Waspada Kencing Manis: Ketahui Punca Dan Tandanya

 

APAKAH KENCING MANIS?

Kencing manis adalah merujuk kepada keadaan tinggi glukosa dalam darah selepas pengambilan makanan.

 

Jenis Kencing Manis

  • Tahap 1 : Pesakit yang bergantung kepada insulin. Biasanya berlaku bermula dari usia kanak-kanak
  • Tahap 2 : Pesakit yang tidak bergantung kepada insulin. Biasanya berlaku ketika usia dewasa atau warga emas

 

Ujian saringan gula dalam darah ini, boleh di lakukan sendiri di rumah. Alat untuk membuat ujian kencing manis, atau Blood Glucose Monitor ini boleh di beli farmasi.

Contoh alat untuk monitor bacaan gula dalam darah

 

Dapatkan nasihat dari ahli farmasi, jika anda rasa ragu-ragu dengan cara alat ini di guna. Berikut adalah jadual kepada kandungan gula dalam darah.

 

APAKAH PUNCA KENCING MANIS?

Menurut Kementerian Kesihatan Malaysia, berikut adalah antara beberapa punca kencing manis.

#1 : Berat badan berlebihan / kegemukan

#2 : Tidak bersenam dan mempunyai gaya hidup yang tidak aktif

#3 : Pemakanan : Pengambilan makanan tinggi lemak dan kurang serat

#4 : Keturunan : Diabetes mempunyai perkaitan yang kuat dalam keluarga

#5 : Bangsa : Kaum India mempunyai lebih risiko mendapat diabetes

 

APAKAH TANDA KENCING MANIS?

#1 : Kabur penglihatan 

  • Penglihatan yang normal mulai kabur. Ia boleh terjadi kerana masalah katarak atau berlakunya pendarahan di dalam mata.
  • Kandungan gula dalam darah yang tinggi boleh menyebabkan perubahan pada bentuk kanta dan mata yang seterusnya mengakibatkan seseorang mengalami kabur penglihatan.
  • Seseorang itu mungkin juga akan buta sekiranya ianya dibiarkan untuk tempoh yang panjang.

 

#2 : Penyakit kulit yang berterusan

 

#3 : Luka lambat sembuh

  • Ini tanda kencing manis yang paling menakutkan. Selalu orang kata, sampai boleh kena “Potong kaki!”.
  • Sistem saluran darah yang rosak kerana gula berlebihan juga turut memberikan kesan kepada penyembuhan luka kerana darah tidak dapat disampaikan kepada anggota-anggota badan. Pesakit juga mungkin tidak akan merasai sakit akan luka yang di alami.
  • Paling menakutkan apabila luka-luka ini menjadi semakin teruk dan membusuk dimana hanya dengan memotong anggota badan tersebut merupakan jalan untuk menyembuhkannya
  • Luka lambat sembuh kerana pesakit kencing manis biasanya mengalami kekurangan vitamin C lebih mudah berbanding bukan pesakit kencing manis.

 

#4 : Jangkitan pada sistem pembuangan air kecil dan kemaluan

  • kandungan gula dalam darah, di proses dan keluar melalui urin. Ia membuatkan sistem pembuangan air kecil akan mudah terdedah kepada bakteria.

 

#5 : Kebas kaki

  • Antara tanda kencing manis yang lain ialah selalu rasa kebas.
  • Ia disebabkan oleh kerosakan pada sistem saraf atau pembuluh darah yang menyebabkan seseorang mengalami kesemutan, kebas atau bengkak pada tangan dan kaki.
  • Ini kerana darah tidak lagi sampai pada hujung saraf anggota badan.

 

#6 : Dahaga

  • Rasa dahaga yang lebih kerap berlaku, lebih-lebih lagi pada waktu malam.

 

#7 : Kerap buang air kecil dalam kuantiti yang banyak

  • Lebihan glukosa dalam saluran darah membuatkan buah pinggang bekerja lebih keras untuk memprosesnya.
  • Ini menyebabkan seseorang menjadi kerap membuang air kecil pada waktu malam.
  • Apabila air banyak hilang anda akan menjadi lebih dahaga. Itulah antara petanda badan anda sedang cuba menggantikan air yang telah hilang.

 

#8 : Letih dan lesu

  • Badan mudah berasa letih dan lesu kerana glukosa tidak dapat di tukar kepada tenaga oleh insulin

 

#9 : Kelemahan otot

  • Bagi pesakit kencing manis, otot akan di tukar menjadi tenaga dan bukannya glukos.
  • Ini membuatkan otot mulai lemah dan tidak kuat

 

#10 : Kegatalan tanpa ruam

 

#11 : Penurunan berat badan yang drastik

  • Berat badan yang menurun, walaupun mempunyai selera makan yang tinggi. Awas, ia bukanlah di sebabkan metabolisma badan anda tiba-tiba menjadi tinggi.
  • Bagi sesetengah orang, kehilangan berat badan secara drastik dalam masa yang singkat mungkin menggembirakan mereka.
  • Kehilangan berat badan ini mungkin salah satu tanda anda menghidap kencing manis kerana disebabkan oleh kegagalan badan untuk memproses glukosa sebagai tenaga yang menyebabkan ia mula memecahkan otot dan lemak untuk menghasilkan tenaga.

 

RISIKO JIKA GULA DALAM DARAH BERTERUSAN TINGGI (TAHAP KRONIK)

Ia boleh menyebabkan kerosakan jangka panjang kepada:

#1 : Mata

  • Kabur penglihatan, katarak
  • pendarahan dalam mata yang boleh menyebabkan buta

 

#2 : Saraf

  • kebas atau hilang deria rasa di tangan dan kaki boleh mengakibatkan kecederaan tanpa di sedari

 

#3 : Otak

  • angin ahmar (strok)

 

#4 : Buah Pinggang

  • Kegagalan buah pinggang

 

#5 : Jantung

  • Serangan jantung

 

KESIMPULAN

Awasilah perubahan pada tubuh badan anda. Sekiranya terdapat tanda-tanda penyakit kencing manis, maka segeralah untuk mendapatkan khidmat nasihat daripada doktor.

Lebih daripada itu, kawallah pemakanan anda. Jaga pengambilan gula dalam makanan dari hari ini untuk mengelakkan diri menjadi mangsa penyakit kencing manis ini. Jika boleh, amalkan diet kencing manis atau dapatkan nasihat doktor.

Orang kata, penghidap kencing manis ini, air kencing dia pun semut boleh hurung. Sebab apa? Sebab air kencing dia manis. Benarkah? Jom kongsikan pengalaman anda, jika anda adalah pengidap kencing manis. 🙂

 


*Produk-produk ini tidak bertujuan untuk membuat diagnosis, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit.   Jika Berminat, boleh hubungi saya:   JANGAN LUPA, ANDA LAYAK UNTUK MENDAPAT KHIDMAT KONSULTASI & RUNDINGAN DARIPADA SAYA.   Antaranya perkhidmatan yang anda boleh perolehi:
  1. Konsultasi masalah dan cadangan vitamin yang sesuai
  2. Cadangan serta cara pengambilan vitamin yang tepat
  3. Tunjuk cara bagaimana boleh mendapatkan vitamin Shaklee pada harga ahli
  4. Berpeluang untuk mendaftar ahli secara percuma di samping layak untuk dapat bonus Shaklee walaupun cuma makan sendiri sekaligus berpeluang untuk menjana pendapatan dengan Shaklee, Jika Berminat.

1 comment for “Waspada Kencing Manis: Ketahui Punca Dan Tandanya

Leave a Reply