan
  • ini kerana ia dapat membantu proses pengeluaran susu hindmilk dengan lebih efektif
  • gunakan sebelah tangan untuk melakukan urutan perlahan-lahan dengan pergerakan ke bawah agar susu mengalir ke duktus dan seterusnya ke puting

 

TIPS #6 : URUTAN BAYI

  • urutan bayi secara konsisten setiap hari dapat membantu pertambahan berat badan dan sistem penghadaman bayi

 

CARA UNTUK KETAHUI BAYI MENDAPAT SUSU YANG MENCUKUPI

  1. Perhatikan bayi anda membuang air kecil, sekurang-kurangnya ada 6 kali sehari dalam tempoh 24 jam. Air kencing bayi perlulah cair, tidak keruh dan tidak berbau.
  2. Perhatikan warna najis bayi. Najis bayi perlu berwarna kuning cair atau kuning pekat, dan bayi membuang sekurang-kurangnya 3 kali sehari.

 

Proses pembuangan air kecil dan air besar, akan mula berkurang setelah bayi mencecah usia 6 bulan, setelah bayi mula makan makanan pelengkap. Kenaikan normal bagi seorang bayi adalah lebih kurang 170gram setiap minggu.

Kebiasaanya, bayi yang menyusu susu ibu, akan mengalami kenaikan yang mendadak dalam proses 6 bulan pertama, dan mulai perlahan selepas menghampiri usia setahun.

 

KESIMPULAN

Jika berat bayi anda berada di bawah paras yang sepatutnya, anda perlu mula melihat dan menganalisa corak pembuangan air kecil dan air besar bayi serta kekerapan penyusuan bayi. Perlekapan yang betul dapat membantu agar bayi mendapat susu yang mencukupi.

 

 
  • Fatimah Bt Tony
  • Shaklee ID : 887938
  • Whatsapp atau Telegram : 011-3201 4534
       

Leave a Reply